23/04/2026
Membaca Jambatan Ilmu❣️❣️
Warga Sekolah Menengah Ugama MUIP Darul Makmur Ganchong telah sama-sama menyahut seruan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dengan penuh semangat dan penghayatan.
Seluruh pelajar dan guru berhenti seketika daripada aktiviti harian untuk meluangkan masa membaca secara serentak, menjadikan suasana sekolah lebih tenang dan bermakna.
Program ini bukan sahaja menyemai minat membaca, malah membentuk budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah selaras dengan tagline “Membaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa”. 📖✨