SMK Nenasi, Pekan, Pahang.

SMK Nenasi, Pekan, Pahang. Saluran ini bertujuan menyebarkan sebarang makluman, program, aktiviti, dan pencapaian di SMK Nenasi

Dengan kerjasama unit BADAR , Unit Bimbingan dan Kaunseling , Panitia Pendidikan Islam , Panitia Pendidikan Moral , Unit Disiplin dan Unit Asrama SMK Nenasi

Salam Aidiladha...
27/05/2026

Salam Aidiladha...

LAPORAN AKTIVITI MAJLIS PELUNCURAN MINGGU BAHASA 2026Program Minggu Bahasa 2026 telah berlangsung pada 13 Mei 2026 (Rabu...
22/05/2026

LAPORAN AKTIVITI MAJLIS PELUNCURAN MINGGU BAHASA 2026

Program Minggu Bahasa 2026 telah berlangsung pada 13 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi bertempat di Dewan Gemilang.
Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris dengan tema “Bahasa Jiwa Bangsa, Budaya Warisan Kita”.

Majlis peluncuran ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Norhisham bin Rani. Dalam ucapan perasmian beliau, beliau menekankan kepentingan penguasaan bahasa sebagai medium komunikasi, pembinaan sahsiah serta pemangkin kecemerlangan murid dalam akademik dan kehidupan harian.

Sepanjang minggu pelaksanaan program, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam bidang bahasa.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu ialah:
Pertandingan Penulisan Esei
Mendeklamasi Sajak
Mencipta Kad Gergasi
Teka Peribahasa Melayu
Nyanyian Klasik Melayu

Manakala Panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan:
The Voice
Crossword Puzzle
Spell-It Right Competition
Poetry Competition
Essay Writing Competition

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada murid dan guru. Murid-murid menunjukkan semangat kerjasama, keyakinan diri serta kreativiti yang tinggi sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan program seperti ini dapat terus memupuk minat terhadap bahasa serta melahirkan murid yang berani berkomunikasi dan berfikiran kreatif.

Selamat bercuti kepada semua murid & guru 🌹
22/05/2026

Selamat bercuti kepada semua murid & guru 🌹

22/05/2026
18.5.2026  l  IsninCeramah 5 Minit Kesedaran Keselamatan SMK Nenasi oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM)
22/05/2026

18.5.2026 l Isnin

Ceramah 5 Minit Kesedaran Keselamatan SMK Nenasi oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM)



11.5.2026   l   IsninPelancaran Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah Peringkat SMK Nenasi
16/05/2026

11.5.2026 l Isnin

Pelancaran Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah Peringkat SMK Nenasi



TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025Warga SMK Nenasi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepa...
13/05/2026

TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2025

Warga SMK Nenasi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

🏅 TN HJ NORHISHAM BIN RANI
🏅 CIKGU HASNITA BINTI MAMAT
🏅 CIKGU NURAKMAL FARAH BINTI RAHIM
🏅 CIKGU NIK MOHAMMAD SOLEHIN BIN NIK IBRAHIM
🏅 CIKGU NOR E’ZZATULHUSNA BINTI AHMAD
🏅 PN NURUL AZLINA BINTI ALIAS

Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan cemerlang.

Semoga kejayaan ini terus menjadi motivasi untuk menabur bakti demi kecemerlangan sekolah dan pendidikan.

Tahniah dan syabas diucapkan! 👏✨




Tahniah dan syabas kepada Pasukan Robotik SMK Nenasi atas kejayaan tersenarai dalam TOP 5 Negeri Pahang bagi kategori be...
11/05/2026

Tahniah dan syabas kepada Pasukan Robotik SMK Nenasi atas kejayaan tersenarai dalam TOP 5 Negeri Pahang bagi kategori berikut:

🤖 Mikrobotik Sekolah Menengah
- Pasukan SEMENSI TRACER

🤖 Airobot
2 pasukan SMK Nenasi berjaya mara ke pusingan berikutnya.
-Pasukan Robo Titans
-Pasukan Quantum Bots

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk warga SMK Nenasi terus belajar, mencuba dan berkembang dalam bidang robotik serta STEM. Didoakan pasukan SMK Nenasi terus maju dan berjaya ke peringkat seterusnya.

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir sekolah, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberi sokongan.

Together We Strive For Excellence
SMK Nenasi terus melakar kejayaan. 👏✨

24.04.2026   l   JumaatTerima kasih En FakhrulSeluruh warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan, m...
24/04/2026

24.04.2026 l Jumaat

Terima kasih En Fakhrul

Seluruh warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Tuan, menyerahkan *Kad Ucapan Terima Kasih* bagi mewakili pihak Menteri Besar sebagai tanda penghargaan kepada semua guru SMK Nenasi di atas Keputusan Cemerlang SPM 2025 yang membawa rekod GPS terbaik 4.23.




Address

SMK Nenasi
Pekan
26680

Telephone

+6094181080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Nenasi, Pekan, Pahang. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category