Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar, Pekan Pahang

  • Home
  • Malaysia
  • Pekan
  • Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar, Pekan Pahang

Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin  Darussalam Al-Mukhtar, Pekan Pahang Whatsapp/call :0102129452

24/08/2026
Alhamdulillah, selesai sudah percutian anak-anak Darussalam Al Mukhtar di Cameron Highlands. 🌿💚Sebelum meneruskan perjal...
24/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah percutian anak-anak Darussalam Al Mukhtar di Cameron Highlands. 🌿💚

Sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands, rombongan kami telah bermalam di Kuala Medang, Lipis. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penduduk Kampung Kuala Medang yang telah bermurah hati menaja penginapan homestay serta sarapan pagi buat kami. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Sepanjang berada di Cameron Highlands, kami menginap di Garden View Villa, dikelilingi suasana yang nyaman dan mendamaikan. Percutian ini bukan sekadar memberi ruang untuk berehat, malah menjadi peluang buat anak-anak mencipta kenangan indah, mengeratkan ukhuwah serta menikmati keindahan ciptaan Allah SWT.

Antara destinasi yang sempat dikunjungi ialah Kea Farm, Agro Market dan Tokyo Town, di mana anak-anak dapat menikmati suasana tanah tinggi, melihat pelbagai hasil tempatan serta merasai pengalaman yang menyeronokkan sepanjang percutian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Ahli Jawatankuasa, staf, serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Segala jasa, masa, tenaga dan sumbangan yang diberikan amat kami hargai. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan sentiasa memberkati setiap usaha kalian.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang, membantu dan mendoakan perjalanan ini. Senyuman serta kegembiraan anak-anak Darussalam adalah hadiah yang tidak ternilai buat kami. ❤️

Sesi motivasi pelajar bersama Puan Rosnah ❤️Semoga perkongsian ini dapat memberi suntikan semangat buat anak-anak💕
16/08/2026

Sesi motivasi pelajar bersama Puan Rosnah ❤️Semoga perkongsian ini dapat memberi suntikan semangat buat anak-anak💕

Tahniah anak-anak Darussalam atas kejayaan sempena Bulan Bahasa Sk Sultan Ahmad🥰
14/08/2026

Tahniah anak-anak Darussalam atas kejayaan sempena Bulan Bahasa Sk Sultan Ahmad🥰

Sesi Motivasi bersama Pengerusi dan Mudirah🥰
13/08/2026

Sesi Motivasi bersama Pengerusi dan Mudirah🥰

🌸 JEMPUTAN MAJLIS ILMU🌸Solat Sunat Tasbih & Kuliah DhuhaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Rumah Anak Yatim dan ...
04/08/2026

🌸 JEMPUTAN MAJLIS ILMU🌸
Solat Sunat Tasbih & Kuliah Dhuha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al Mukhtar dengan penuh hormat menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghadiri Majlis Ilmu, Solat Sunat Tasbih dan Kuliah Dhuha.

Insya-Allah, majlis ini akan disampaikan oleh:

🎙 Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah
(Mantan Qadhi Daerah Jengka)

Marilah kita meluangkan sedikit masa untuk menghidupkan hati dengan zikrullah, menambah ilmu serta meraih keberkatan pada pagi Jumaat yang penuh rahmat.

📌 Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Kehadiran anda amat kami alu-alukan dan semoga menjadi asbab memperoleh rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.

Jumpa anda di sana, insya-Allah.

🤲🌷

100 Year Sekolah Sultan Ahmad Fun Run💕
02/08/2026

100 Year Sekolah Sultan Ahmad Fun Run💕

🌸 CERAMAH MOTIVASI BERSAMA USTAZ ABDUL AZIZ🌸18 Julai 2026Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Motivas...
20/07/2026

🌸 CERAMAH MOTIVASI BERSAMA USTAZ ABDUL AZIZ🌸

18 Julai 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz kepada anak-anak Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al Mukhtar serta Rumah Anak Yatim Abu Yazid Bustami.

Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi suntikan semangat, membina jati diri, mengukuhkan akhlak serta meningkatkan keyakinan diri anak-anak dalam menempuh cabaran kehidupan dan mengejar kejayaan di dunia serta akhirat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Abdul Aziz atas kesudian meluangkan masa, berkongsi ilmu, memberi nasihat serta menyuntik inspirasi kepada anak-anak kami. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda serta mengurniakan kesihatan, keberkatan rezeki dan istiqamah dalam menyebarkan manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya.

🤲 *"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain."*

Musim panas ni, anak-anak riadah indoor saje🥰🫰🏻
16/07/2026

Musim panas ni, anak-anak riadah indoor saje🥰🫰🏻

Address

Rumah Anak Yatim Dan Miskin Perempuan Darussalam Al Mukhtar Jalan Rompin Lama
Pekan
26600

Telephone

+60102129452

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar, Pekan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Darussalam Al-Mukhtar, Pekan Pahang:

Shortcuts

Share

Category