SMK Peramu Jaya, Pekan

SMK Peramu Jaya, Pekan Setia Muafakat Pemangkin Jaya

Syabas dan Tahniah! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta dari SMK Peramu Jaya yang telah berjaya meraih temp...
14/05/2026

Syabas dan Tahniah!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta dari SMK Peramu Jaya yang telah berjaya meraih tempat dalam Program Galakan Membaca Peringkat Daerah Pekan 2026 mengikut kategori masing-masing.

Kejayaan ini melayakkan mereka untuk mewakili Daerah Pekan ke Program Galakan Membaca Peringkat Negeri Pahang 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyerlahkan bakat, kreativiti dan kecintaan terhadap budaya membaca. Bawalah nama Daerah Pekan dan Sekolah dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang tinggi.

Terima Kasih tidak terhingga buat guru pembimbing yang telah menyerlahkan bakat anak-anak Peramu Jaya.

Selamat maju jaya dan semoga terus mencipta kecemerlangan di peringkat negeri!

Tahniah SMK Peramu Jaya ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐ŸปTahniah anak-anak yang terlibat  ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐ŸปTahniah guru pembimbing๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
05/05/2026

Tahniah SMK Peramu Jaya ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Tahniah anak-anak yang terlibat ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Tahniah guru pembimbing๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan olahraga PPKI SMK Peramu Jaya kerana telah melakar pelbagai kejayaan ...
24/04/2026

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan olahraga PPKI SMK Peramu Jaya kerana telah melakar pelbagai kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Johan Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSP & MSSD (kategori lelaki bawah 19 tahun)
ALLIF FIRDAUS BIN ABDULLAH

Tempat ke-8 Merentas Desa PPKI MSSD (kategori lelaki bawah 19 tahun)
AMIR MUIZZUDDIN BIN AMIR FADZILLAH

Tempat ke-4 Merentas Desa PPKI MSSD (kategori perempuan bawah 19 tahun )
SITI FARAHWAHIDA BINTI MOHD ZAIDI

Tahniah sekali lagi kepada semua murid, Cikgu Rozie sebagai Jurulatih dan guru-guru PPKI yang menjadi guru pengiring dan pengurus pasukan ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat tempat bagi dua kate...
24/04/2026

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat tempat bagi dua kategori dalam Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Daerah Pekan.

Murid-murid tersebut ialah :

Johan (Kategori Masalah Pembelajaran Menengah- Lelaki)
CHE WAN HAZIQ AIMAN BIN HAZHARUDIN

Naib Johan ( Kategori Masalah Pembelajaran Menengah- Perempuan)
SITI ALIA SAFIRA BINTI MOHD SABRI

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan guru pembimbing, Cikgu Maisarah dan Cikgu Syazana๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat tempat bagi tiga kategori dalam Mahra...
24/04/2026

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat tempat bagi tiga kategori dalam Mahrajan Alquran yang diadakan di SK Pekan Jaya pada 21 April 2026.

Murid-murid tersebut ialah :

Naib Johan (Kategori Hafazan Sekolah Menengah)
ILMUNA HAZIM BIN HAMIZULAZMI

Naib Johan ( Kategori Tilawah Perempuan Sekolah Menengah)
NUR FATIHAH NABILA BINTI SOFAN

Tempat kelima ( Kategori Nasyid Sekolah Menengah)
SOUTUL FALAH ( Pertama kali menyertai pertandingan nasyid pada tahun ini di bawah bimbingan En Azrulnizam )

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat, Jurulatih Nasyid, ustazah Eishah sebagai guru pembimbing, Cikgu Suhanah yang turut membantu, dan guru pengiring.

Anda semua terbaik !!๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat Pingat Perak dalam Pertandingan Poste...
24/04/2026

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada SMK Peramu Jaya kerana berjaya mendapat Pingat Perak dalam Pertandingan Poster Infografik bersempena World Home Economic Day 2026 .

Murid-murid tersebut ialah :
Nur Azlina Shazwani binti Mohd Rosmaini
Nur Hana Alysha binti Assrul Hisham
Nurina Najwa Adha binti Muhamad Firdaus

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dan Cikgu Wan Nurul Nadia sebagai guru pembimbing๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘


Alhamdulillah..tahniah kepada anak-anak SMK Peramu Jaya yang telah menyertai Terengganu International Science Fair 2026 ...
31/03/2026

Alhamdulillah..tahniah kepada anak-anak SMK Peramu Jaya yang telah menyertai Terengganu International Science Fair 2026 bagi kategori infografik video secara online.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

4 pingat emas
7 pingat perak
1 penyertaan

Kejayaan ini pastilah memberi kenangan manis kepada SMK Peramu Jaya kerana inilah kali pertama SMKPJ mendapat pingat emas dalam pertandingan online !

Tahniah sekali lagi kepada anak-anak dan guru pembimbing..Cikgu Arniwaty๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

PeJaSS SUPERB!




Assalamualaikum..ALHAMDULILLAHโ€ฆ MEMANG TERBAIK! ๐Ÿ”ฅTahniah & syabas kepada semua warga SMKPJ atas kejayaan hebat SPM 2025!...
31/03/2026

Assalamualaikum..

ALHAMDULILLAHโ€ฆ MEMANG TERBAIK! ๐Ÿ”ฅ
Tahniah & syabas kepada semua warga SMKPJ atas kejayaan hebat SPM 2025!

๐Ÿ’ช GPS semakin baik: 4.10
๐Ÿ’ฏ Lulus: 100%
๐ŸŒŸ Straight A meningkat!
๐Ÿ‘ NKRA: BAIK

Anda semua memang SUPERB! ๐Ÿ’

Ikhlas daripada:
PIBG SMK Peramu Jaya

Selamat menduduki Peperiksaan Bertulis SPM 2025kepada semua calon SPMSMK Peramu Jaya.Semoga semua dapat menjawab dengan ...
24/11/2025

Selamat menduduki Peperiksaan Bertulis SPM 2025
kepada semua calon SPM
SMK Peramu Jaya.

Semoga semua dapat menjawab dengan tenang dan dapat keputusan yang cemerlang. Doa cikgu-cikgu mengiringi kamu semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ


Alhamdulillah tahniah team PPKI SMK Peramu Jaya ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป
10/11/2025

Alhamdulillah tahniah team PPKI SMK Peramu Jaya ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

KARNIVAL BAKAT & PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI PAHANG 2025 MERIAH DI RAUB

7 November 2025 โ€“ Karnival Bakat & Permainan Pendidikan Khas Negeri Pahang 2025 yang berlangsung dari 5 hingga 7 November di Kompleks Rakan Muda Raub berjaya menghimpunkan pelajar pendidikan khas dari seluruh negeri dalam semangat persaingan sihat dan kesukanan.

Pelbagai acara sukan dan permainan telah dipertandingkan dalam karnival tersebut bagi mencungkil bakat serta memperkasa potensi murid pendidikan khas. Antara pencapaian cemerlang yang direkodkan ialah:

Badminton BP Lelaki โ€“ Johan dimenangi oleh SMK Peramu Jaya (SMKPJ)
Badminton BP Perempuan โ€“ Naib Johan dimenangi oleh SMK Chini (SMKC)
Catur BP Lelaki โ€“ Naib Johan diraih oleh SMK Datuk Mahmud Mat (SMKDMM)

Karnival ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut menjadi platform bagi mengiktiraf usaha dan kemampuan murid pendidikan khas dalam bidang kokurikulum.

Semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang karnival membuktikan bahawa pendidikan khas mampu melahirkan individu yang berbakat dan berdaya saing.

Address

SMK Peramu Jaya
Pekan
26600

Telephone

+6094101310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Peramu Jaya, Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Peramu Jaya, Pekan:

Shortcuts

Share

Category