PEKA 5 UMPSA

PEKA 5 UMPSA Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5
Universiti Malaysia Pahang Al - Sultan Abdullah

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA 5) merupakan satu organisasi yang bernaung di bawah IKUMP. Organisasi ini bertanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar serta menjadikan kebajikan pelajar sebagai keutamaan disamping merealisasikan UMP sebagai universiti bertaraf dunia.

[🏟️ARENA 2026🏟️]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) telah penyertai progra...
23/07/2026

[🏟️ARENA 2026🏟️]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) telah penyertai program Arena UMPSA 2026 seperti butiran berikut:

📅 Tarikh: 8 - 10 Mei 2026
📍 Tempat: UMPSA Gambang

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pembangunan sukan dan rekreasi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER]​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Ses...
21/07/2026

[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER]

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi 2025/2026 mengucapkan Selamat Cuti Semester 2 Sesi 2025/2026 kepada seluruh warga UMPSA!

​Manfaatkan masa ini untuk berehat bersama keluarga dan bersedia bagi semester baharu. Bagi yang pulang ke kampung, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan.

​Semoga percutian ini menyuntik semangat baharu untuk kita kembali melangkah lebih jauh nanti.

​Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”



[TAWARAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SESI 2026/2027 (LALUAN KUNING/KIV)] 🏠✨​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perwakilan...
02/07/2026

[TAWARAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN SESI 2026/2027 (LALUAN KUNING/KIV)] 🏠✨

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi 2025/2026 ingin berkongsi makluman penting mengenai tawaran penginapan kolej kediaman buat pelajar berstatus Laluan Kuning (KIV) yang berada dalam julat kedudukan (ranking) berikut:

​🔹 Julat Ranking yang Layak:
​Kampus Gambang:
1. Lelaki 687 > 819
2. ⁠Perempuan 1167 > 1441

​Kampus Pekan:
1. Lelaki 883 > 1102
2. ⁠Perempuan 387 > 482

​🗓️ Tempoh Permohonan: 3 Julai 2026 – 5 Julai 2026

💻 Sistem: MyGading > Hostel Application

​⚠️ Nota: Kegagalan mengesahkan penerimaan dalam tempoh di atas akan menyebabkan tawaran terbatal secara automatik. Sila bertindak segera!

​Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




📚✨ [SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II 2025/2026] ✨📚Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perwakilan Mahasisw...
30/06/2026

📚✨ [SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II 2025/2026] ✨📚

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester II Sesi 2025/2026 kepada seluruh warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

“Pengorbanan sekarang untuk kesenangan generasi masa depan.”
— Tun Dr. Mahathir Mohamad

Semoga segala usaha, pengorbanan dan persiapan yang telah dilakukan sepanjang semester ini membuahkan hasil yang cemerlang. Jawablah setiap soalan dengan tenang, yakin dan penuh keyakinan terhadap kemampuan diri.

Kami mendoakan agar semua mahasiswa dipermudahkan urusan, dikurniakan ketenangan sepanjang peperiksaan serta memperoleh keputusan yang membanggakan.

Selamat maju jaya dan semoga berjaya!

Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




[PEMAKLUMAN PENTING | PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Perhatian kepada semua pelajar UMPSA...
28/06/2026

[PEMAKLUMAN PENTING | PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar UMPSA Pekan yang masih belum membuat permohonan bilik kolej kediaman.

Dimaklumkan bahawa hari ini, Ahad (28/6/26) merupakan hari terakhir untuk pelajar berstatus _Green Lane_ membuat permohonan kolej kediaman.

Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat diminta untuk segera melengkapkan permohonan sebelum tarikh permohonan ditutup bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan penempatan kolej kediaman.

Kerjasama dan tindakan segera daripada semua pelajar amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




[SNACK & SHARE KOLEJ KEDIAMAN 5]​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi...
28/06/2026

[SNACK & SHARE KOLEJ KEDIAMAN 5]

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi 2025/2026 ingin menjemput seluruh warga pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terutamanya penghuni Kolej Kediaman 5 untuk mengambil makanan di Snack & Share.

Butiran program adalah seperti berikut:
🗓️ Tarikh: 29 Jun 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Pusat Aktiviti Pelajar (PAP), UMPSA Pekan
⏰ Masa: 8.00 P.M. – 10.00 P.M.

⚡First Come, First Serve!

​Mari singgah untuk tambah tenaga dan ambil sedikit snek sebelum menyambung ulang kaji. Jumpa di sana!

​Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) akan menyediakan se...
25/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) akan menyediakan servis penyimpanan barang di Stor Berpusat Kolej Kediaman 5 pada waktu dan tarikh yang ditetapkan:

TARIKH: 4, 5, 11, 12 Julai 2026
MASA: 10.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI:

STOR BLOK B (LELAKI), STOR BLOK G (PEREMPUAN)
CAJ: RM2/KOTAK

‼️PERHATIAN‼️

📌Membaca dan memahami TATACARA (SOP) PENYIMPANAN BARANG DI STOR BERPUSAT KOLEJ KEDIAMAN 5 BAGI CUTI SEMESTER 2 SESI 2025/2026
📌Tempat penyimpanan adalah terhad kepada pelajar Borneo (Sabah dan Sarawak) sahaja.
📌Tempahan slot penyimpanan hendaklah dibuat sehari sebelum di pautan yang tersedia. Mahasiswa yang tidak membuat tempahan tidak akan dilayan.
📌Semua barang mesti dilabel dengan jelas (Nama, Nombor Matrik, Nombor Telefon, Nombor Bilik Semasa).
📌Kotak/bagasi yang digunakan untuk penyimpanan mesti berada dalam keadaan bersih dan ditutup rapat.
📌Barang hendaklah diletakkan di dalam kotak sebelum disimpan.
📌Saiz kotak mestilah berukuran 53cm x 53cm x 53cm. Barang yang melebihi saiz ditetapkan akan dikenakan caj tambahan.
📌Jika ingin menyimpan beg kain atau beg roda sila balut dengan plastik lut sinar sebelum membuat penyimpanan.
📌Penyimpanan barang hanyalah sepanjang tempoh Cuti Semester 2 Sesi 2025/2026 dan barang mesti dituntut semula semasa kuliah Semester 1 Sesi 2026/2027 bermula. Kegagalan untuk tuntut barang pada tempoh yang ditetapkan mungkin boleh dikenakan caj.

PAUTAN TEMPAHAN STOR: https://forms.gle/VLUWPDYGNYYAYj427

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi

Koordinator Penyimpanan:
013-4518807 (Syamim | Exco Kebajikan dan Kelestarian PEKA5)
011-40777453 (Sarah | Exco Kebajikan dan Kelestarian PEKA5)

”Lead Inspire Modest Accountable”




📚✨[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]✨📚​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PE...
24/06/2026

📚✨[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI]✨📚

​Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

​Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) Sesi 2025/2026 mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada seluruh warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

”Lupakan rank mu kawan, mari study bersamaku”

​Mari kita kurangkan seketika aktiviti hiburan digital dan berikan fokus sepenuhnya kepada persiapan akademik. Manfaatkan tempoh ini untuk mengulang kaji dengan bijak serta saling membantu sesama rakan perjuangan.

​Semoga segala usaha kita membuahkan hasil yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. Selamat maju jaya!

​Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




📢 [PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KELUAR BILIK KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026]📢Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,...
19/06/2026

📢 [PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KELUAR BILIK KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026]📢

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Pendaftaran Keluar Bilik Kolej Kediaman bagi sesi akademik 2025/2026 telah dibuka bermula 15 Jun 2026 hingga 15 Julai 2026.

📝 Semua pelajar yang menginap di Kolej Kediaman Kampus Gambang dan Pekan adalah WAJIB membuat permohonan daftar keluar melalui sistem MyGading Pelajar sebelum proses pemulangan bilik.

📌 Perkara yang perlu diberi perhatian:
✅ Lengkapkan permohonan daftar keluar di sistem MyGading Pelajar.
✅ Pastikan bilik/rumah berada dalam keadaan bersih dan kemas.
✅ Pulangkan set kunci yang lengkap berserta kad akses (bagi pelajar KK4 sahaja) semasa proses daftar keluar.

⚠️ Kegagalan mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan kompaun RM50 mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

🕘 Waktu Operasi Pejabat
Isnin – Khamis
8.30 pagi – 12.30 tengah hari
2.30 petang – 4.30 petang

Jumaat
8.30 pagi – 12.00 tengah hari
3.00 petang – 4.30 petang

Mohon semua penghuni kolej mengambil maklum dan melengkapkan proses daftar keluar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




📢 [PEMAKLUMAN PENDAFTARAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER PENDEK SESI AKADEMIK 2025/2026] 📢Assalamualaikum dan Salam ...
17/06/2026

📢 [PEMAKLUMAN PENDAFTARAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN BAGI SEMESTER PENDEK SESI AKADEMIK 2025/2026] 📢

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 5 (PEKA5) ingin memaklumkan bahawa pendaftaran masuk ke Kolej Kediaman bagi Semester Pendek Sesi Akademik 2025/2026 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

📅 Tarikh Daftar Masuk: 26 Julai 2026
📅 Tarikh Daftar Keluar: 18 September 2026

🕗 Waktu Daftar Masuk/Keluar:
• 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
• 2.30 petang – 4.30 petang
(Tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

🏠 Penempatan Pelajar
📍 Kampus Pekan
• Kolej Kediaman 5 (KK5) – Pelajar Lelaki dan Perempuan (dibuka untuk semester pendek sahaja)

💰 Kadar Penginapan
• RM300.00 – Pelajar yang mengikuti kursus semester pendek
• RM22.00/sehari - Pelajar yang mengikuti aktiviti selain kursus semester pendek dan menginap dalam tempoh tertentu sahaja⁠

⚠️ Pelajar yang didapati menginap di Kolej Kediaman tanpa kebenaran rasmi daripada pihak kolej boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan kolej kediaman.

Sekian, terima kasih.

“Lead Inspire Modest Accountable”




Address

Kolej Kediaman 5, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Kampus Pekan
Pekan
26600,PAHANG

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEKA 5 UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PEKA 5 UMPSA:

Shortcuts

Share