21/07/2026
Perkhidmatan Akademik Menerima Kunjungan Penanda Aras daripada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia
Pekan, 20 Julai 2026 – Perkhidmatan Akademik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi sesi perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan akademik siswazah.
Sesi perkongsian ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pengurusan akademik, antaranya pengurusan pengambilan pelajar, pengurusan pengajian akademik, pengendalian Viva Voce, pengurusan kurikulum siswazah termasuk penilaian Programme Learning Outcomes (PLO) dan pelaksanaan Outcome-Based Education (OBE) bagi program kerja kursus serta penyelidikan, di samping pengurusan bantuan kewangan pelajar.
Delegasi SPS diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Timbalan Dekan (Akademik & Kurikulum). Turut hadir ialah Prof. Dr. Nitty Hirawaty Kamarulzaman, Timbalan Dekan (Pengambilan, Perhubungan Institusi dan Bantuan Kewangan); Encik Mohamad Taufik Rahmat, Penolong Pendaftar Kanan (Ketua, Unit Pengambilan); Cik Nur Nadjla Ahmad Razei, Penolong Pendaftar Kanan (Ketua, Unit Perhubungan Institusi); serta beberapa pegawai daripada Unit Kurikulum, Unit Akademik, Unit Tesis, Unit Bantuan Kewangan dan Unit Pembangunan Pelajar.
Delegasi tersebut telah disambut oleh Puan Ernie Nurazlin binti Lizam, Pengarah Kanan Perkhidmatan Akademik. Turut hadir ialah Encik Zainal bin Bahari, Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan; Cik Nor Sabrina binti Ismail, Pengarah Pusat Peperiksaan & Pengijazahan; Puan Nor Ashikin binti Sulaiman, Pengarah Pusat Senat & Tajaan; Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Juliawati binti Alias, Pengarah Pusat Jaminan Kualiti Akademik; serta beberapa pegawai daripada Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik, Pusat Akreditasi Akademik dan Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik.
Dalam kunjungan yang sama, SPS turut mengadakan sesi perkongsian mengenai Amalan Terbaik Pelaksanaan Program Dual PhD bersama Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA. Sesi tersebut disertai oleh pensyarah-pensyarah FSTI yang diketuai oleh Dr. Mohd Azwan Jenol.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara UMPSA dan UPM, di samping menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkasakan pengurusan akademik siswazah. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi meningkatkan kecemerlangan dan kualiti penyampaian perkhidmatan akademik di kedua-dua institusi.