Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan SHAH - Where Excellence is Created Listed as one of Malaysia's Sekolah Berasrama Penuh and the latest recognition is as one of the Sekolah Berprestasi Tinggi.
(1)

HARI TERBUKA ASPURA & ASPURI  SHAH PEKAN 2026 Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dengan sukacitanya menjemput ib...
15/08/2026

HARI TERBUKA ASPURA & ASPURI SHAH PEKAN 2026

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan dengan sukacitanya menjemput ibu bapa, penjaga, Alumni SHAH Pekan - Official dan semua untuk hadir ke Hari Terbuka Aspura & Aspuri 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Kawasan Aspura & Aspuri, SHAH Pekan

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan, antaranya Mini Games, Teh Tarik Berirama, Hias Kek, Menanam Pokok Bunga Kertas, Pertandingan Dorm Tercantik, Karaoke serta Aktiviti Mewarna untuk Kanak-kanak.

Turut disediakan pelbagai juadah dan gerai makanan daripada rumah-rumah kediaman Murad, Aminuddin, Abdul Rahman, Hamdan dan Adiratna.

Penganjuran Hari Terbuka ini merupakan salah satu wadah untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, warga asrama, ibu bapa, penjaga dan alumni, di samping memberikan ruang kepada para pelajar untuk mengetengahkan kreativiti, bakat serta semangat kerjasama.

Sehubungan itu, seluruh warga SHAH Pekan amat mengalu-alukan kehadiran dan sokongan daripada ibu bapa, penjaga serta alumni bagi memeriahkan program ini. Kehadiran semua amat dinantikan.

Sokongan Anda, Inspirasi Kami!






DANA VINYL FLOORING ASRAMA SHAH PEKANSatu Sumbangan, Satu Sentuhan TransformasiAssalamualaikum dan salam sejahtera,PIBG ...
14/08/2026

DANA VINYL FLOORING ASRAMA SHAH PEKAN
Satu Sumbangan, Satu Sentuhan Transformasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

PIBG SHAH Pekan & ALUMNI SHAH PEKAN membuka peluang kepada ibu bapa, alumni dan warga prihatin untuk bersama-sama menjayakan Projek Pemasangan 101 Kotak PVC Click Lock Flooring Waterproof Floating Vinyl = RM 10,000.00 bagi menaik taraf ruang asrama:

๐Ÿ“š Bilik Bacaan Blok A & Blok B
๐Ÿ›Œ Bilik Rehat Aspura & Aspuri
๐Ÿฉบ Bilik Sakit Aspura & Aspuri

Projek ini bertujuan mewujudkan ruang yang lebih selesa, bersih, kemas dan kondusif untuk kegunaan murid SHAH Pekan.

Kerja pemasangan akan dilaksanakan secara gotong-royong oleh ibu bapa dan guru, sebagai simbol kebersamaan dalam membina persekitaran terbaik untuk anak-anak SHAH.

KUTIPAN SETAKAT JAM 10AM | 14/8/2026 = RM 4,227.00

Ayuh bersama menyumbang dan menjadi sebahagian daripada transformasi ini.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
๐Ÿ”— Payment Gateway CHIP PIBG SHAH PEKAN https://pay.chip-in.asia/vinylfloorshahpekan

TERIMA KASIH.
PIBG SHAH Pekan

Untuk pertanyaan:
YDP PIBG SHAH PEKAN 0199141034

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œJiwa Merdeka, Sains Cemerlang, Negara Gemilangโ€Tanggal 5 Ogos 2026 telah b...
13/08/2026

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œJiwa Merdeka, Sains Cemerlang, Negara Gemilangโ€

Tanggal 5 Ogos 2026 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan bertempat di Dataran Ilmu, SHAH Pekan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, lafaz Ikrar Rukun Negara, bacaan doa serta perkongsian ilmu daripada Pasukan Pengakap Sekolah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua, gimik pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan serta nyanyian lagu patriotik kibaran Jalur Gemilang.

Sambutan ini bukan sekadar memperingati sejarah kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk menyemai semangat patriotisme, perpaduan, rasa cinta akan tanah air serta penghargaan terhadap pengorbanan generasi terdahulu dalam kalangan warga sekolah.

Semoga semangat Malaysia MADANI โ€“ Kesejahteraan Dinikmati terus menyuburkan jiwa merdeka dalam diri seluruh warga SHAH Pekan.

Merdeka dari Hati, Perpaduan Dijulang, Negara Gemilang! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ๐Ÿ’™






SHAH PHANTOMESS BAWAH 16 MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR CUP AGTR KEBANGSAAN 2026Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan ...
11/08/2026

SHAH PHANTOMESS BAWAH 16 MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR CUP AGTR KEBANGSAAN 2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan SHAH Phantomess Bawah 14 dan Bawah 16 atas prestasi yang ditunjukkan dalam Kejohanan MILO All Girls Touch Rugby (AGTR) Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 di Padang Ragbi Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Gambang.

Pasukan Bawah 16 cemerlang di peringkat kumpulan dengan mencatat tiga kemenangan:
๐Ÿ† SHAH Pekan 4โ€“1 SEMSAS
๐Ÿ† SHAH Pekan 3โ€“0 SMK Seri Pulai Perdana
๐Ÿ† SHAH Pekan 4โ€“0 SMS Segamat B

Kejayaan tersebut membawa SHAH Phantomess ke Separuh Akhir Cup, sebelum akur 0โ€“4 kepada Sekolah Sukan Malaysia Pahang A.

Sementara itu, pasukan Bawah 14 turut menunjukkan saingan yang baik dengan mencatat dua kemenangan di peringkat kumpulan dan muncul Naib Johan Bowl selepas tewas tipis 0โ€“1 kepada SEMSAS pada perlawanan akhir.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih, guru pembimbinh serta ibu bapa atas sokongan dan komitmen dalam membangunkan bakat serta potensi ragbi wanita SHAH Pekan.

Teruskan melangkah, teruskan berkembang dan terus mengharumkan nama SHAH Pekan.







SHAH PEKAN SERLAH BAKAT DEBAT DI PENTAS IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2026Tahniah diucapkan kepada Pasukan Baha...
11/08/2026

SHAH PEKAN SERLAH BAKAT DEBAT DI PENTAS IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP 2026

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bahas Bahasa Melayu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan atas pencapaian yang diperoleh dalam IIUM Interschool Debating Championship (IDC) 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak.

Pasukan yang diwakili oleh Syed Haziq Marzuki bin Sayed Mohd Saufi dan Muhammad Idlan Hariez bin Roslan, dengan iringan En. Hamad Karuding dan En. Mohd Syukri, berjaya menamatkan saingan Peringkat Outround di kedudukan ke-14 daripada 24 pasukan.

Lebih membanggakan, Muhammad Idlan Hariez dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Sidang pada Pusingan 2 dan berjaya menduduki Rank 1 bagi persidangan tersebut.

Walaupun belum berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam edisi pertama format British Parlimen, pasukan SHAH Pekan telah mempamerkan persembahan yang konsisten dan keberanian bersaing di pentas debat.

IDC IIUM 2026 turut mempertandingkan kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, dengan penyertaan peserta dari dalam dan luar negara.

Syabas dan tahniah kepada pasukan serta setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pengiring, jurulatih dan alumni bahas atas bimbingan dan komitmen yang diberikan. Terima kasih juga kepada PIBG SHAH, Alumni SHAH Pekan Alumni SHAH Pekan - Official , ibu bapa peserta serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan.

Terus berani bersuara, terus melangkah lebih jauh!

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk Pasukan Bahas SHAH Pekan terus mengukir kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.






MENYELUSURI BAITULLAH, MENGHAYATI MAKNA IBADAHProgram Amali Lambaian Kaabah telah berjaya diadakan pada 7 Ogos 2026 bert...
08/08/2026

MENYELUSURI BAITULLAH, MENGHAYATI MAKNA IBADAH

Program Amali Lambaian Kaabah telah berjaya diadakan pada 7 Ogos 2026 bertempat di Surau Ar-Razi, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan, dengan penyertaan murid-murid Tingkatan 4 anjuran Panitia Pendidikan Islam SHAH Pekan.

Program yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Abdul Munโ€™im bin Salehuddin, Guru SMA Al-Attas, memberikan peluang kepada para murid untuk memahami dan menghayati tatacara pelaksanaan ibadah haji secara lebih praktikal dan berkesan.

Lebih daripada sekadar pembelajaran di dalam kelas, pendekatan amali yang dilaksanakan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih dekat dengan situasi sebenar, sekali gus membantu murid menghayati setiap rukun dan amalan haji dengan lebih mendalam.

Semoga program ini menjadi bekalan ilmu dan pengalaman yang bermakna, serta menyemai kecintaan terhadap ibadah, membentuk jati diri dan memperkukuh penghayatan Islam dalam kehidupan para murid.

Ilmu dipelajari, ibadah dihayati, pengalaman menjadi bekalan.






SHAH PEKAN RAIH NAIB JOHAN DI NATIONAL ROBOTIC COMPETITION (NRC) 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG!Setinggi-tinggi tahniah da...
07/08/2026

SHAH PEKAN RAIH NAIB JOHAN DI NATIONAL ROBOTIC COMPETITION (NRC) 2026 PERINGKAT NEGERI PAHANG!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Robotik Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan atas kejayaan meraih Naib Johan dalam kategori Robomission Rookie (Heritage Heroes) di National Robotic Competition (NRC) 2026 Peringkat Negeri Pahang.

Pertandingan yang berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2026 di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Learning Solutions.

Kejayaan ini bukan sekadar satu pencapaian, malah menjadi bukti bahawa usaha yang berterusan, bimbingan yang berkualiti serta sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan seluruh warga SHAH Pekan mampu melahirkan pasukan yang berdaya saing, berinovatif dan cemerlang dalam bidang robotik.

Semoga kejayaan ini menjadi titik tolak kepada Pasukan Robotik SHAH Pekan untuk terus mengorak langkah, mencipta lebih banyak kecemerlangan serta mengharumkan nama sekolah di persada yang lebih tinggi.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga sekolah,ibu bapa, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) SHAH Pekan serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan, kepercayaan dan doa sepanjang perjalanan pasukan ini sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.

Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Robotik SHAH Pekan atas pencapaian yang membanggakan ini!






04/08/2026

BAHU YANG MEMIKUL LANGIT | Sebuah Pementasan Teater Sarat Emosi dan Nilai Kehidupan!

"Bahu Yang Memikul Langit" bakal menemui penonton dalam sebuah pementasan yang sarat dengan nilai kemanusiaan, pengorbanan dan kasih sayang.

Setiap kehidupan hadir dengan ujian yang berbeza. Namun, di sebalik setiap beban yang dipikul dengan penuh kesabaran, pasti terselit sinar harapan dan kekuatan. Hayatilah sebuah naskhah yang menyentuh jiwa serta mengajak kita merenung makna sebenar sebuah pengorbanan.

Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan Shah Perdana
Sidang 1 (Orang Awam): 3.00 โ€“ 4.00 petang
Sidang 2 (Warga SHAH): 9.00 โ€“ 10.00 malam

Harga Tiket
โ€ข RM10.00 (termasuk Pop Corn)
โ€ข Kanak-kanak 4โ€“12 tahun: RM3.00 (termasuk Goodies)

Tempat adalah terhad kepada 250 tiket sahaja.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah pementasan yang bukan sekadar hiburan, malah membawa mesej yang mendalam tentang kehidupan, keluarga dan ketabahan.

"Setiap beban yang dipikul dengan sabar, akan menemukan jalan pulang kepada Tuhan."

๐Ÿ“ž Tempahan tiket boleh dibuat melalui:
โ€ข Cikgu Ayu โ€“ 013-655 0559
โ€ข Cikgu Afzan โ€“ 013-540 5653

Ayuh hadir dan bersama-sama menghidupkan seni teater tempatan. Sokongan anda adalah inspirasi buat seluruh warga Teater Loka!






Seluruh warga Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan mendoakan agar semua murid yang memulakan Ujian Setara Standard...
04/08/2026

Seluruh warga Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan mendoakan agar semua murid yang memulakan Ujian Setara Standard 2 (USS2) pada hari ini diberikan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa, kelapangan fikiran serta dipermudahkan dalam menjawab setiap soalan.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan persediaan yang telah dilaksanakan membuahkan hasil yang terbaik serta menjadi asbab kepada kejayaan yang membanggakan.

Turut didoakan buat semua calon Peperiksaan Percubaan SPM yang akan menduduki Kertas Fizik 1 dan Kertas Fizik 2 pada hari ini. Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman yang jelas, ilham dalam setiap jawapan, ketelitian sepanjang peperiksaan serta memperoleh keputusan yang cemerlang sebagai persediaan menuju SPM sebenar.

"Rabbi yassir wa la tu'assir, Rabbi tammim bil khair."
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jangan Engkau persulitkan, dan sempurnakanlah segala urusanku dengan kebaikan."

Semoga setiap langkah dipermudah, setiap usaha diberkati dan setiap impian dikurniakan kejayaan.

Bittaufiq Wannajah. Semoga berjaya, SHAHians!







ุจูุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุญู | Bittaufiq Wannajah Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2026 bagi mata pelajara...
03/08/2026

ุจูุงู„ุชูŽู‘ูˆู’ูููŠู‚ู ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุฌูŽุงุญู | Bittaufiq Wannajah

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2026 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Kertas 1 kepada seluruh calon SPM Batch Avicenna pada pagi ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab setiap soalan. Laksanakan yang terbaik dengan penuh keyakinan dan tawakal.

Semoga beroleh kejayaan!






Address

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
Pekan
26600

Telephone

+6094224616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan:

Shortcuts

Share

Category