26/11/2024
Alam Ria PASTI Malaysia sudah pun bermula sejak tahun 2011, dengan Perak sebagai tuan rumah pertama waktu itu.
Sejak itu, acara ini sudah menjelajah ke pelbagai negeri, dan setiap tahun ada johan keseluruhannya!
Jom kita imbas kembali sejarah tuan rumah dan pemenang sejak 2011:
2011
Tuan rumah: Perak
Johan keseluruhan: PASTI Negeri Selangor
2012
Tuan rumah: Kelantan
Johan keseluruhan: PASTI Negeri Selangor
2013
Tuan rumah: Selangor
Johan keseluruhan: PASTI Negeri Kedah
2014
Tuan rumah: Johor
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Johor
2015
Tuan rumah: Negeri Sembilan
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Pulau Pinang
2016
Tuan rumah: Terengganu
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Melaka
2017
Tuan rumah: Pulau Pinang
Johan keseluruhan: PASTI Wilayah Persekutuan
2018
Tuan rumah: Wilayah Persekutuan
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Melaka
2019
Tuan rumah: Johor
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Terengganu
2020
Tiada acara.
2021
Tuan rumah: Secara atas talian
Johan keseluruhan: Jabatan PASTI Negeri Terengganu
2022
Tuan rumah: Pahang
Johan keseluruhan: PASTI Negeri Pahang
2023
Tuan rumah: Perlis
Johan keseluruhan: PASTI Negeri Sembilan - Rasmi
Dan untuk tahun 2024, buat pertama kalinya Melaka menjadi tuan rumah!
Menariknya hanya Johor dan Pahang sahaja tuan rumah yang berjaya meraih Johan Keseluruhan.
Mampukah Melaka mengikut jejak kejuaran seperti Johor dan Pahang?
Adakah Negeri Sembilan akan mengekalkan kejuaraan?
Takkan PASTI Negeri lain akan biarkan sahaja dominasi johan keseluruhan ini kepada negeri lain?
Dengan tema menarik tahun ini, “Melayu Klasik”siapakah agaknya yang bakal merangkul gelaran johan keseluruhan?
Nantikan!