SMA Al-Attas Pekan, Pahang

SMA Al-Attas Pekan, Pahang Wadah penyampaian & perkongisan maklumat SMAA

🏆 KEJOHANAN MASISUPA ZON 1 🏆🥇 Johan Ilmiah: Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)🥇 Johan Sukan: Sekolah Menengah Agama Al-A...
13/04/2026

🏆 KEJOHANAN MASISUPA ZON 1 🏆

🥇 Johan Ilmiah: Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
🥇 Johan Sukan: Sekolah Menengah Agama Al-Attas
🏆 Johan Keseluruhan: MTNP

Majlis Perasmian PENUTUP Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama NEGERI PAHANG (MASISUPA) Kali ke-42 Tahun 2026 Peringkat Zon 1 telah dirasmikan oleh YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, DIMP., AMP. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Alhamdulillah, tirai Kejohanan MASISUPA Peringkat Zon 1 bagi tahun 2026 secara rasminya telah dilabuhkan hari semalam (12 April 2026). Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua atlet yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang luar biasa. Kemenangan bukan sekadar pada pingat, tetapi pada keberanian dan disiplin yang dipamerkan di lapangan.

________________________________________________________________________

ASSALAMUALAIKUM SEMUA WARGA SMAA BERIKUT ADALAH MERUPAKAN SALURAN MEDIA YANG DIGUNA PAKAI OLEH SMAA

❤️LAMAN SESAWANG SEMUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG ( UNIT PORTAL JAIP)
🤝https://sman.pahang.edu.my/schools

❤️LAMAN SESAWANG SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL - ATTAS
( UNIT ARTIKEL)
🤝https://sman.pahang.edu.my/smaalattas

❤️JEMPUT LAYARI & MEMBERIKAN SOKONGAN.

📚YOUTUBE PUSAT SUMBER SMAA ( UNIT VIDEO )
https://youtube.com/

📢FACEBOOK SMAA ( UNIT SEBARAN INFO & GAMBAR)
https://www.facebook.com/alattasofficial?mibextid=ZbWKwL

❤️MEDIA AL - ATTAS ( UNIT MAJALAH & GAMBAR AKTIVITI PELAJAR )
https://t.me/+0UvittNpr_AzYTY1

❤️TIKTOK TVPSS
https://vt.tiktok.com/ZSHrtrSsB/

🤝 *SALURAN MEDIA SMAA 2026*


"Pendidikan adalah pasport ke masa depan."Hari Isnin (12/1/2026) yang lalu menandakan bermulanya perjalanan kita untuk m...
14/01/2026

"Pendidikan adalah pasport ke masa depan."

Hari Isnin (12/1/2026) yang lalu menandakan bermulanya perjalanan kita untuk mengejar impian di tahun 2026. Setiap kelas yang dimasuki, setiap nota yang ditulis, adalah pelaburan untuk masa depan anda. Selamat menimba ilmu kepada semua warga Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan, Pahang.

01/12/2025
24/11/2025

Selamat menduduki Peperiksaan SPM 2025 kepada semua calon SMAA. Semoga dipermudahkan.

Pada 15 November 2025M bersamaan 25 Jamadil Awal 1447H, perkarangan Sekolah Menengah Agama Al-Attas Pekan menjadi saksi ...
18/11/2025

Pada 15 November 2025M bersamaan 25 Jamadil Awal 1447H, perkarangan Sekolah Menengah Agama Al-Attas Pekan menjadi saksi berlangsungnya sesi Temu Uji Kemasukan ke Tingkatan 1 bagi ambilan sesi 2026.

Sesi yang penuh bermakna ini diserikan dengan kehadiran para calon yang bersemangat, ditemani oleh ibu bapa/penjaga yang memberi sokongan padu. Menerusi lensa kami, terpancar semangat, keyakinan, dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh setiap calon sepanjang mengikuti sesi temu uji yang telah ditetapkan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan yang ditunjukkan, dan atas minat serta kepercayaan dalam memilih SMA Al-Attas Pekan sebagai wadah pendidikan anak-anak untuk menimba ilmu duniawi dan ukhrawi.

BENGKEL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SERTA PENYELESAIAN MASALAH RUMIT MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN...
08/11/2025

BENGKEL KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) SERTA PENYELESAIAN MASALAH RUMIT MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG (SMAN) DAN SEKOLAH MENENGAH UGAMA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG (SMU MUIP)

Tarikh : 8/11/2025 (Sabtu)
Masa 8.30pg - 5.00ptg
Tempat: Dewan Smataf

Semoga program ini dapat membantu anak-anak pelajar memahami isi kandungan yang disampaikan serta memupuk semangat belajar dan nilai positif dalam diri mereka. Aaminnn

Selamat Menduduki Peperiksaan!​Terutamanya buat:​Calon SPM​Calon Peperiksaan SMAPelajar Tingkatan 1, 2, dan 3 (Ujian Akh...
03/11/2025

Selamat Menduduki Peperiksaan!

​Terutamanya buat:
​Calon SPM
​Calon Peperiksaan SMA
Pelajar Tingkatan 1, 2, dan 3 (Ujian Akhir Sesi Akademik)

​Pergunakanlah segala ilmu yang telah dipelajari, kekalkan ketenangan, dan yakinlah dengan kemampuan diri.

Kami berdoa agar segala usaha dan penat lelah kalian sepanjang sesi pembelajaran ini akan membuahkan hasil yang cemerlang.

​Semoga Allah SWT sentiasa bersama kalian dalam setiap langkah menjawab soalan.

​Bittaufiq Wannajah!

Pertandingan Hafazan Hadith 40 & Matan Ajjurumiyah. Bertempat di Pusat Pengajian Darul Hadis, Pulau Pinang.Tahniah buat ...
17/09/2025

Pertandingan Hafazan Hadith 40 & Matan Ajjurumiyah. Bertempat di Pusat Pengajian Darul Hadis, Pulau Pinang.

Tahniah buat adik Irfan Yusli mendapat Naib Johan, Pertandingan Hafazan Hadis 40 Imam Nawawi.
Terima kasih kepada guru pembimbing Ustaz Asri Mansor yang bertanggungjawab membawa pelajar SMA AlAttas ke pertandingan tersebut. 💪🏆

TAHNIAH HAQQAN 3 HANAFI MENJADI JUARA BOLA SEPAK MEWAKILI AL ATTAS KE PERINGKAT KESSUMA 2025
17/09/2025

TAHNIAH HAQQAN 3 HANAFI MENJADI JUARA BOLA SEPAK MEWAKILI AL ATTAS KE PERINGKAT KESSUMA 2025

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025.Doakan calon SPM SMA Al Attas 🤲❤️
01/09/2025

Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025.
Doakan calon SPM SMA Al Attas 🤲❤️

Address

SMA Al-Attas, Ketapang Tengah
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094211054

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Al-Attas Pekan, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMA Al-Attas Pekan, Pahang:

Shortcuts

Share

Category