21/08/2026
KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH KPM NEGERI PAHANG 2026
Karnival Sukan Prasekolah KPM Negeri Pahang 2026 telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2026 di Cameron Highlands, Pahang dengan penyertaan kontinjen dari semua daerah di Negeri Pahang.
Karnival ini mempertandingkan dua acara utama, iaitu Futsal dan Bola Jaring, yang melibatkan murid-murid Prasekolah Pahang. Selain penglibatan murid dan guru, program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan aktif ibu bapa serta penjaga yang hadir memberikan sokongan, semangat dan dorongan kepada anak-anak sepanjang kejohanan berlangsung.
Kontinjen Pekan telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan meraih:
π₯ Tempat Ketiga β Bola Jaring
π
Tempat Keempat β Futsal
Kejayaan ini mencerminkan kerjasama erat antara murid, guru, ibu bapa/penjaga dan pihak pengurusan pendidikan dalam menyokong perkembangan bakat, keyakinan diri serta semangat kesukanan murid prasekolah.
Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen Prasekolah Daerah Pekan!