Tadika Amal Pekan

Tadika Amal Pekan Pusat Didikan Holistik Untuk Anak Anda

No. Pendaftaran JPNP: JPNP.SPS.6000 -8/2/1/2 | C5A5005

Kami warga Tadika Amal Pekan berbesar hati ingin menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan hadir ke:*_HARI PENDAFTARAN 2026 TADI...
16/12/2025

Kami warga Tadika Amal Pekan berbesar hati ingin menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan hadir ke:

*_HARI PENDAFTARAN 2026 TADIKA AMAL PEKAN_*

Tarikh : 25 Disember 2025
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : No. 44, Lorong 17, Taman Mentiga Jaya Pekan, Pahang
📍https://maps.app.goo.gl/3XXRVNqKg3jhJYmCA

Dokumen yang perlu dibawa:
+ 1 Salinan MYKID anak
+ 1 Salinan Kad Pengenalan Ibubapa
+ 2 keping gambar anak berukuran passport

Sebarang pertanyaan, hubungi Teacher Farhana di talian dengan klik link www.wasap.my/60187675214/TAP26 atau CIKGU RUBY www.wasap.my/60139391423/TAP26

Terima kasih.

17/10/2025

Tunjang : Awal Sains
Eksperimen Larut dan tidak larut dalam air.

02/10/2025

KENYATAAN RASMI TADABBUR CENTRE

Kami di Tadabbur Centre berdiri teguh bersama masyarakat dunia dalam mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel yang menyekat misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza. Tindakan ini jelas mencabuli hak asasi manusia dan menafikan hak rakyat Palestin untuk menerima bantuan.

Kami menyeru semua pihak (individu, institusi, dan pertubuhan) untuk bersama-sama menyebarkan mesej SOS ini, menggerakkan solidariti dan memberi tekanan berterusan agar penindasan ke atas rakyat Palestin dihentikan segera.

Palestin bukan sekadar isu politik, tetapi isu kemanusiaan dan keadilan sejagat. Selagi hak asasi rakyat Palestin dinafikan, kita tidak boleh berdiam diri.

Bagi kita sebagai Umat Islam, isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, bahkan ia adalah isu aqidah. Bumi Palestin adalah tanah para nabi, bumi yang merdeka dan berdaulat, tempat perlindungan kaum Muslimin serta pusat keamanan seluruh bangsa manusia. Al-Quran menegaskan kedudukan tanah suci ini sebagai bumi yang diberkati, yang wajib dipertahankan oleh umat Islam.

Sebarkan. Tekan. Desak.
Demi Palestin, demi kemanusiaan...................

OFFICIAL STATEMENT BY TADABBUR CENTRE

We at Tadabbur Centre stand firmly with the global community in condemning the inhumane actions of the Israeli regime in intercepting the Global Sumud Flotilla bound for Gaza. This act is a blatant violation of human rights and denies the Palestinian people their right to receive humanitarian aid.

We call upon everyone (individuals, institutions, and organizations) to amplify this SOS message, to unite in solidarity, and to apply continuous pressure until the oppression against the Palestinian people comes to an end.

Palestine is not merely a political issue, but a matter of humanity and universal justice. As long as the fundamental rights of the Palestinian people are denied, we cannot remain silent.

For Muslims, the issue of Palestine is not merely a humanitarian concern, but an issue of faith (‘aqidah). The land of Palestine is the land of the prophets, a free and sovereign land, a place of refuge for Muslims, and a center of peace for all mankind. The Qur’an affirms the sanctity of this blessed land, which must be defended by the Muslim ummah.

Spread. Pressure. Demand.
For Palestine, for humanity.

Bagi yang mencari lokasi kami, Tadika Amal Pekan terletak di No. 44 Lorong 17 Taman Mentiga Jaya, Pekan Pahang. Boleh ha...
01/10/2025

Bagi yang mencari lokasi kami, Tadika Amal Pekan terletak di No. 44 Lorong 17 Taman Mentiga Jaya, Pekan Pahang. Boleh hadir ke Tadika terus ya jika ingin mengambil borang atau nak bertanya. Boleh datang Isnin hingga Jumaat, pukul 7 pagi hingga 5.30 petang.



Jika ada sebarang pertanyaan terus boleh hubungi www.wasap.my/60187675214/TAP2026FB

🌟 PENDAFTARAN 2026 KINI DIBUKA! 🌟Mari mulakan langkah pertama anak anda bersama Tadika Amal Pekan. Tempat yang menyerono...
18/09/2025

🌟 PENDAFTARAN 2026 KINI DIBUKA! 🌟

Mari mulakan langkah pertama anak anda bersama Tadika Amal Pekan. Tempat yang menyeronokkan, selamat dan penuh kasih sayang untuk belajar & membina akhlak mulia.

📚 Pendidikan seimbang dunia & akhirat
🤝 Guru berpengalaman & penyayang
🎨 Aktiviti merangsang kemahiran motor dan fizikal, kreatif & pembelajaran menyeronokkan
🚗 Perkhidmatan transit dan transport juga disediakan.

Boleh hadir ke Tadika Amal Pekan untuk mengambil borang atau hubungi www.wasap.my/60187675214/TAP2026FB

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Yaumul Ihtifal Tadika Amal Pekan 2024 pada 25 Januari 2025 yang lalu yang bertemp...
29/01/2025

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Yaumul Ihtifal Tadika Amal Pekan 2024 pada 25 Januari 2025 yang lalu yang bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Pekan.

Tahun ini kami membawa kelainan setelah mendapat peluang untuk berkolaborasi bersama Perpustakaan Awam Daerah Pekan dan berjaya mendapatkan seramai 30 keahlian baru dari warga Tadika Amal Pekan sendiri yang terdiri daripada para pelajar serta ibu bapa mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan buat pihak pengurusan Perpustakaan Awam Daerah Pekan kerana sudi menyambut kami. Kami juga berpeluang menyaksikan persembahan Resensi Buku oleh Tokoh Nilam Negeri Pahang, Muhammad Hareez Fahmi.

Kami harap usaha ini dapat membakar semangat anak-anak kecil untuk menjadi pencinta buku serta dapat menyemarakkan lagi budaya membaca seterusnya dapat melahirkan pemimpin berjiwa besar di masa hadapan.

**************************************************
PENDAFTARAN TADIKA AMAL 2025 MASIH DIBUKA

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Teacher Farhana www.wasap.my/60187675214/TAP25

29/12/2024

Aktiviti : Memasak
🥪Membuat sandwich telur
Bahan-bahan :
🥚Telur
🍞Roti
🥗Salad
🥒Timun
🧀Mayonis



PENDAFTARAN TADIKA AMAL PEKAN 2025 MASIH DIBUKA. Klik link www.wasap.my/60187675214/TAP25

29/12/2024

18 DISEMBER 2024

Aktiviti ini memang memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi tetapi manfaat yang menanti lebih bernilai.

Ia dapat merangsang kemahiran:
+ KOORDINASI MATA TANGAN
+ MOTOR HALUS
+ DAYA TUMPUAN
+ BERBAHASA
+ SOSIOEMOSI



PENDAFTARAN TADIKA AMAL PEKAN 2025 MASIH DIBUKA. Klik link untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/60187675214/TAP25

18 DISEMBER 2024Aktiviti mempelajari kemahiran asas menjahit. Bagus untuk merangsang kemahiran motor halus serta sosioem...
29/12/2024

18 DISEMBER 2024

Aktiviti mempelajari kemahiran asas menjahit. Bagus untuk merangsang kemahiran motor halus serta sosioemosi anak-anak.



PENDAFTARAN TADIKA AMAL PEKAN 2025 MASIH DIBUKA. Klik link untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/60187675214/TAP25

20 Disember 2024Sambutan Hari Kanak-Kanak         PENDAFTARAN TADIKA AMAL PEKAN MASIH DIBUKA. Klik untuk sebarang pertan...
29/12/2024

20 Disember 2024

Sambutan Hari Kanak-Kanak



PENDAFTARAN TADIKA AMAL PEKAN MASIH DIBUKA. Klik untuk sebarang pertanyaan www.wasap.my/60187675214/TAP25

Aktiviti Seni Kreatif: Menjahit sendiri "Puffed Key Chain"Merangsang Kemahiran:+ KOORDINASI MATA TANGAN+ MOTOR HALUS+ DA...
25/10/2024

Aktiviti Seni Kreatif: Menjahit sendiri "Puffed Key Chain"
Merangsang Kemahiran:
+ KOORDINASI MATA TANGAN
+ MOTOR HALUS
+ DAYA TUMPUAN
+ BERBAHASA
+ SOSIOEMOSI

Address

No. 44, Lorong 17, Taman Mentiga Jaya
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Telephone

+60139391423

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Amal Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Amal Pekan:

Shortcuts

Share