Akademi Adab UMPSA

Akademi Adab UMPSA Akademi Adab Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah melahirkan Graduan Holistik berilmu & berkemahiran

๐Ÿšจ JANGAN TERLEPAS! PERMOHONAN TUNTUTAN KREDIT KOKURIKULUM KINI DIBUKA๐ŸšจAdakah anda telah melengkapkan modul kokurikulum s...
05/06/2026

๐Ÿšจ JANGAN TERLEPAS! PERMOHONAN TUNTUTAN KREDIT KOKURIKULUM KINI DIBUKA๐Ÿšจ

Adakah anda telah melengkapkan modul kokurikulum sepanjang pengajian? Inilah masanya untuk membuat Tuntutan Kredit Kursus Kokurikulum bagi Sesi Akademik II 2025/2026.

๐ŸŽ“ Diploma
๐ŸŽ“ Ijazah Sarjana Muda
๐ŸŽ“ Ijazah Sarjana Dual

๐Ÿ“† 8 Jun 2026 โ€“ 28 Jun 2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 11.59 malam

โœ… Pastikan permohonan anda dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
โณ Jangan tunggu sehingga saat akhir bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.

๐Ÿ“ž 09-431 5079
๐Ÿ“ง [email protected]

"Wisdom Drive Excellence"



LATIHAN TEMPATAN PALAPES UDARA UMPSA PERKASA KETAHANAN FIZIKAL DAN ETIKET PEGAWAI KADETGambang | 28 Mei 2026 โ€“ Pasukan P...
03/06/2026

LATIHAN TEMPATAN PALAPES UDARA UMPSA PERKASA KETAHANAN FIZIKAL DAN ETIKET PEGAWAI KADET

Gambang | 28 Mei 2026 โ€“ Pasukan PALAPES Udara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan Latihan Tempatan selama dua hari pada 23 dan 24 Mei 2026 bertempat di Akademi ADAB, Kampus Gambang serta Bukit Pelindung, Kuantan.

Latihan yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang itu melibatkan penyertaan seramai 151 orang Pegawai Kadet daripada pelbagai peringkat latihan. Turut hadir menjayakan program ialah seorang Pegawai Latih, seorang Penyelia Latihan, seorang Jurulatih Jasmani dan dua orang Jurulatih.

Sepanjang latihan dijalankan, para pegawai kadet telah mengikuti beberapa aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal, daya tahan mental serta kemahiran kepimpinan. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan ialah pendakian di Bukit Pelindung, Kuantan yang menguji ketahanan fizikal dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Selain itu, para pegawai kadet senior turut menjalani Simulasi Makan Beradat, yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan etiket dan protokol majlis rasmi selaras dengan keperluan sebagai bakal pegawai muda.

Pelaksanaan latihan ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pegawai kadet untuk mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari, malah turut membentuk disiplin, keyakinan diri serta semangat setiakawan yang tinggi. Program seumpama ini diharapkan dapat melahirkan pegawai kadet yang berkualiti, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Latihan Tempatan PALAPES Udara UMPSA merupakan salah satu inisiatif berterusan dalam memastikan pembangunan sahsiah, kepimpinan dan profesionalisme pegawai kadet dapat diperkasakan secara holistik selaras dengan aspirasi pasukan dan universiti.

"Wisdom Drive Excellence"





Kredit : PALAPES Udara UMPSA

Selamat Menyambut Hari Wesak31 Mei 2026Sempena sambutan Hari Wesak, marilah kita bersama-sama menghayati nilai sejagat s...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak
31 Mei 2026

Sempena sambutan Hari Wesak, marilah kita bersama-sama menghayati nilai sejagat seperti kesederhanaan, kasih sayang, toleransi dan saling menghormati dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus diperkukuh dalam usaha kita membina komuniti yang sejahtera, beretika dan berdaya maju.

Ikhlas daripada
Pengurusan dan Warga Akademi ADAB,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan memperkukuh...
31/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan memperkukuh semangat perpaduan serta silaturahim dalam kalangan kita semua.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai. ๐ŸŒพโœจ

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Akademi ADAB
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MAidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu peringatan besar tentang makna se...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu peringatan besar tentang makna sebenar pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan dalam menjalani amanah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

Ibadah korban yang dilaksanakan menuntut kita untuk menilai kembali sejauh mana kita sanggup meletakkan kepentingan agama dan ummah mengatasi kepentingan diri. Inilah roh sebenar Aidiladha โ€” membina jiwa yang tunduk, patuh dan reda terhadap setiap ketentuan Allah SWT.

Semoga semangat pengorbanan ini terus menyuburkan nilai keimanan, memperkukuh ukhuwah, serta memandu kita menjadi insan yang lebih berintegriti, berjiwa besar dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Eid Mubarak, Maaf Zahir & Batin.

โธป

Ikhlas Daripada :
Pengurusan dan Warga Kerja Akademi ADAB
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Setinggi-tinggi tahniahdiucapkan kepadaMej. Bersekutu (PA) Mohd Raizalhilmy Bin Mohd Raisatas kenaikan pangkat sebagaiMe...
23/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah

diucapkan kepada
Mej. Bersekutu (PA) Mohd Raizalhilmy Bin Mohd Rais
atas kenaikan pangkat sebagai
Mejar Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin, berbakti dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kor SISPA UMPSA

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Akademi ADAB.

'Wisdom Drive Excellence'





Kredit foto : Kor SISPA UMPSA

ANNUAL GRAND MEETING KOR SISKOR 2.0๐Ÿ“ MASJID AL-JAZARI, PEKAN๐Ÿ“† AHAD, 17 MEI 2026Satu mesyuarat tahunan yang berfokus kepa...
20/05/2026

ANNUAL GRAND MEETING KOR SISKOR 2.0

๐Ÿ“ MASJID AL-JAZARI, PEKAN
๐Ÿ“† AHAD, 17 MEI 2026

Satu mesyuarat tahunan yang berfokus kepada pengukuhan organisasi serta penglibatan ahli secara aktif yang melibatkan semua ahli kadet telah dilaksanakan pada hari tersebut. Antara pengisian utama program ialah sesi pembentangan exco yang telah dijalankan oleh setiap jawatankuasa. Dalam sesi ini, setiap exco membentangkan peranan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi penubuhan SISKOR dilaksanakan serta cadangan aktiviti atau program bagi memastikan kelancaran pengurusan organisasi berada pada tahap yang baik.

Seterusnya, turut diadakan penstrukturan semula jawatankuasa SISKOR bagi memperkemaskan lagi organisasi. Penstrukturan semula ini dilakukan bagi memastikan setiap ahli berada dalam peranan yang lebih sesuai serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab dalam kalangan ahli.

Selain itu, program turut diselitkan dengan penjelasan berkaitan kertas kerja dalam pelaksanaan tugasan dan aktiviti serta adab point. Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada ahli mengenai tatacara penyediaan kertas kerja yang betul serta tatacara untuk memperolehi adab point.

Akhir sekali, program juga melibatkan rancangan aktiviti perjualan produk SISKOR. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih ahli dalam aspek keusahawanan di samping mengumpul dana bagi menyokong aktiviti dan program SISKOR pada masa akan datang.

'Wisdom Drive Excellence'





Kredit : Kor Siskor UMPSA

KARNIVAL SUKAN 4 BRIGED (MEKANIZE)Karnival Sukan 4 Briged (Mekanize) telah berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2026 bertem...
20/05/2026

KARNIVAL SUKAN 4 BRIGED (MEKANIZE)

Karnival Sukan 4 Briged (Mekanize) telah berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2026 bertempat di Markas 4 Briged (Mekanize), Kem Batu 10, Kuantan.

Program ini dianjurkan bagi memupuk semangat kesukanan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan antara anggota di bawah formasi 4 Briged (Mekanize). Karnival tersebut turut melibatkan penyertaan pelbagai kor dan pasukan di bawah naungan 4 Briged (Mekanize), sekali gus menjadi platform bagi mengukuhkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan peserta.

Sepanjang karnival berlangsung, anggota Askar Wataniah UMPSA telah memainkan peranan penting dalam tugasan sokongan, pengurusan serta bantuan pelaksanaan program bagi memastikan kelancaran keseluruhan aktiviti yang dijalankan.

Seramai 13 anggota Askar Wataniah UMPSA telah terlibat dalam program ini, terdiri daripada:

* 7 Anggota Senior
* 6 Anggota Junior

Penyertaan ini diharapkan dapat memberikan pendedahan serta pengalaman berharga kepada anggota di samping memperkukuhkan semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan warga Askar Wataniah UMPSA.

'Wisdom Drive Excellence'



LATIHAN TEMPATAN PALAPES UDARA UMPSAPALAPES Udara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan Latih...
20/05/2026

LATIHAN TEMPATAN PALAPES UDARA UMPSA

PALAPES Udara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan Latihan Tempatan selama dua hari bertempat di Akademi Adab UMPSA pada 9 hingga 10 Mei 2026.

Latihan yang berlangsung dari jam 0700H hingga 1700H itu melibatkan penyertaan semua peringkat pegawai kadet dan bertujuan meningkatkan tahap disiplin, kemahiran serta kesiapsiagaan anggota PALAPES Udara UMPSA.

Sepanjang latihan berlangsung, beberapa aktiviti dan penilaian telah dijalankan antaranya Ujian Kawad/Pawai, Ujian Membuka dan Memasang Senjata, Ujian Bertulis serta Pemilihan Olahraga.

Seramai 165 anggota dan pegawai telah terlibat dalam latihan ini merangkumi:

Pegawai Markas : 1 orang
Pegawai Latih : 1 orang
Penyelia Latihan : 1 orang
Penguji : 4 orang
Jurulatih : 3 orang
Pegawai Kadet : 155 orang

Program ini diharapkan dapat melahirkan pegawai kadet yang lebih berdaya saing, berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran latihan dan penugasan pada masa akan datang.

'Wisdom Drive Excellence'



Kursus Pensijilan Profesional Lifesaver Berlangsung di Akademi ADAB PekanPekan, 7 - 10 Mei 2036 Kursus Pensijilan Profes...
11/05/2026

Kursus Pensijilan Profesional Lifesaver Berlangsung di Akademi ADAB Pekan

Pekan, 7 - 10 Mei 2036

Kursus Pensijilan Profesional Lifesaver telah berlangsung dengan jayanya bermula 7 Mei hingga 10 Mei 2036 di Akademi ADAB. Program selama empat hari ini melibatkan seramai lima orang peserta yang menyertai kursus bagi mendapatkan pensijilan sebagai lifesaver serta meningkatkan kemahiran keselamatan air dan penyelamatan akuatik.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pembelajaran merangkumi teori asas CPR & AED, keselamatan di air, latihan renang, teknik menyelamat akuatik serta ujian praktikal penyelamatan di air. Program ini turut dijalankan di Kolam Selaman UMPSA bagi memberi pendedahan latihan secara praktikal dan situasi sebenar.

Kursus ini bertujuan melahirkan individu yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang penyelamatan air selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan. Semua peserta menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang latihan dijalankan.

Majlis penutup program pada 10 Mei 2036 telah dihadiri oleh Pengurus Akademi ADAB, Encik Mohd Raizalhilmy bin Mohd Rais serta wakil MAQRA KAPT TS Mohd Syafarim bin Md Ishak. Dalam ucapan yang disampaikan, mereka menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Mereka turut berharap agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk membantu masyarakat serta meningkatkan tahap keselamatan dalam aktiviti air.

Program diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian penghargaan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kursus.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai tenaga penyelamat yang profesional dan berdaya saing dalam memastikan keselamatan masyarakat, khususnya di kawasan rekreasi dan aktiviti air.

Address

Akademi Adab@UMPSA
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6094315079

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Adab UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Akademi Adab UMPSA:

Shortcuts

Share