SRITI Pekan

SRITI Pekan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) adalah sebuah pusat pendidikan peringkat rendah milik Parti Islam Se-Malaysia.

Ia dikelola oleh Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah, sebuah jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia.

“Akan tiba satu hari, sesungguhnya menjelang datangnya kiamat, pasti akan datangnya tanda pada umatku”Kata Nabi Muhammad...
21/05/2023

“Akan tiba satu hari, sesungguhnya menjelang datangnya kiamat, pasti akan datangnya tanda pada umatku”

Kata Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis.

Sebenarnya, apa yang dikatakan itu adalah kehidupan kita pada hari ini iaitu "AKHIR ZAMAN"

Kata-kata Nabi SAW itu adalah benar dan ia sedang dan sudah pun berlaku.

Antaranya seperti pesta helloween di negara Islam, himpunan LGBT dan sebagainya.

Ia berjalan seperti yang dijanjikan RASULULLAH laitu keadaan yang semakin gelap dan dunia yang semakin tenat 😔

Jadi jangan terlalu gembira. Kalau nak gembira, gembira dgn zikrullah, Selawat dan bacaan Maulid.

Ayuh buat persiapan dan semoga kita dijauhkan dari fitnah di akhir zaman ini 🤲🏻

"Rasa macam bersyukur sangat" 🥰Pernah tak macam satu hari tu kita nak sangat sedekah tapi duit waktu tu cukup-cukup je. ...
19/05/2023

"Rasa macam bersyukur sangat" 🥰

Pernah tak macam satu hari tu kita nak sangat sedekah tapi duit waktu tu cukup-cukup je. 🥲

Tapi walaupun duit tu cukup-cukup, kita tetap rasa "mungkin ada orang yang lebih memerlukan."

Kita pon sedekah☺️

Tup tup,
Tak lama lepas tu ada orang kongsi rezeki pulak dengan kita. 😍

Bahkan yang dibagi tu lebih mahal daripada jumlah yang kita sedekah tadi.

Haa alhamdulillah, kan rezeki bertambah namanya.

In syaa Allah, jika kita murah berkongsi rezeki kepada orang lain, maka Allah pon murah memberi rezeki kepada kita 🥰

Jom kita manfaatkan peluang ini untuk bersedekah 👉🏻 https://sedekahmuslim.com/sumbangan-sriti-pekan/




Ada Apa Dengan Cinta - Terhadap Amalan Sedekah? Banyak sebenarnya kebaikan s**a menolong orang susah ni. Ketika kita ber...
12/05/2023

Ada Apa Dengan Cinta - Terhadap Amalan Sedekah?

Banyak sebenarnya kebaikan s**a menolong orang susah ni.

Ketika kita bersedekah, kita bukan setakat bagi duit je semata-mata. Tapi kita berikan juga sebuah harapan, cinta, dan perhatian yang dapat mengubah hidup seseorang menjadi lebih baik.

Sedekah mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan merapatkan jurang kekayaan dengan amalan berkongsi.

Tak perlu tunggu waktu yang tepat atau harta yang melimpah ruah untuk bersedekah, ikutlah kemampuan kita asalkan sedekah itu berterusan.

Jom jadikan Sedekah Jumaat ini sebagai rutin mingguan kita untuk membantu insan yang memerlukan.

👉🏻 https://sedekahmuslim.com/sumbangan-sriti-pekan/

Majlis Bacaan Yasin Malam Jumaat ✨Haa biasa malam Jumaat buat ape?Kalau free-free tu, jomlah join live stream Majlis Bac...
11/05/2023

Majlis Bacaan Yasin Malam Jumaat ✨

Haa biasa malam Jumaat buat ape?

Kalau free-free tu, jomlah join live stream Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Ringkas pada malam ni 🤗

Bolehlah sedekahkan pahala kepada ahli keluarga yang dah meninggal dunia. InsyaAllah, mudah-mudahan amalan ini diterima oleh-Nya 🤍

Join kat sini tau 👉🏻 https://t.me/sedekahmuslim

Kita jumpa malam ni tepat jam 8 malam! 🥰

11/05/2023

“Raya raya juga, solat jangan lupa ye 😎”

Ada yang sanggup nak qada solat sebab taknak bersihkan make-up.

Ada yang sanggup lambatkan solat sebab nak pergi rumah terbuka tepat waktu.

Tapi tak lupa juga..

Ada yang sanggup bersesak-sesak untuk solat di surau awam.

Ada yang utamakan kewajipan Tuhan berbanding keinginan diri.

Haa.. ni 7 tips untuk dapatkan khusyuk dalam solat ❤️

Catat & Ambil Perhatian ‼️Jangan bila habis Ramadan, kita terus tinggalkan semua ibadah yang kita pernah buat.Ingat pada...
04/05/2023

Catat & Ambil Perhatian ‼️

Jangan bila habis Ramadan, kita terus tinggalkan semua ibadah yang kita pernah buat.

Ingat pada bulan Syawal ini juga, pahala ibadah yang kita lakukan pun boleh dapat berlipat kali ganda 🤩

Jadi cuba buat dulu yang senang dan kalau boleh, buat sekarang..

Jangan tangguh-tangguh lagi!

Kalau rasa nak bersedekah, kat sini pon boleh 👉🏻 https://sedekahmuslim.com/sumbangan-sriti-pekan/

Semoga Allah SWT membimbing dan memudahkan kita untuk terus berada di jalan-Nya. Aaminn!

Masih dalam mood raya ke tu? 🤭Seronok kan rasa dapat sambut raya sama-sama dengan keluarga, sanak-saudara semua 🥰Tapi da...
04/05/2023

Masih dalam mood raya ke tu? 🤭

Seronok kan rasa dapat sambut raya sama-sama dengan keluarga, sanak-saudara semua 🥰

Tapi dalam keterujaan sambut bulan Syawal ni, satu persatu amalan ketika Ramadan kita tinggalkan... 🥹

Perasan tak, bulan Ramadan hari tu rajin je baca Qur'an hari-hari. Sekarang mana sempat dah, ye lah banyak sangat jemputan open house nak kena pergi.

Harapnya kita semua tak macam tu la kan. Walaupun susah nak istiqamah, tapi kita tetap cuba usahakan 💪🏻

Jom kami share beberapa tips untuk kita semua kekal istiqamah biarpun Ramadan dah berlalu.

Jemput LIKE, COMMENT, SHARE dan SAVE kalau bermanfaat! 💕

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGUANAssalamualaikum wbt 🌹InsyaAllah, malam ni akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Ringk...
04/05/2023

MAJLIS BACAAN YASIN MINGGUAN

Assalamualaikum wbt 🌹

InsyaAllah, malam ni akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Ringkas pada jam 8:00 malam.

Jadi kami berbesar hati ingin menjemput tuan puan yang mana berkelapangan untuk sama-sama mengimarahkannya.

Alang-alang tengah tunggu azan Isyak tu, boleh lah kita luangkan masa untuk baca Yasin sekejap 🥰

Anda boleh join secara Live Stream di Channel Telegram » https://t.me/sedekahmuslim

Kami buka ruang juga bagi sesiapa yang ingin mengisikan nama-nama arwah untuk disedekahkan bacaan Yasin nanti di Channel Telegram tersebut ✨

Jangan lupa join tau, kita jumpa malam ni! 👋🏻☺️

Inilah Saat-Saat Akhir Sebelum Ramadan Meninggalkan Kita Semua ..“Takpe, tahun depan kan ada lagi.”“Eh yakin ke umur kit...
21/04/2023

Inilah Saat-Saat Akhir Sebelum Ramadan Meninggalkan Kita Semua ..

“Takpe, tahun depan kan ada lagi.”

“Eh yakin ke umur kita masih panjang sampai tahun depan ? Wallahualam.”

Masa yang masih ada ni, jom kita perbanyakkan sedekah kerana ganjarannya di bulan Ramadan ini sudah tentu berlebih-lebihan berbanding bulan yang lain.

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)

Masa tinggal tak banyak dah, scan/tekan je link ni untuk sedekah!

👉🏻 https://sedekahmuslim.com/sumbangan-sriti-pekan/




PERTANDINGAN FOTOGRAFI PAKAIAN BERAGAM TEMA KERJAYA SEMPENA يوم اطفالTahap 1
17/04/2023

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PAKAIAN BERAGAM TEMA KERJAYA SEMPENA يوم اطفال
Tahap 1

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH PEKANSemoga ada ilmu yang dapat pelajar ini mafaatkan
15/04/2023

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH PEKAN

Semoga ada ilmu yang dapat pelajar ini mafaatkan



Mahrajan Amal Islami 2022/2023PERINGKAT KEBANGSAAN
12/04/2023

Mahrajan Amal Islami 2022/2023
PERINGKAT KEBANGSAAN


Address

Kampung Permatang Pasir Pulau Tambun
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+60189137290

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Pekan:

Shortcuts

Share

Category