SK Langgar Pekan Official

SK Langgar Pekan Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Langgar Pekan Official, School, SK Langgar, Pekan.

19/05/2026
Tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam Program Bijak Sifir! 🎉2026Kejayaan ini bukan sekadar tentang menghafal sif...
19/05/2026

Tahniah kepada semua murid yang berjaya dalam Program Bijak Sifir! 🎉
2026

Kejayaan ini bukan sekadar tentang menghafal sifir, tetapi membuktikan bahawa anda telah berusaha, berdisiplin, dan konsisten dalam latihan. Kemahiran sifir yang mantap akan membantu anda..

🌟MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK LANGGAR 2026🌟 📚"Guru Bitara Nadi Negara"📚18 Mei 2026 Dewan : Al-GhazaliT...
19/05/2026

🌟MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK LANGGAR 2026🌟
📚"Guru Bitara Nadi Negara"📚

18 Mei 2026
Dewan : Al-Ghazali
Tema : "Colour Block"

Meriah dan ceria semuanya. Terima kasih kepada semua guru dan AKP yang sporting hadir mengikut tema.
Terima kasih juga kepada para penyumbang kek serta ibu bapa dan penjaga yang menyantuni anak-anak dengan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru.
Segala pemberian yang diterima amat bermakna dan menjadi kenangan yang indah buat kami ✨
Semoga segala kebaikan dan keikhlasan anda semua dibalas dengan rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan 🌸

Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, ilmu, dan kasih sayang yang dicurahkan. Anda semua adalah pelita yang menerangi masa depan generasi anak-anak. ✨


MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GPK KOKURIKULUM PN. ROSLAINI BINTI ABDULLAHSetinggi-tinggi budi, seikhlas penghargaan kami titi...
18/05/2026

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN GPK KOKURIKULUM PN. ROSLAINI BINTI ABDULLAH

Setinggi-tinggi budi, seikhlas penghargaan kami titipkan buat GPK Kokurikulum, Pn. Roslaini binti Abdullah.
Terima kasih atas segala sumbang bakti yang tidak ternilai serta pengorbanan dan tunjuk ajar dalam memartabatkan aktiviti kokurikulum kita. Segala memori indah dan ukhuwah yang terbina akan sentiasa terpahat di hati kami. Semoga terus cemerlang dan berbahagia ditempat baharu..

Majlis Peluncuran Program 5 Minit Kempen Kesedaran Keselamatan Peringkat Sekolah Kebangsaan Langgar  2026  bersama Pegaw...
18/05/2026

Majlis Peluncuran Program 5 Minit Kempen Kesedaran Keselamatan Peringkat Sekolah Kebangsaan Langgar 2026 bersama Pegawai Perhubungan Sekolah.

🗓️Tarikh: 18 Mei 2026
⏰Masa: 7:30 pagi
🏫Tempat: Dewan Al-Ghazali

"Membawa slogan keselamatan sebagai keutamaan. Dengan meluangkan masa 5 minit, program ini mampu memberikan impak yang besar dalam membentuk minda murid-murid SKL agar sentiasa berwaspada dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

Seiring dengan peluncuran Program Kempen Kesedaran Keselamatan Murid, pihak sekolah ingin menyeru seluruh komuniti untuk bersama-sama menggandakan kawalan dan kepekaan terhadap keselamatan anak-anak kita, terutamanya pada waktu hadir dan pulang dari sekolah.

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SK Langgar. “Guru Bitara, Nadi Negara” membawa makna besar bahawa guru buk...
16/05/2026

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SK Langgar.

“Guru Bitara, Nadi Negara” membawa makna besar bahawa guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah insan yang membentuk sahsiah, mencorak masa depan dan menjadi penggerak kemajuan negara.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa. Semoga setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang terus mengalir dan setiap usaha dipermudahkan serta diberkati.

Selamat Hari Guru 2026
“Guru Bitara, Nadi Negara” 🌹📚

🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳Kejohanan Boling TENPIN TERBUKA PEREMPUAN  B12SIRKIT 1 MSSP PBTP 2026 📆 Tarikh : 13 MEI 2026 / Rabu 🏫Tempat : ...
13/05/2026

🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳🎳

Kejohanan Boling TENPIN TERBUKA PEREMPUAN B12
SIRKIT 1 MSSP PBTP 2026

📆 Tarikh : 13 MEI 2026 / Rabu

🏫Tempat : PREMIUM LANE KUANTAN

Tahniah kepada anak-anak SKL yang terlibat✨✨✨✨

🎳 ADIK NUR ALESYA QHAIRA BINTI AMRAN(6 ILTIZAM)

🎳 ADIK NUR NAWAL HUSNA BINTI ABDUL TALIB (6 ILTIZAM)

Semoga pengalaman yang diperolehi menjadi pengajaran dan kenangan di masa akan DATANG. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menunjukkan semangat kesukanan yg tinggi. Semoga menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang Kokurikulum.

🏆 KEJOHANAN SUKAN SQUASY MSSP TAHUN 2026 🏆Kategori  Perempuan B12 Tahun📅 Tarikh: 11 – 12 Mei 2026📍 Tempat: SMK Tengku Pa...
12/05/2026

🏆 KEJOHANAN SUKAN SQUASY MSSP TAHUN 2026 🏆

Kategori Perempuan B12 Tahun

📅 Tarikh: 11 – 12 Mei 2026
📍 Tempat: SMK Tengku Panglima Perang IM Kuantan.

✨ Peserta:
NUR MARISSA QALESYA BINTI ZUHAIRI
(3 ILTIZAM)

💫 Walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama, Adik Nur Marissa Qalesya telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan penuh keyakinan di gelanggang. Keberanian untuk mencuba serta kesungguhan yang ditampilkan amat membanggakan. Semoga beliau terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. 💪🌟

Address

SK Langgar
Pekan
26620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Langgar Pekan Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Langgar Pekan Official:

Shortcuts

Share

Category