Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan

Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan, School, kampung permatang perawan, Pekan.

๐Ÿ“š Minggu Peperiksaan Awal Tahun 2026 Bermula ๐Ÿ“šAlhamdulillah, bermula hari ini 13 April 2026,  para pelajar akan menghada...
13/04/2026

๐Ÿ“š Minggu Peperiksaan Awal Tahun 2026 Bermula ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, bermula hari ini 13 April 2026, para pelajar akan menghadapi minggu peperiksaan awal tahun yang akan berlangsung sehingga minggu hadapan.

Semoga semua pelajar diberikan ketenangan hati, dipermudahkan urusan menjawab soalan, serta dikurniakan kefahaman yang jelas sepanjang peperiksaan ini berlangsung.

Kami juga memohon doa daripada semua agar anak-anak pelajar ini diberikan kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja dalam peperiksaan, tetapi juga dalam setiap langkah menuntut ilmu.

โœจ Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan โœจ

Semoga segala penat lelah mereka dibalas dengan hasil yang membanggakan. Aamiin ๐Ÿคฒ



10/04/2026

๐ŸŒ™ Kenangan Indah Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Jamuan Hari Raya Aidilfitri Maahad Tahfiz Ummul Qura Libanat & Lilbanin Pekan telah berlangsung pada 8 April 2026 berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini โ€” para guru, pengurusan atasan, staf, pelajar serta semua yang telah menyumbang makanan, tenaga, masa dan idea. Tanpa kerjasama dan komitmen yang diberikan, tidak mungkin majlis ini dapat dilaksanakan dengan begitu baik.

Lebih daripada sekadar jamuan, pertemuan ini menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang serta mengukuhkan silaturrahim dalam keluarga besar maahad.

Semoga setiap usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dan semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar hingga ke syurga.

โœจ Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin โœจ

-PENGURUSAN MTUQ 2026-

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 1447H/2026MAlhamdulillah, pada 15 Mac 2026 (Ahad) tel...
16/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI 1447H/2026M

Alhamdulillah, pada 15 Mac 2026 (Ahad) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri bertempat di Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan.

Majlis ini diadakan sebagai simbol kesyukuran atas keberkatan bulan Ramadhan serta sebagai usaha menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan para pelajar.

Program ini turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada beberapa golongan penerima termasuk imam, bilal, warga emas, kakitangan serta para pelajar sebagai tanda keprihatinan dan sokongan masyarakat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semoga majlis yang penuh bermakna ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan nilai kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat.

Pihak Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini.

Semoga segala kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿ•Œ๐Ÿ”Š *Tawaran Menambah Saham Akhirat Bersama Maahad Tahfiz Ummul Qura Pekan*๐Ÿ”Š๐Ÿ•ŒDengan rendah hati kami membuka peluang kepa...
05/02/2026

๐Ÿ•Œ๐Ÿ”Š *Tawaran Menambah Saham Akhirat Bersama Maahad Tahfiz Ummul Qura Pekan*๐Ÿ”Š๐Ÿ•Œ

Dengan rendah hati kami membuka peluang kepada Tuan dan puan untuk menaja serta memberi sumbangan (zakat,bahan metah DLL) dan sumbangan berbuka puasa(iftar) kepada pelajar Maahad Tahfiz Ummul Qura ,Permatang Perawan, Pekan sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

*Slot 1 PAKEJ A: RM900 (45 PELAJAR)*

*Slot 1 PAKEJ B: RM400 (20 PELAJAR)*

*Slot 1 PAKEJ C: RM200 (10 PELAJAR)*

*Slot 1 PAKEJ D: RM60 (3 PELAJAR)*

*Slot 2: RM150 (3 IMAM)*

List Hari(1 ramadan hingga 27 ramadan sahaja)
*Cth:*
๐Ÿ“Œ3 Ramadan 21/2/2026 (Khamis) : Tajaan Syarikat2 Rumpun Bumi

๐Ÿ”–1 Ramadan 19.2.2026 (Khamis):
๐Ÿ”–2 Ramadan 20.2.2026 (Jumaat):
๐Ÿ”–3 Ramadan 21.2.2026 (Sabtu):
๐Ÿ”–4 Ramadan 22.2.2026 (Ahad):
๐Ÿ”–5 Ramadan 23.2.2026 (Isnin):
๐Ÿ”–6 Ramadan 24.2.2026 (Selasa):
๐Ÿ”–7 Ramadan 25.2.2026 (Rabu):
๐Ÿ”–8 Ramadan 26.2.2026 (Khamis):
๐Ÿ”–9 Ramadan 27.2.2026 (Jumaat):
๐Ÿ”–10 Ramadan 28.2.2026 (Sabtu):
๐Ÿ”–11 Ramadan 1.3.2026 (Ahad):
๐Ÿ”–12 Ramadan 2.3.2026 (Isnin):
๐Ÿ”–13 Ramadan 3.3.2026 (Selasa):
๐Ÿ”–14 Ramadan 4.3.2026 (Rabu):
๐Ÿ”–15 Ramadan 5.3.2026 (Khamis):
๐Ÿ”–16 Ramadan 6.3.2026 (Jumaat):
๐Ÿ”–17 Ramadan 7.3.2026 (Sabtu):
๐Ÿ”–18 Ramadan 8.3.2026 (Ahad):
๐Ÿ”–19 Ramadan 9.3.2026 (Isnin):
๐Ÿ”–20 Ramadan 10.3.2026 (Selasa):
๐Ÿ”–21 Ramadan 11.3.2026 (Rabu):
๐Ÿ”–22 Ramadan 12.3.2026 (Khamis):
๐Ÿ”–23 Ramadan 13.3.2026 (Jumaat):
๐Ÿ”–24 Ramadan 14.3.2026 (Sabtu):
๐Ÿ”–25 Ramadan 15.3.2026 (Ahad):
๐Ÿ”–26 Ramadan 16.3.2026 (Isnin):
๐Ÿ”–27 Ramadan 17.3.2026 (Selasa):

*Anggaran makanan Iftor RM900 (45 orang) sehari*

Jom bersama -sama kita mengambil peluang bersempena Bulan Ramadan kali ini bagi meraih kasih sayang Allah Taala yang berlipat ganda ganjarannya.

Semoga Ramadan kali dilalui dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
โ˜ŽUstaz Jalalin:
60139388730 atau wasap www.wasap.my/60139388730.

โ˜ŽUstazah Faridah:
60139288730 atau wasap www.wasap.my/60139288730.

No. Akaun MTUQ BIMB :-
0607 3010 0330 02

Sila hantar resit kpd no. wasup diatas

panjang kan

kareem


jazilan

JAWATAN KOSONG GURU HAFIZ LELAKI 2026โœจ Peluang Berkhidmat sebagai Guru Hafiz Lelaki Sepenuh Masa 2026 โœจMaahad Tahfiz Umm...
02/01/2026

JAWATAN KOSONG GURU HAFIZ LELAKI 2026

โœจ Peluang Berkhidmat sebagai Guru Hafiz Lelaki Sepenuh Masa 2026 โœจ

Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanin Pekan membuka ruang kepada individu yang ikhlas dan berjiwa pendidik untuk menyertai kami sebagai Guru Hafiz Sepenuh Masa.

Kami mencari calon yang:
๐ŸŒฟ Boleh membaca Al-Quran dengan baik & bertajwid. Keutamaan Hafiz 30 Juzuk
๐ŸŒฟ Penyayang, sabar dan bertanggungjawab
๐ŸŒฟ Minat membimbing pelajar dalam suasana tarbiah

๐Ÿ“ Lokasi: Kg Permatang Perawan
๐Ÿ“ž Hubungi: 0139388730- Ustaz Jalalin & 0139288730 - Ustazah Faridah

Assalamualaikum wbt.PANGGILAN AKHIR TEMUDUGA TERBUKA CALON PELAJAR MTUQ 2026Perhatian untuk pelajar yang kini berumur 12...
22/10/2025

Assalamualaikum wbt.

PANGGILAN AKHIR TEMUDUGA TERBUKA CALON PELAJAR MTUQ 2026

Perhatian untuk pelajar yang kini berumur 12 tahun khususnya yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah dalam alirah tahfiz.

Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat & Lilbanin Pekan menjemput semua calon pelajar untuk hadiri temuduga terbuka yang akan dijalankan pada perincian berikut:

TARIKH: 1/11/2025 (SABTU)
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BANGUNAN AKADEMIK MTUQ, KG PERMATANG PERAWAN PEKAN
LANDMARK MAAHAD TAHFIZ: BALAIRAYA ALOR ARA

Temuduga ini terbuka untuk pelajar lelaki & perempuan yang berumur 12 tahun pada tahun 2025. Kami juga membuka peluang kepada pelajar peringkat menengah (berumur 13 tahun - 16 tahun) yang berminat untuk menghafaz Al-Quran untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Selain itu, maahad kami juga menyediakan aliran Tahfiz Al-Quran (Hafazan 30 Juzuk) dan Akademik (Subjek Teras) dengan didikan guru-guru bertauliah. Maahad Tahfiz Ummul Qura ini juga telah berdaftar dibawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP.

Jom hadir ke temuduga terbuka kami. Ayuh, sebarkan pada sedara mara, sahabat handai untuk menceburi bidang aliran tahfiz di peringkat menengah.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk nombor di bawah:
0139388730 -Ustaz Jalalin
0139288730 -Ustazah Faridah
0199684730 -Ustazah Nurul

Permohonan boleh terus tekan pautan yang disediakan dibawah:
https://forms.gle/kezVcKE77wf9dJ6J9

Pengambilan Pelajar Baru MTUQ (LELAKI & PEREMPUAN 2026) kini dibuka!!Berminat boleh scan borang permohonan di QR poster ...
20/08/2025

Pengambilan Pelajar Baru MTUQ (LELAKI & PEREMPUAN 2026) kini dibuka!!

Berminat boleh scan borang permohonan di QR poster @ tekan link ini https://forms.gle/3gjZ6YZ8H55B3GrdA

Tarikh tutup permohonan 30/10/2025

Tempat adalah terhad!

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHUN 2026 KINI TELAH DIBUKA ! Kali ini quota pengambilan pelajar baru bagi Maahad Tahfiz Ummul...
12/08/2025

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TAHUN 2026 KINI TELAH DIBUKA !

Kali ini quota pengambilan pelajar baru bagi Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan (PEREMPUAN) hanya terbuka untuk 15 tempat sahaja!

Untuk Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanin Pekan (LELAKI), tempat terhad untuk 10 orang sahaja!

Jadi, terus rebut peluang yang ada bagi menempatkan diri di maahad kami. Sebarang pertanyaan boleh rujuk link di bawah.

ustaz jalalin: www.wasap.my/60139388730/pengambilanpelajarbaru2026

ustazah faridah: www.wasap.my/60139288730/pengambilanpelajarbaru2026

ustazah nurul:
www.wasap.my/60199684370/pengambilanpelajarbaru2026

Borang permohonan juga boleh dapat secara online ya! tekan link di bawah:
https://forms.gle/3gjZ6YZ8H55B3GrdA

12/06/2025

PENUKARAN AKAUN MAYBANK MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA LILBANAT PEKAN KEPADA AKAUN BANK ISLAM
Assalamualaikum wbt.

Kepada semua penyumbang & penderma Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan.

Terima kasih buat semua penyumbang dan penderma kerana telah memberi sumbangan dari sudut kewangan kepada Maahad Tahfiz Ummul Qura.

Permohonan maaf bahawa akaun rasmi maahad iaitu AKAUN MAYBANK yang digunakan sebelum ini telah ditukarkan kepada AKAUN BANK ISLAM atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Justeru, sebarang sumbangan / infaq / sedekah boleh dibuat melalui akaun baru seperti dibawah:

Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama Akaun: Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan
Nombor Akaun: 0607 3010 0330 02

Semua jenis sumbangan boleh dibuat ke akaun ini mulai harini. Terima kasih atas kerjasama semua. Moga-moga diberkati Allah..
Ikhlas daripada,
PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ UMMUL QURA LILBANAT PEKAN PHG 12.6.2025

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa salah seorang warga sekolah kami, Allahyarham Naza...
25/04/2025

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ
Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang warga sekolah kami, Allahyarham Nazaruddin Bin Mokhtar , telah kembali ke rahmatullah pada 23/4/2025.

Allahyarham merupakan Pengawal Keselamatan yang sangat berdedikasi dan disenangi ramai.

Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga roh Allahyarham/ah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Mohon semua warga sekolah sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

..Majlis Pemasyhuran Nama Baharu Masjid & Berbuka Puasa Tahun 1446H.. Pada 4 Mac 2025 yang lalu pihak Maahad Tahfiz Ummu...
06/03/2025

..Majlis Pemasyhuran Nama Baharu Masjid & Berbuka Puasa Tahun 1446H..

Pada 4 Mac 2025 yang lalu pihak Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan dapat peluang bersama-sama menyertai Majlis Pemasyhuran Nama Baharu Masjid bertempat di Kampung Padang Polo, Pekan.

Pemasyhuran Nama Baharu Masjid tersebut telah disempurnakan oleh KEBAWAH DULI PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG.

Nama baharu masjid tersebut adalah Masjid Tengku Ampuan Besar Fatimah Kampung Padang Polo, Pekan.

Tazkirah Tarawikh malam 2 Ramadhan 1446H  Malam pertama tarawikh di Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan 2025..Aktivi...
03/03/2025

Tazkirah Tarawikh malam 2 Ramadhan 1446H

Malam pertama tarawikh di Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan 2025..

Aktiviti Tadarus Al-Quran selepas selesai Tarawikh oleh warga maahad โค๏ธ

Address

Kampung Permatang Perawan
Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Ummul Qura Lilbanat Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category