Amal Islami MRSM TAR

Amal Islami MRSM TAR Amal Islami adalah sebuah mekanisme dakwah di bawah Unit Pendidikan Islam, Jabatan Sains Sosial Mrsm Tun Abdul Razak

10/07/2020

Salam Jumaat. Ayuh perbanyakkan selawat اللهم صل على محمد

Panduan Pergerakan Pelajar MRSM ke Surau Pasca Covid-19
26/06/2020

Panduan Pergerakan Pelajar MRSM ke Surau Pasca Covid-19

Alhamdulillah.. Kita sudah berada di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan..Moga kita terus istiqamah dan berusaha dalam...
12/05/2020

Alhamdulillah.. Kita sudah berada di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan..
Moga kita terus istiqamah dan berusaha dalam menjalankan ibadah... 😍😍

03/05/2020

TANDA–TANDA PENERIMAAN AMALAN PUASA

Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri M***i. Adakah terdapat tanda-tanda bahawa amalan puasa yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT? Mohon penjelasan.



Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulakan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

Riwayat al-Bukhari (38) dan Muslim (760)

Al-Hafiz Ibn Hajar menyebut: Yang dimaksudkan dengan berpuasa atas dasar iman ialah berpuasa dengan beri’tiqad akan kefardhuan berpuasa. Manakala yang dimaksudkan dengan “احْتِسَابًا” ialah mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. (Lihat Fath al-Bari, 4/115)

Al-Khattabi berkata: Yang dimaksudkan dengan “ihtisab” ialah berpuasa dengan mengharapkan balasan yang baik daripada Allah SWT. (Lihat Fath al-Bari, 4/115)

Menjawab persoalan di atas, Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain. (Lihat Lata’if al-Ma’arif, hlm. 244)

Ibnu Rajab turut berkata: “Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan merupakan salah satu tanda diterimanya amalan puasa di bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT jika menerima suatu amalan dari seorang hamba, maka Allah SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya.” (Lihat Lata’if al-Ma’arif, hlm. 244)

Nabi SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan yang paling baik adalah yang berterusan. Daripada Aisyah R.Anha, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ

Maksudnya: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”

Riwayat Muslim (1780)

Imam Nawawi berkata: Hadis ini menggalakkan amalan yang berterusan dan bahawa sedikitnya amalan yang berterusan lebih baik daripada amalan yang banyak namun terputus kerana dengan berterusannya amalan yang sedikit tersebut, maka akan berterusanlah ketaatan, zikir, muraqabah, dan ikhlas terhadap Allah SWT. Ia juga membuahkan berlipat kali ganda berbanding amalan banyak namun terputus. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/71)

Oleh itu, dapat difahami bahawa salah satu tanda amalan puasa diterima adalah kita berterusan dalam melakukan amalan-amalan ketaatan kepada-Nya walaupun selepas berakhirnya Ramadhan.

Selain itu, dia juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya serta sentiasa merasakan amal soleh yang dilakukannya masih belum sempurna. Dia juga tidak bersifat ujub dengan amalan yang telah dilakukannya. Ibn al-Qayyim dalam kitabnya, Madarij al-Salikin menyebut: Tanda diterimanya amalan seseorang ialah apabila dia merasa bahawa amalan yang dilakukannya masih hina dan kecil. Sehingga orang yang benar-benar mengenal Allah akan sentiasa beristighfar selepas selesai melakukan ibadah. Adalah Nabi SAW apabila selesai memberi salam dari solat, Baginda beristighfar sebanyak tiga kali.

Allah SWT juga telah memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk beristighfar setelah selesai melakukan ibadah haji. Allah SWT juga memuji mereka yang beristighfar setelah melakukan solat malam. Nabi SAW juga memerintahkan taubat dan istighfar selesai selesai berwudhu’. Maka, sesiapa yang mengetahui kewajibannya kepada Tuhannya dan menyedari kualiti amalnya serta aib-aib yang melekat pada jiwanya, nescaya dia akan selalu beristighfar selesai selesai melakukan amal ibadah dan merasa amalannya masih sangat penuh kekurangan. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/84)

Semoga kita dikurniakan kekuatan dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya serta berterusan dalam melakukannya. Amin.

Sumber: Irsyad Fatwa PMWP

Ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun, rugilah kalau kita tidak ambil kesempatan dan peluang untuk memperbanya...
03/05/2020

Ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun, rugilah kalau kita tidak ambil kesempatan dan peluang untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah pada bulan ini. Kalau sebelum ini, bacaan al quran kita 1 juzuk sehari, maka pada bulan Ramadhan ini, alangkah baik kalau kita tambah bacaan al quran kita kepada 2 juzuk sehari ataupun lebih dari itu. Insyallah, semua amalan kita pada bulan ini pasti dilipatgandakan pahala dan ganjaran. Ayuh beramalah sepertinya ini Ramadhan terakhir kita.


Ibadah puasa sekiranya dilakukan dengan penuh adab dan tertib serta menjaga sunnah, Insyallah ibadah puasa pasti dan pas...
02/05/2020

Ibadah puasa sekiranya dilakukan dengan penuh adab dan tertib serta menjaga sunnah, Insyallah ibadah puasa pasti dan pasti akan melahirkan ketaqwaan dalam diri insan.

Ayuh sama2 ambil peluang dengan menghidupkan Ramadhan dengan ibadah2.
01/05/2020

Ayuh sama2 ambil peluang dengan menghidupkan Ramadhan dengan ibadah2.


HUKUM MAKAN DENGAN KUANTITI YANG BANYAK KETIKA BERPUASA DALAM KEADAAN TERLUPASoalan :Assalamu’alaikum ustaz, kalau kita ...
30/04/2020

HUKUM MAKAN DENGAN KUANTITI YANG BANYAK KETIKA BERPUASA DALAM KEADAAN TERLUPA

Soalan :

Assalamu’alaikum ustaz, kalau kita tak sengaja makan dan minum ketika berpuasa, ia dimaafkan. Soalan saya, bagaimana jika hampir selesai makan baru teringat yang kita berpuasa, bolehkah untuk minum air bagi elakkan tercekik ?

Jawapan :

Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Berpuasa seperti yang ditakrifkan oleh para ulama adalah : Menahan diri dari kesemua perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sadiq sehingga terbenamnya matahari, dengan niat beribadah kepada Allah S.W.T.

Makan dan minum termasuk dalam kategori perbuatan yang membatalkan puasa. Begitu banyak nas dan riwayat yang menjelaskan hal ini antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W meriwayatkan dari Allah S.W.T yang berfirman :

يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي

Maksudnya : (Orang yang berpuasa itu) meninggalkan makanannya, minumannya, dan syahwatnya, semata kerana-Ku.

Riwayat Al-Bukhari (1894)

Meskipun begitu, tidaklah dinamakan manusia melainkan kerana sifat pelupa yang ada pada dirinya seperti yang disebutkan oleh sebahagian ulama. Oleh kerana itu, secara umumnya Allah S.W.T mengangkat dosa ke atas setiap perbuatan yang dilakukan dalam keadaan seseorang itu terlupa.

Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghifari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengampunkan ke atas umatku (perbuatan-perbuatan yang dilakukan) secara tersilap, terlupa, dan juga suatu yang dipaksa ke atas mereka.

Riwayat Ibn Majah (2043)

Demikian juga orang yang berpuasa turut tidak terlepas dari sifat ini seperti makan dan minum dalam keadaan terlupa. Dalam hal ini, meskipun seseorang yang berpuasa itu melakukan perkara yang membatalkan puasa, namun selama mana ia terhasil dari sifat lupa, ia tidak dianggap sebagai membatalkan puasa di sisi syarak. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Maksudnya : Apabila salah seorang kamu terlupa, kemudian dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberi dia makan dan juga minum.

Riwayat Al-Bukhari (1933)

Berdasarkan hadis ini, secara jelas Rasulullah S.A.W menyebutkan bahawa perbuatan makan dan minum dalam keadaan terlupa bagi orang yang berpuasa itu tidak membatalkan puasa, sebaliknya puasa mereka adalah sah. Oleh kerana itu, baginda mengarahkan supaya golongan yang terlupa ini untuk meneruskan puasa tersebut.

Persoalan yang timbul adalah, apakah had bagi perbuatan makan dan minum tersebut ? Adakah yang dimaafkan semasa terlupa itu meliputi makan dan minum dalam kadar yang sedikit atau kadar yang banyak ? Maka para ulama Al-Syafi’eyyah berbeza pendapat dalam isu ini kepada dua pendapat yang utama. Berikut kami kongsikan beberapa pendapat tersebut :

Pertama : Imam Al-Nawawi berdalilkan dengan keumuman hadis riwayat Abu Hurairah R.A di atas, lalu beliau mengeluarkan pendapat yang menyebut :

إذَا أَكَلَ أَوْ شَرِبَ نَاسِيًا لَمْ يُفْطِرْ عِنْدَنَا سَوَاءٌ قَلَّ ذَلِكَ أَمْ كَثُرَ هَذَا هُوَ الْمَذْهَبُ

Maksudnya : Apabila seseorang itu makan atau minum dalam keadaan terlupa, ia tidak membatalkan puasa di sisi kami (Al-Syafi’eyyah) sama ada yang demikian itu (kadar makan dan minum) sedikit ataupun banyak. Inilah pendapat mazhab.

Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, Al-Nawawi (6/324)

Kedua : Meskipun begitu, tidak dinafikan bahawa ada beberapa tokoh dalam kalangan Al-Syafi’eyyah sendiri menyatakan pendapat yang berbeza dalam isu ini. Ini seperti yang disebutkan oleh Syeikh Taqiuddin Al-Hisni :

فَلَو كثر ذَلِك فَوَجْهَانِ الْأَصَح عِنْد الرَّافِعِيّ يفْطر لِأَن النسْيَان مَعَ الْكَثْرَة نَادِر

Maksudnya : Sekiranya ia (makan dan minum itu) dalam kadar yang banyak maka ada dua pendapat (dalam isu ini). Pendapat yang paling sahih di sisi Imam Al-Rafi’e adalah ia membatalkan puasa. Ini kerana, sifat terlupa bersama dengan kadar yang banyak itu adalah suatu yang jarang (bukan kebiasaan).

Rujuk Kifayah Al-Akhyar, Taqiuddin Al-Hisni (Hlm. 199)

Penutup

Sebagai kesimpulan, setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan di atas, kami cenderung kepada pendapat muktamad dalam mazhab Imam Al-Syafi’e bahawa makan dengan kadar yang banyak dalam keadaan terlupa, tidak membatalkan puasa dengan berdalilkan kepada keumuman hadis dalam hal ini. Namun, sekiranya seseorang itu telah menyedari bahawa dia berada dalam keadaan berpuasa, hendaklah dia serta merta memberhentikan makan dan minum. Jika selepas itu dia meminum air dalam keadaan sedar yang dia sedang berpuasa dan bukannya terlupa, maka kami menyatakan bahawa puasanya adalah terbatal. Wallahu A’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Rujukan: Irsyad Fatwa PMWP

Bersegeralah berbuka puasa apabila masuk waktu maghrib, jangan dilengahkan lagi kerana Nabi menjanjikan kebaikan kepada ...
30/04/2020

Bersegeralah berbuka puasa apabila masuk waktu maghrib, jangan dilengahkan lagi kerana Nabi menjanjikan kebaikan kepada orang yang bersegera untuk berbuka. Zaman sekarang senang, ada radio boleh dengar azan, boleh tahu dengan tepat waktu berbuka. Betul kan?? Jadi ambillah peluang untuk merebut segala kebaikan yang Nabi janjikan terutamanya di Bulan Ramadhan ini.


Menjaga lidah merupakan satu perbuatan yang sangat mulia. Kerana apa? kerana lidah ini lebih tajam daripada pedang, lida...
29/04/2020

Menjaga lidah merupakan satu perbuatan yang sangat mulia. Kerana apa? kerana lidah ini lebih tajam daripada pedang, lidah mampu menghiris sesorang, lidah mampu melukakan seseorang, lidah juga asbab terputusnya persaudaraan dan ikatan. Hati2 lah dengan lidah. Jagalah lidah terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kurangkan perkataan sia2, kurangkan memaki, kurangkan menghina. Ketika diajak bermusuhan, maka jawablah "sesungguhnya aku sedang berpuasa"


Berbuka puasalah mengikut keperluan kerana padanya ada keberkatan. Jangan diikutkan kehendak nafsu, kelak membawa kepada...
27/04/2020

Berbuka puasalah mengikut keperluan kerana padanya ada keberkatan. Jangan diikutkan kehendak nafsu, kelak membawa kepada kemudaratan. Elakkan pembaziran nescaya Allah sayang. Ayuhhh beramal


Perkongsian ilmu berkaitan cara bacaan beberapa ayat di dalam Al Quran yang mungkin kita tidak biasa mendengarnya atau m...
27/04/2020

Perkongsian ilmu berkaitan cara bacaan beberapa ayat di dalam Al Quran yang mungkin kita tidak biasa mendengarnya atau mungkin bacaan kita berbeza. Antaranya Isymam, Imalah, Naqal dan sebagainya. Ayuhh kita perbaiki bacaan Al Quran kita sama2. Moga memberi manfaat kepada semua.

Address

Pekan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amal Islami MRSM TAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category