14/03/2023
ISNIN | 13 MAC 2023 ❤
Semalam kita buat aktiviti bebas iaitu 'Parallel Play' dekat taska. Kat sini teacher share apa itu Parallel Play okay 😘
APA ITU PARALLEL PLAY?
Parallel play adalah bermain selari. Iaitu kanak-kanak bermain permainan yang sama, di tempat yang sama tanpa interaksi sosial aktif. Semasa parallel play, kita juga akan dapat melihat onlooker play behavior.
APA ITU ONLOOKER PLAY BEHAVIOR?
Ianya adalah keadaan di mana kanak-kanak melihat apa yang rakan lain main atau apa yang rakan lain lakukan tanpa terlibat secara aktif dengan aktiviti rakan tersebut.
Dari onlooker play behavior ini, kanak-kanak biasanya akan belajar dan meniru apa yang dilakukan oleh orang sekelilingnya.
KENAPA PARALLEL PLAY PENTING DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ?
Parallel play adalah salah satu tahap dalam perkembangan sosial menurut Mildred Parten (1932).
Menurut Parten, pada setiap tahap usia kanak-kanak, kanak-kanak akan melalui tahap bermain yang berbeza. Setiap tahap perkembangan bermain ini merupakan indikasi kepada perkembangan sosial kanak-kanak.
Pada tahap Parallel play, kita dapat lihat perkembangan berikut pada kanak-kanak:
1) Kesedaran terhadap kewujudan rakan lain dalam persekitaran.
2) Perkembangan minat bermain yang sama seperti kanak-kanak lain.
3) Keinginan untuk bermain sesuai dengan kefungsian permainan.
4) Cetusan idea dan kreativiti untuk mempelbagaikan cara bermain.
So mummy" boleh la guna cara bermain ni kat rumah. Bagus untuk perkembangan sosial anak-anak. InsyaAllah kita juga dapat elakkan adanya masalah kanak-kanak yang pasif di sekolah nanti 🤗❤