PIBG SKK SK Pekan Jaya

PIBG SKK SK Pekan Jaya Persatuan Ibu Bapa/Penjaga dan Guru (PIBG) SKK SK Pekan Jaya, Pekan, Pahang

Pagi ni anak-anak kita tahun 6 berbunga-bunga hati masing-masing dapat naik bas untuk ke Pusat Kurikulum Sultan Ahmad Sh...
05/12/2022

Pagi ni anak-anak kita tahun 6 berbunga-bunga hati masing-masing dapat naik bas untuk ke Pusat Kurikulum Sultan Ahmad Shah di Kuantan. Hari ni dan esok mereka terlibat dalam aktiviti camping di sana.

Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada mereka, dan juga para ibubapa yang mungkin kali pertama melepaskan anak tidur bermalam di tempat asing.

17/03/2020

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Makluman utk semua ibu bapa penjaga murid SK PEKAN JAYA
Berdasarkan pengumuman
dari PM semalam, *sekolah akan ditutup mulai 18 Mac sehingga 31 Mac* .Semua murid tidak perlu hadir ke sekolah sehingga 31 Mac.

Pihak sekolah berharap:
🌹ibu bapa dpt memantau prgerakan dan keselamatan ank2 spjg cuti skolah.
🌹Semoga murid2 dpt memanfaatkan cuti sekolah dgn membuat ulangkaji di rumah tetutamanya murid thn 6.
🌹Lebihkan xtvt brsama keluarga di dlm rumah & krgkan xtvt di luar rumah utk elakkan covid19
🌹Pastikan murid2 sntiasa mnjaga kebersihan diri
🌹Jika ank2 batuk, selsema @ demam,sgera dptkan rawatan di klinik @ hospital dan jangan hadir ke sekolah jika masih tidak sihat setelah cuti berakhir.

Pihak sekolah akn maklumkan segera jika ada sebarang maklumat terkini.
🌹Terima kasih.. Moga Allah melindungi kita semua.. Aaminnn

16/03/2020

PERUTUSAN KHAS COVID-19 :

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini:

PERTAMA
Semua rumah ibadat dan premis perniagaan
hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

KEDUA
Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

KETIGA
Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;

KEEMPAT
Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

KELIMA
Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

KEENAM
Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang
singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita.

Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa.

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat.

Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa.

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa.

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.

29/02/2020
29/02/2020

Selamat datang ke page Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKK SK Pekan Jaya. Bersama-sama memacu kejayaan.

Address

SKK SK Pekan Jaya
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60164227006

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SKK SK Pekan Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category