01/05/2026
Kami dalam proses menghubungi mereka yang telah memohon masuk ke GM Pekan sesi Julai 2026 untuk set temuduga yang akan berjalan pada 04-08 Mei 2026.
Temuduga GM Pekan ni tanya apa je?
semestinya kami nak tengok pemohon ni memenuhi syarat kemasukan atau tak. Nak test boleh menulis ke tak? boleh membaca ke tak dan yang terpaling penting kami nak nilai tahap minat pemohon terhadap kursus yang dimohon.
Kami juga akan tanya hala tuju pemohon, kenapa masuk kursus ni? kalau jawab sebab mengisi masa lapang sebelum sambung belajar.. masuk sebab nenek suruh masuk, mudah nak jahit baju nenek katanya. memang kami kiv dulu kot... Mana yang acah2 minat pun kita kiv dulu ye..
Kecekalan pun kami ambil kira juga tau, tak nak masuk sebulan dah nak berhenti sebab tak cekal.. tak biasa susah, semua nak mudah.. Kalau kita nampak pemohon ni minat tapi nampak malasnya, memang kami kiv dulu juga.
Susah sebenarnya nak membuat penilaian dan memilih mereka yang benar2 minat dan ada potensi untuk kami terima masuk ke GM Pekan. Sekali masuk GM Pekan dia dah jadi anak GM Pekan selamanya, kami perlu mengetahui perkembangan lepasan pelatih GM Pekan, buat apa lepas habis latihan di GM Pekan.
Kerja dalam bidang kursus yang sama ke? jadi usahawan ke? atau duduk saje tak kerja? atau ada alasan tak kerja dan tak buat apa2 disebabkan ibu bapa tak benarkan bekerja 😭😭 semua ini menjadi penanda aras keberkesanan latihan di GM Pekan.
Jika kita nak menghasilkan nasi goreng yang sedap untuk dimakan semestinya proses memasak nasi goreng yang sedap ini bermula daripada pemilihan bahan-bahan yang segar dan elok kan.
Pemilihan nasi yang sesuai untuk memasak nasi goreng, ikan bilis yang segar, telur yang masih boleh digunakan. Jika kita gunakan bahan-bahan yang dah tak elok sehebat mana pun tukang masak tu, pasti nasi goreng tu tak sedap, lagi malang terus dibuang sebab guna telur yang dah busuk kan.
Begitulah analogi memilih pemohon untuk masuk ke GM Pekan, kena betul2 buat penilaian serta memililih pemohon yang memang betul2 minat dan mempunyai hala tuju yang jelas, bukan mohon sebab malas belajar matematik disekolah dan nak cuba2 belajar kemahiran, akhirnya masuk GM Pekan sama je, tak minat pun nak belajar kemahiran juga. berhenti separuh jalan. ruginyaa..
Tapi jangan lah salah sangka, dalam temuduga kami tak cari yang petah berkata, kami cari yang ada usaha walaupun kata tersekat-sekat.. Faham sekarang isu komunikasi tu memang real di kalangan anak muda. Tanya panjang lebar dah, jawabnya sepatah je. minta kongsi pengalaman ditenungnya penemuduga sunyi tanpa suara. last2 tak tahu lah cikgu, jawabnya. Bagaimana kami nak nilai.
Di pihak GM Pekan kami tak nak terlepas pemohon2 yang kita boleh kelaskan sebagai "hidden gem" ni, mereka yang minat tapi tak tahu express. Mereka yang mempunyai minat yang mendalam dan boleh kami asah di GM Pekan. Kadang-kadang faktor gugup, latar belakang, atau kurang pendedahan buat dia nampak macam “tak serious” semasa temuduga.
Selain itu semasa semasa sesi temuduga kami juga ingin fokuskan kepada pemohon2 yang mempunyai "growth potential” ni, orang yang nampak biasa-biasa je, tapi ada sikap nak belajar dan boleh dibentuk, ini sebenarnya aset besar kepada GM Pekan.
Panjang dah tulis tapi ini lah asas pemilihan pelatih di GM Pekan, prinsip yang biasa kami pakai adalah jangan sampai jadi "Garbage in, garbage out" ramai yang rugi kalau camtu. kita nak "Right Selection, outstanding outcome" baru lah setiap sen yang digunakan untuk memberi latihan kepada pelatih GM Pekan berbaloi.
All the best kepada mereka yang akan menghadiri temuduga di GM Pekan pada 04-08 Mei 2026 ni.
Kepada yang baca sampai sini, kamu memang power 😬😬 apa pendapat kamu berkenaan pemilihan pelatih GM Pekan ni? too strict atau memang perlu seperti ini, komen sikit guys 🫣🫣