18/03/2026
๐๐ค REWANG RAMADAN BERSAMA MASJID TAMAN LKNP ๐ค๐
Alhamdulillah, Program Rewang Ramadhan pada 14 Mac 2026 bersamaan dengan 23 Ramadan 1447H lalu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. โจ
Program ini merupakan kolaborasi antara Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) dan kelab IMAN dengan kerjasama pihak Masjid Taman LKNP yang telah berganding bahu dalam menjayakan aktiviti rewang bersama masyarakat setempat.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan staf yang telah meluangkan masa serta tenaga. Dari persiapan juadah hingga pengagihan makanan, setiap sumbangan amat bermakna dalam menyemarakkan suasana Ramadan.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan menjadi amal kebajikan yang diberkati di sisi Allah SWT.
Jumpa lagi dalam program-program akan datang! ๐โจ