11/08/2026
Tahniah Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias, Naib Canselor UMPSA atas kejayaan tersenarai dalam kelompok 5% Penyelidik Terbaik Dunia berdasarkan SciRank Global 👏👏
Alhamdulillah dan syukur apabila saya turut tersenarai dalam kelompok 5% Penyelidik Terbaik Dunia berdasarkan SciRank Global.
Pencapaian ini merupakan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, impak penyelidikan serta keterlihatan global yang telah dicapai, sekali gus mengangkat nama UMPSA di persada antarabangsa.
Malah lebih membanggakan di UMPSA, seramai 48 orang turut tersenarai dalam Top 5% Researcher by SciRank Global. Pencapaian ini membuktikan bahawa budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik yang diterapkan di UMPSA terus membuahkan hasil serta memberi impak kepada reputasi dan kecemerlangan global.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita semua terus mencipta impak, memperkukuh kecemerlangan penyelidikan dan mengangkat nama UMPSA ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah semua atas kecemerlangan yang membanggakan.