Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan

Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan Maahad Tahfiz Quran Al Furqan Permatang Pasir (MATAF) terletak di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, 2600 Pekan, Pahang.

Tahniah diucapkan kepada mantan pelajar Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan , Adam Faris Khan bin Mohd Khaieer...
06/02/2026

Tahniah diucapkan kepada mantan pelajar Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan , Adam Faris Khan bin Mohd Khaieerulnazmee Adam Khan, atas kejayaan memenangi tempat kedua dalam Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Pahang (Kategori 20 Juz).

Pencapaian ini adalah bukti usaha gigih dan kesabaran beliau yang tinggi di dalam bidang Quran.

Kejayaan ini juga adalah kesinambungan daripada pencapaian Saudara Adam Faris Khan yang pernah meraih tempat ketiga kategori 10 juz pada tahun 2021 yang lalu.

Beliau kini sedang menyambung pengajian Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Semoga Al-Quran terus menjadi syafaat dan panduan hidup beliau. Syabas!

Keluarga MATAF 2025.
02/01/2026

Keluarga MATAF 2025.

ALUMNI KEMBALI KE MATAF 2025Permatang Pasir, 25 Disember - Telah berlansung Program ALUMNI KEMBALI KE MATAF selama 2 har...
01/01/2026

ALUMNI KEMBALI KE MATAF 2025

Permatang Pasir, 25 Disember - Telah berlansung Program ALUMNI KEMBALI KE MATAF selama 2 hari 1 malam di sini.

Program ini melibatkan bekas pelajar-pelajar MATAF bersama pelajar-pelajar sedia ada.

Program diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara Alumni dan pelajar-pelajar MATAF dan juga perkongsian ilmu, motivasi dan pengalaman alumni ketika menghafal Quran di MATAF di samping mengimbau kembali kenangan sepanjang berada di sini.

Beberapa aktiviti telah diadakan antaranya sesi taaruf ringkas barisan Alumni, Riadah Futsal, Jamuan Barbeku, Sesi Imbau kenangan, tayangan montaj, dan gotong-royong.

Majlis Forum turut diadakan yang bertajuk "Hidup Bersama Al Quran". Barisan panel keseluruhannya terdiri daripada Alumni MATAF yang memberikan perkongsian dan pengamalan mereka menghafal Quran.

Habiburrahman, 19, menyebutkan tentang betapa penting untuk Quran digandingkan dengan solat. Bacaan Quran yang dibawa di dalam solat akan menyebabkan hati lebih fokus dan khusyuk tanpa gangguan luar.

Adam Khan, 19, mengingatkan bahawa kesusahan sepanjang pengalaman berada di Tahfiz amat berharga apabila sudah berada di luar Tahfiz.

Adam juga menekankan tentang kepentingan kualiti berbanding kuantiti. Tidak penting berapa banyak mana yang dihafal oleh pelajar, yang penting adalah banyak mana yang boleh diingat oleh pelajar.

Danial Haiqal Fitri, 20, memberi galakan kepada pelajar untuk terus istiqamah dengan amalan solat jamaah.

Beliau juga memberi galakan kepada pelajar-pelajar untuk bersabar dengan proses tarbiah di MATAF sehingga akhirnya mereka keluar dan mampu memberikan tazkirah, menjadi imam dan memimpin aktiviti kemasyarakatan di luar.

Ahmad Nabil, 19, turut berkongsi tentang kepentingan teknik menghafal Quran yang boleh digunakan dan diaplikasi dalam pengajian akademik dan agama.

Beliau juga mengingatkan tentang cabaran untuk menjaga dan mengulang Quran di luar Tahfiz akan lebih besar dan berat berbanding ketika berada di dalam Tahfiz.

Oleh yang demikian, Ahmad Nabil mencadangkan supaya proses hafalan Quran dibuat secara perlahan-lahan sehingga mencapai kelancaran. Ini kerana pelajar MATAF yang sudah keluar Tahfiz tidak akan ada masa yang mencukupi lagi untuk membetulkan semula Hafazan.


HAFIZ MATAF KE-10 DIRAIKAN Permatang Pasir, 27 Disember - Majlis Khatam Quran dan Hari Anugerah Kecemerlangan MATAF SESI...
30/12/2025

HAFIZ MATAF KE-10 DIRAIKAN

Permatang Pasir, 27 Disember - Majlis Khatam Quran dan Hari Anugerah Kecemerlangan MATAF SESI 2025 telah diadakan di Dewan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Kompleks PAS Kawasan Pekan.

Majlis dihadiri oleh Pengerusi MATAF, Ustaz Abdul Karim Sidek, dan disempurnakan perasmian oleh Timbalan Presiden Ikatan Madrasah Pahang merangkap Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri, Ustaz Khairul Azmi Bin Ismail.

Di dalam ucapan aluan, pengerusi MATAF mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang sanggup bersusah payah dalam menghafal Quran.

Beliau mengingatkan bahawa majlis kecemerlangan bukanlah akhir kepada proses pendidikan kerana mereka kelak akan keluar mendepani masyarakat.

Antara lain juga beliau menasihati anak-anak Tahfiz agar tidak gopoh untuk khatam hafazan. Cabaran dunia luar yang bakal dihadapi oleh pelajar akan menjadi lebih mudah jika pelajar benar-benar mengikuti proses tarbiah di MATAF.

Ustaz Khairul Azmi dalam ucapan perasmian p**a mengucapkan syukur atas kurniaan Allah yang mendorongkan anak-anak untuk menghafal Quran di pusat pengajian tahfiz.

Beliau memetik hadis qudsi bermaksud sesiapa menyibukkan diri dengan Quran daripada perkara-perkara lain, Allah akan anugerahkan dengan pemberian terbaik.

Menurut beliau, kejayaan itu bukanlah sekadar kecemerlangan tetapi berlakunya peningkatan dalam diri pelajar-pelajar.

Beliau tidak lupa mengingatkan isu pusat tahfiz yang lebih mempop**arkan angka pelajar yang hafiz tetapi mengabaikan kualiti Hafazan itu sendiri.

Ini sering terjadi dalam ujian hafazan ketika ramai pelajar-pelajar yang hafiz tidak mampu menjawab soalan dengan baik dan lancar.

Pada akhir ucapan, beliau menitipkan pesanan agar pelajar-pelajar sentiasa berdamping dengan Quran sampai ke syurga, bukan sehingga ke akhir hayat semata-mata.

Ini kerana antara kemuliaan para penghafal Quran adalah mereka akan terus membaca Quran ketika di syurga sebagai suatu kemegahan dan kemuliaan.

Ahmad Naqiuddin bin Kamaruddin, 19, menjadi penerima Anugerah Hafiz Quran 30 Juz MATAF.

Beliau yang mula menghafal Quran sejak usia 13 tahun dan terus istiqamah berada di MATAF sehingga menamatkan keseluruhan Quran pada tahun 2025 dan menjadi hafiz ke-10 yang dilahirkan daripada bawah bumbung MATAF.

Pelajar-pelajar MATAF yang cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun turut diraikan dan diberikan anugerah pada majlis kali ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak MATAF yang cemerlang di dalam Quran dan Imtihan.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AL FURQAN PERMATANG PASIR PEKAN SESI 2026SYARAT KELAYAKAN :1. Lelaki 2. Berumur...
08/09/2025

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MAAHAD TAHFIZ AL FURQAN PERMATANG PASIR PEKAN SESI 2026

SYARAT KELAYAKAN :

1. Lelaki
2. Berumur 11-16 tahun
3. Lancar membaca al-Quran
4. Berkebolehan menghafal
5. Berakhlak dan bersyakhsiah

KEISTIMEWAAN :

1. Kurikulum Tahfiz sepenuh masa
2. Pengukuhan Bahasa Arab Komunikasi
3. Pengajian Kitab-Kitab Asas Tauhid, Fiqh & Tasawuf
4. Kelas Tajwid dan Taranum bersama Syeikh Mustafa al-Misri
5. Kelas berpenghawa dingin dan kondusif
6. Gelanggang Futsal untuk aktiviti bersukan
7. Persekitaran dan suasana kampung yang nyaman untuk aktiviti luar.

SESI TEMUDUGA :

- Isnin Jumaat
- 1-31 Oktober 2025
- 10-12 pm.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :
Hubungi Pejabat MATAF di talian : *011-2567 0293*

Lensa MATAF minggu ini :13.04.2025 - Riadah Pagi Ahad anak-anak MATAF di Padang Bola Kampung Pulau Jawa, Pekan.
13/04/2025

Lensa MATAF minggu ini :

13.04.2025 - Riadah Pagi Ahad anak-anak MATAF di Padang Bola Kampung Pulau Jawa, Pekan.

Lensa MATAF minggu ini : Perhimpunan pagi pelajar-pelajar di perkarangan MATAF pada pagi Rabu 9 April 2025.
09/04/2025

Lensa MATAF minggu ini : Perhimpunan pagi pelajar-pelajar di perkarangan MATAF pada pagi Rabu 9 April 2025.

23.03.2025 - Rakaman kenang-kenangan keluarga MATAF berbuka di majlis Iftar Jamie.Terima kasih kepada semua ibu bapa yan...
30/03/2025

23.03.2025 - Rakaman kenang-kenangan keluarga MATAF berbuka di majlis Iftar Jamie.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini.

23.03.2025 - Persiapan Iftar Jamaie di MATAF.
28/03/2025

23.03.2025 - Persiapan Iftar Jamaie di MATAF.

Selesai iftar, Solat Fardhu dan Tarawih di Masjid Negeri, pelajar-pelajar MATAF terus ke Futsal Taman Gelora untuk Riada...
25/03/2025

Selesai iftar, Solat Fardhu dan Tarawih di Masjid Negeri, pelajar-pelajar MATAF terus ke Futsal Taman Gelora untuk Riadah Futsal Mahabbah bersama Alumni MATAF.

Semoga ukhuwah kan terus terjalin erat antara anak-anak MATAF yang lama mahupun yang baharu.

Insya Allah kita bertemu lagi Ramadan tahun hadapan!




24.03.2025 - Majlis Iftar Jamaie dan Tahlil Perdana MATAF 1446H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
25/03/2025

24.03.2025 - Majlis Iftar Jamaie dan Tahlil Perdana MATAF 1446H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Alhamdulillah, pada 2 Ramadan 1446 Hijrah, MATAF menerima kunjungan daripada Muslimat Surau Kg Kelat Rendang, Pekan.Sumb...
08/03/2025

Alhamdulillah, pada 2 Ramadan 1446 Hijrah, MATAF menerima kunjungan daripada Muslimat Surau Kg Kelat Rendang, Pekan.

Sumbangan Ramadan turut diserahkan oleh wakil muslimat untuk MATAF. Semoga Allah merahmati dan memberkati para penyumbang seluruhnya.

Terima kasih atas kunjungan singkat yang penuh bermakna ini.

Address

Maahad Tahfiz Quran Al Furqan Permatang Pasir, Kampung Pulau Tambun
Pekan
26600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Al Furqan Permatang Pasir Pekan:

Shortcuts

Share