Playgroup_SmartStart

Directions Contact the school

Playgroup_SmartStart Hands on lerning activities

Jom melompat! 🦘Kadang-kadang kita nampak anak melompat sekadar bermain dan berseronok. Tapi sebenarnya, banyak perkara y...
21/09/2026

Jom melompat! 🦘

Kadang-kadang kita nampak anak melompat sekadar bermain dan berseronok. Tapi sebenarnya, banyak perkara yang mereka sedang belajar melalui pergerakan itu. 🌱

Tentang keseimbangan, kawalan badan, kekuatan dan keyakinan untuk mencuba.

Tak semua anak akan terus pandai atau berani. Ada yang perlukan masa, ada yang perlu cuba berkali-kali. Dan itu pun sebahagian daripada proses mereka. 🤍

Swipe untuk kenali lebih lanjut tentang aktiviti melompat dan kaitannya dengan perkembangan anak-anak. 🧸

16/09/2026

Jom lompat! 😆🦘

Satu, dua, tiga… lompat!

Nampak macam aktiviti biasa, tapi melompat sebenarnya banyak membantu perkembangan si kecil. 🩷

Melalui aktiviti ini, anak-anak belajar mengawal pergerakan badan, melatih keseimbangan dan menguatkan otot kaki. Ia juga membantu kemahiran motor kasar mereka.

Ada yang sekali cuba terus boleh, ada yang kena cuba lagi dan lagi. Tak apa, kita buat perlahan-lahan. 🌱

Yang penting, anak bergerak, mencuba dan seronok bermain! 🧸

16/09/2026

Lama tak bersua 🩷

Kini kami kembali.

Menghidupkan semula ruang kecil ini dengan aktiviti, cerita dan momen-momen indah si kecil. 🌱🧸

Bermain. Meneroka. Belajar. Membesar. ✨

Jumpa lagi dalam cerita kami yang seterusnya. 🌈

Alhamdulillah ‘ala kulli hal 🤲🏼.. Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Smart Start Playgroup kerana telah berjaya ko...
16/01/2026

Alhamdulillah ‘ala kulli hal 🤲🏼.. Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Smart Start Playgroup kerana telah berjaya konsisten dan bersemangat menghabiskan kelas untuk tahun 2025 👏🏼😍!

Terima kasih diucapkan kepada ibu ayah atas kepercayaan yang telah diberikan. Jauh di sudut hati, kami merasa sangat bahagia dengan setiap perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak. Alhamdulillah!

Ribuan terima kasih juga untuk setiap rezeki makanan dan hadiah yang dikongsi bersama. Moga sentiasa diluaskan rezeki dan diberi keberkatan hidup.

Mohon maaf jika ada kekurangan di pihak kami sepanjang anak-anak bersama kami. Tahniah sekali lagi kepada anak-anak. Moga makin cemerlang di masa hadapan.

Terima kasih. 💐💐💐

07/03/2025

Address

Pekan Nanas
Pekan Nenas
81500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Playgroup_SmartStart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Playgroup_SmartStart:

Shortcuts

Share

Category