SK Seri Bukit Panjang

SK Seri Bukit Panjang SK Seri Bukit Panjang

25/11/2025

Beberapa moment yang sempat dirakam. Tahniah diucapkan buat rumah Merah yang bertemakan Mixue selaku juara olahraga bagi tahun 2026.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Tawaran dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berminat untuk men...
02/09/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tawaran dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berpengalaman dan berminat untuk mengendalikan kantin SK Seri Bukit Panjang bagi tempoh dua (2) tahun, mulai
01 Disember 2025 hingga 30 November 2027 (24 bulan).

Mohon sebarkan kepada yang berminat.
Sekian, terima kasih.

LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJTarikh : 25 Ogos 2025 (Isnin)Masa : 7:30-8:30 pagiTempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Bukit P...
25/08/2025

LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJ

Tarikh : 25 Ogos 2025 (Isnin)
Masa : 7:30-8:30 pagi
Tempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Bukit Panjang

Alhamdulillah, program Kempen Anti-Buli JPNJ diakhiri dengan penuh semangat melalui laungan yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Ahmad Syamuwil Bin Ihsan dan Korperal Muhammad Hazizi Bin Abdul Khalim dari IPD PONTIAN.

Laungan bergema di Dewan Zainuddin :
✨Kami Benci Buli ‼️
✨Johor Safe Zone ‼️
✨Buli Bukan Budaya Johor ‼️






25/08/2025

LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJ

Tarikh : 25 Ogos 2025 (Isnin)
Masa : 7:30-8:30 pagi
Tempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Bukit Panjang

Alhamdulillah, program Kempen Anti-Buli JPNJ diakhiri dengan penuh semangat melalui laungan yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Sarjan Ahmad Syamuwil Bin Ihsan dan Korperal Muhammad Hazizi Bin Abdul Khalim dari IPD PONTIAN.

Laungan bergema di Dewan Zainuddin :
✨Kami Benci Buli ‼️
✨Johor Safe Zone ‼️
✨Buli Bukan Budaya Johor ‼️








Jabatan Pendidikan Negeri Johor

✨LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJ✨Tarikh : 22 Ogos 2025 (Jumaat)Masa : 7:30-8:30 pagiTempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Buki...
22/08/2025

✨LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJ✨

Tarikh : 22 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 7:30-8:30 pagi
Tempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Bukit Panjang

Alhamdulillah, program Kempen Anti-Buli JPNJ diakhiri dengan penuh semangat melalui laungan bersama murid, guru sebagai tanda sokongan menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas buli.

Laungan bergema di Dewan Zainuddin :
✨Kami Benci Buli ‼️
✨Johor Safe Zone ‼️
✨Buli Bukan Budaya Johor ‼️








Jabatan Pendidikan Negeri Johor

22/08/2025

✨LAUNGAN KEMPEN ANTI BULI JPNJ✨

Tarikh : 22 Ogos 2025 (Jumaat)
Masa : 7:30-8:30 pagi
Tempat : Dewan Zainuddin, SK Seri Bukit Panjang

Alhamdulillah, program Kempen Anti-Buli JPNJ diakhiri dengan penuh semangat melalui laungan bersama murid, guru sebagai tanda sokongan menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas buli.

Laungan bergema di Dewan Zainuddin :
✨Kami Benci Buli ‼️
✨Johor Safe Zone ‼️
✨Buli Bukan Budaya Johor ‼️








Jabatan Pendidikan Negeri Johor

📚 Minggu Bahasa Sesi 2025📅 Isnin – Khamis, 21 – 24 Julai 2025📍 Dewan ZainuddinAlhamdulillah, Minggu Bahasa Sesi 2025 tel...
02/08/2025

📚 Minggu Bahasa Sesi 2025
📅 Isnin – Khamis, 21 – 24 Julai 2025
📍 Dewan Zainuddin

Alhamdulillah, Minggu Bahasa Sesi 2025 telah berjaya dianjurkan melibatkan semua murid Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang. Program ini bertujuan untuk memupuk kecintaan murid terhadap bahasa, meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa secara holistik serta mencungkil bakat dalam pelbagai aktiviti yang kreatif dan interaktif.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya:
📌Crack the Grid!
📌 The Word Sifu / Imtiyaz Imlaq
📌 On Air! Challenge
📌 Trilingual Penwords
📌 Pitch Perfect Jr.
📌 Khat Jameelah
📌 Eksplorasi Bijak!

Murid-murid telah menunjukkan penglibatan yang sangat baik dalam setiap pertandingan dan aktiviti yang dijalankan di bawah bimbingan guru. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat mengasah kreativiti, keyakinan diri dan semangat kerjasama dalam kalangan murid.

Terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga Minggu Bahasa ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam meningkatkan penguasaan bahasa serta membina sahsiah positif murid-murid SK Seri Bukit Panjang.

Kelas Kondusif & Peratus Kehadiran Terbaik14 Julai 2025Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kelas berikut atas penca...
28/07/2025

Kelas Kondusif & Peratus Kehadiran Terbaik
14 Julai 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kelas berikut atas pencapaian cemerlang dalam memastikan suasana pembelajaran yang kondusif serta mencatatkan peratus kehadiran terbaik:

📌 Tahun 2A
📌 Tahun 4A
📌 Tahun 5A

Semoga kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada kelas-kelas lain untuk terus meningkatkan disiplin dan komitmen terhadap kehadiran ke sekolah.

🦷 Ceramah Pendidikan Kesihatan Pergigian📅 Tarikh: 10 Julai 2025 (Khamis)📍 Tempat: Dewan ZainuddinAnjuran: Unit Kesihatan...
27/07/2025

🦷 Ceramah Pendidikan Kesihatan Pergigian
📅 Tarikh: 10 Julai 2025 (Khamis)
📍 Tempat: Dewan Zainuddin

Anjuran: Unit Kesihatan Sekolah bersama Klinik Pergigian Pekan Nenas

Ceramah Pendidikan Kesihatan Pergigian telah diadakan di SK Seri Bukit Panjang yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi sejak dari usia muda.

Sepanjang ceramah, murid-murid didedahkan dengan pelbagai maklumat penting seperti:

1. Cara memberus gigi dengan betul
2. Kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala
3. Amalan kebersihan mulut yang betul

Ceramah disampaikan oleh pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Pekan Nenas, yang turut menunjukkan demonstrasi teknik memberus gigi yang betul serta memberi sesi soal jawab kepada murid-murid.

Program ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan "Brush Hour" yang telah diadakan sebelum ini.

Program ini telah memberi manfaat kepada murid-murid dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang kesihatan pergigian serta memupuk tabiat menjaga kebersihan mulut dalam kehidupan harian.

🔬Program STI 100³ & STEM📅 7 Julai (Isnin)📍Dewan ZainuddinProgram STI 100³ & STEM merupakan inisiatif oleh Kementerian Sa...
15/07/2025

🔬Program STI 100³ & STEM
📅 7 Julai (Isnin)
📍Dewan Zainuddin

Program STI 100³ & STEM merupakan inisiatif oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menyemai minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sejak dari peringkat sekolah rendah.

Melalui program ini, murid diberi pendedahan secara langsung oleh mentor profesional yang terdiri daripada dari pelbagai agensi, universiti dan organisasi berkaitan. Mereka berperanan memberi inspirasi, berkongsi pengalaman serta membuka minda murid tentang potensi masa depan dalam bidang STI.

Program ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut menyokong pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), komunikasi dan keyakinan diri dalam kalangan murid.

Semoga lebih ramai generasi muda terus terinspirasi dan berminat dalam bidang sains dan teknologi.

📚Taklimat Program Intervensi Tahun 1📅 4 & 8 Julai 2025📍 War RoomTaklimat Program Intervensi bagi murid Tahun 1 telah dia...
15/07/2025

📚Taklimat Program Intervensi Tahun 1
📅 4 & 8 Julai 2025
📍 War Room

Taklimat Program Intervensi bagi murid Tahun 1 telah diadakan pada 4 dan 7 Julai 2025 dengan kehadiran guru-guru, ibu bapa serta pentadbir sekolah.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan penerangan mengenai pelaksanaan program intervensi serta sokongan yang akan diberikan kepada murid yang memerlukan bimbingan tambahan dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama dalam usaha menyokong perkembangan akademik anak-anak.

🕌 Kem Bestari Solat Siri 1📅 Khamis, 26 Jun 2025📍 Dewan ZainuddinAlhamdulillah, Kem Bestari Solat Siri 1 telah berjaya di...
15/07/2025

🕌 Kem Bestari Solat Siri 1
📅 Khamis, 26 Jun 2025
📍 Dewan Zainuddin

Alhamdulillah, Kem Bestari Solat Siri 1 telah berjaya dianjurkan melibatkan murid-murid Tahap 1 dan 2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengukuhan ilmu berkaitan wuduk dan solat secara teori dan amali.

Sepanjang program, murid-murid didedahkan dengan cara berwuduk yang betul, syarat sah wuduk, perkara yang membatalkannya serta doa selepas wuduk. Murid juga mempelajari bacaan dan perlakuan dalam solat dengan bimbingan guru serta mengambil bahagian dalam simulasi solat berjemaah.

Menariknya, murid juga terlibat dalam aktiviti “Checklist Bacaan dalam Solat” secara berkumpulan, di mana mereka menyemak dan mengenal pasti bacaan wajib dalam solat dengan bimbingan guru. Aktiviti ini dijalankan secara interaktif dan menyeronokkan melalui pendekatan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Semoga program ini dapat memupuk penghayatan ibadah dan meningkatkan amalan solat dalam kalangan murid seiring dengan pembangunan sahsiah diri.

Address

JKR 1646, BATU 30 1/2
Pekan Nanas
81500

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:30
Tuesday 08:00 - 15:30
Wednesday 08:00 - 15:30
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 15:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Bukit Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share