SA Batu 24

SA Batu 24 Education

20/07/2026
Wakil Tilawah Alquran Sekolah Agama Batu24 ke peringkat daerah . Tahniah diucapkan!
11/07/2026

Wakil Tilawah Alquran Sekolah Agama Batu24 ke peringkat daerah . Tahniah diucapkan!

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Agama Batu 24 dan Sekolah Kebangsaan Batu 24 atas p...
11/07/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekolah Agama Batu 24 dan Sekolah Kebangsaan Batu 24 atas penerimaan Anugerah Sekolah Gunasama Cemerlang 2026 Daerah Pontian.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna hasil daripada semangat muafakat, saling mempercayai dan kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua buah sekolah dalam mengurus serta memanfaatkan kemudahan bersama demi kecemerlangan pendidikan.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada barisan pentadbir dan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Batu 24 yang sentiasa memberi ruang, membantu serta memberikan kerjasama yang sangat baik kepada Sekolah Agama Batu 24 dalam setiap keperluan dan pelaksanaan aktiviti. Keikhlasan dan komitmen yang ditunjukkan amat kami hargai.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan sekadar sebuah anugerah, malah menjadi simbol kebersamaan, persefahaman dan komitmen yang membawa manfaat kepada anak-anak didik kita.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuhkan hubungan, mempererat kerjasama dan melakar lebih banyak kejayaan bersama pada masa hadapan.

"Bersatu Hati, Melakar Kecemerlangan, Demi Masa Depan Anak Bangsa."

✨ Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga Sekolah Agama Batu 24 dan Sekolah Kebangsaan Batu 24.

Peringatan akhir pendaftaran sebelum ditutup.pendaftaran darjah 1 tahun 2027.
09/07/2026

Peringatan akhir pendaftaran sebelum ditutup.
pendaftaran darjah 1 tahun 2027.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!😀😀😀
07/06/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!😀😀😀

21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SA BATU24 2026

Tema Hawaii

Assalamualaikum🌸🌸Pengambilan Borang Darjah SatuSekolah Agama Batu 24 – Sesi 2027 kini dibuka!📅 1 Mei 2026 – 31 Julai 202...
04/05/2026

Assalamualaikum🌸🌸

Pengambilan Borang Darjah Satu
Sekolah Agama Batu 24 – Sesi 2027 kini dibuka!

📅 1 Mei 2026 – 31 Julai 2026
👦👧 Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir antara:
2 Januari 2020 – 1 Januari 2021

☘️Dapatkan borang di pejabat Sek Agama Batu 24 dari jam 2.00-5.30 ptg setiap hari isnin-jumaat

📌 Kekosongan adalah terhad
📌Hanya borang yang telah lengkap diisi akan diterima .

Mohon segera sebelum tarikh tutup.
Terima kasih.

1.Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Batu 24 kali ke 19 telah ...
25/04/2026

1.Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama Batu 24 kali ke 19 telah berlangsung dengan lancar. Terima kasih atas kehadiran, sokongan dan komitmen semua ibu bapa serta warga sekolah dalam memperkukuh kebajikan dan kecemerlangan anak-anak.

2.Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekalung tahniah kepada semua penerima Anugerah Kecemerlangan. Penghargaan juga kepada Guru Besar, pegawai jemputan dan pengerusi badan kebajikan atas ucapan serta dorongan yang penuh inspirasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan.

3.Pelajar Cemerlang UPKK & SDEA 2025. Tahniah buat para pelajar cemerlang UPKK dan SDEA. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih anak-anak serta doa dan sokongan tidak putus daripada ibu bapa, guru-guru dan orang yang menyayangi.
Semoga terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.

Address

Sekolah Agama Batu 24 Jalan
Pekan Nanas
81500

Opening Hours

Monday 13:00 - 17:00
Tuesday 14:00 - 17:00
Wednesday 13:00 - 17:00
Thursday 13:00 - 12:00
Sunday 13:00 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SA Batu 24 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SA Batu 24:

Shortcuts

Share