Alumni SMKA Pedas

Call Directions Website Contact the school

Alumni SMKA Pedas Page Facebook Rasmi bagi Persatuan Alumni SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (Alumni SMKA Pedas).

Last CALL, Panggilan Akhir untuk tempahan. Sehari lagi - tarikh tutup tempahan 8 SEPT 2026Satu Nama, Satu Kenangan ๐ŸŒน๐Ÿ˜˜Sem...
07/09/2026

Last CALL, Panggilan Akhir untuk tempahan.

Sehari lagi - tarikh tutup tempahan 8 SEPT 2026

Satu Nama, Satu Kenangan ๐ŸŒน๐Ÿ˜˜

Sempena 30 Tahun penubuhan SMKA Pedas / SEMADAH (1996โ€“2026), jadikan kad Touch 'n Go NFC Edisi Khas 30 Tahun sebagai salah satu kenangan buat warga sekolah, guru-guru dan Alumni SMKA Pedas serta semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan SMKAP/SEMADAH.

Harga: RM39 / keping

Pautan tempahan - https://forms.gle/hVjye3fJt3RPnpwS7

Nota : Harga kad sahaja, isi bubuh sendiri. ๐Ÿ˜

Satu Nama, Satu Kenangan ๐ŸŒน๐Ÿ˜˜Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜ŠSempena 30 Tahun penubuhan SMKA Pedas / SEMADAH (1996โ€“2026), kami bawa...
24/08/2026

Satu Nama, Satu Kenangan ๐ŸŒน๐Ÿ˜˜

Assalamualaikum semua ๐Ÿ˜Š

Sempena 30 Tahun penubuhan SMKA Pedas / SEMADAH (1996โ€“2026), kami bawakan kad Touch 'n Go NFC Edisi Khas 30 Tahun sebagai salah satu kenangan buat warga sekolah, guru-guru dan alumni serta semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan SMKAP/SEMADAH.

โœจ 3 pilihan design khas disediakan untuk dipilih.

Bukan sekadar kad NFC, tetapi satu koleksi istimewa yang boleh dibawa bersama dan digunakan dalam kehidupan harian.

Yang lebih bermakna, 30% daripada hasil jualan akan disumbangkan ke Tabung Alumni.

Jadi, setiap pembelian bukan sekadar untuk memiliki kad edisi khas ini, tetapi secara tidak langsung turut menyumbang kembali kepada komuniti SEMADAH.

Harga: RM39 / keping

Link tempahan adalah seperti di bawah
https://forms.gle/hVjye3fJt3RPnpwS7

Mari semua kita bersama mencipta kenangan baru tentang tempat yang menjadikan kita insan hari ini.

"Tempat jatuh lagi dikenang, inikan p**a tempat bermain.."

30 Tahun | 1996โ€“2026
JUBLI MUTIARA ๐Ÿค

Mohon sebaran seluruh Alumni SMKA Pedas โœŠ๐Ÿป

Terima kasih Saidatun Nawwar atas inisiatif ini.

Nota : Harga kad sahaja, isi bubuh sendiri. ๐Ÿ˜

5 Unit Pendingin HawaAlhamdulillah, 5 unit pendingin hawa hasil sumbangan Alumni dan para dermawan telah selesai dipasan...
13/08/2026

5 Unit Pendingin Hawa

Alhamdulillah, 5 unit pendingin hawa hasil sumbangan Alumni dan para dermawan telah selesai dipasang dan kini dimanfaatkan di Dewan An-Nur, SEMADAH Pedas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Batch SPM 2001, 2002, 2003 & 2004 serta seluruh warga Alumni SMKA Pedas yang menyumbang.

Kesemua unit telah ditandakan: ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
โœ… Batch SPM 2001
โœ… Batch SPM 2002
โœ… Batch SPM 2003
โœ… Alumni SMKAP 1
โœ… Alumni SMKAP 2 & SPM 2004

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ๐ŸŒน

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, memberkati sumbangan dan mengganjari semua dengan sebaik-baik kebaikan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih kepada pihak sekolah atas peluang dan banyak membantu menguruskan.

SELAMAT HARI GURU 2026โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Segala bakti dan pengorbanan kekal dalam ingatan. Hanya Allah yang mampu...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Segala bakti dan pengorbanan kekal dalam ingatan. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa, budi dan bakti.

Diganjari kebaikan di akhirat sana. Rahmati dan ampunilah seluruh guru kami sama ada yang masih hidup atau yang telah berlalu pergi.

Terima kasih atas segalanya. Semoga berbuah pahala, mengalir jariah hingga SyurgaNya. โค๏ธ

Alumni SMKA Pedas โค๏ธ SEMADAH

Belasungkawa buat Ustaz Amin ๐ŸŒนTelah kembali ke rahmatullah guru yang kami kasihi, Ustaz Aminuddin Bin Omar lewat petang ...
11/04/2026

Belasungkawa buat Ustaz Amin ๐ŸŒน

Telah kembali ke rahmatullah guru yang kami kasihi, Ustaz Aminuddin Bin Omar lewat petang tadi.

Almarhum amat dekat di hati kami. Beliau merupakan mantan guru bagi subjek Pendidikan Islam serta Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, selain pernah berkhidmat sebagai warden dan jurulatih hoki di SMKA Pedas.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kami semua. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya jua kita kembali.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

โ€œYa Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.โ€

Alumni SMKA Pedas merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. Semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga roh almarhum sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman.

Makluman ringkas pengurusan jenazah ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐ŸŒน Jenazah akan dibawa p**ang ke kediaman di No. 19, Taman Impian Utama, Kuala Pilah pada malam ini.
๐ŸŒน Pada hari Ahad, 12 April 2026, jam 8.30 pagi, urusan mandi dan kafan akan dilaksanakan di Masjid Al-Firdaus, Melang, Kuala Pilah.
๐ŸŒน Solat jenazah akan diadakan pada jam 11.00 pagi di masjid yang sama sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Aman, Melang, Kuala Pilah.

SPM 2025 | Syukur kepada AllahSyabas & Tahniah kepada seluruh warga pendidik dan para pelajar SMK Agama Dato' Haji Abu H...
31/03/2026

SPM 2025 | Syukur kepada Allah

Syabas & Tahniah kepada seluruh warga pendidik dan para pelajar SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail atas pencapaian cemerlang SPM 2025.

Gred Purata Sekolah (GPS) - 1.83 dan berjaya melahirkan permata sulung yang mendapat keputusan 12A+.

Keputusan lain - 12A (13 orang), 11A (11 orang), 10A (13 orang), 9A (14 orang).

Terus sukses dalam peliharaan Al-Quran dan pelukan kasih Tuhan. Kasihi dan ampunilah guru-guru kami.

Kami Alumni SMKA Pedas menumpang bangga. Selamat maju jaya. ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ๐ŸŒน

Eid Mubarak ๐ŸŒ™Maaf zahir dan batin.Semoga Allah menerima amal kita semua โค๏ธ๐ŸŒนTulus ikhlas - Alumni SMKA Pedasุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง...
20/03/2026

Eid Mubarak ๐ŸŒ™
Maaf zahir dan batin.
Semoga Allah menerima amal kita semua โค๏ธ๐ŸŒน

Tulus ikhlas - Alumni SMKA Pedas

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู… ุตุงู„ุญ ุงู„ุฃุนู…ุงู„

Menunai hajat, berkongsi rezeki. Para guru silih berganti, para pelajar datang dan pergi namun hati kami tetap di sini. ...
16/03/2026

Menunai hajat, berkongsi rezeki.

Para guru silih berganti, para pelajar datang dan pergi namun hati kami tetap di sini.

Hari ini kami mewakili sahabat-sahabat Alumni SMKA Pedas memanjangkan sumbangan yang telah kita usahakan bersama. Besar harapan agar dapat berkongsi rasa dan memasukkan rasa bahagia.

Alhamdulillah, syukur ziarah kali ini serampang 3 mata merangkumi ;
- Serahan sumbangan buat asnaf dan iftar bernilai RM 3500 kepada Ustaz Mohd Hapizi Mohamad Ali, Pengetua SEMADAH
- โ Serahan tunai kutipan Projek Taman Herba & Sudut Wakaf Sains SEMADAH serta program keceriaan mengecat makmal Sains kepada Cikgu Ruzaini Tumeran berjumlah RM 3100
- โ Agihan bantuan kepada 2 orang pengawal keselamatan yang salah seorang daripada terlibat dalam kemalangan. Sumbangan berupa belanja dapur RM 200 / orang dan 2 pek makanan sempena hari raya.

Nilai kutipan dan sumbangan yang telah disampaikan berjumlah RM 7250. Maka, kempen ditutup secara rasmi.

Terima kasih kepada seluruh Alumni yang dermawan, rakan-rakan batch SPM 2002, 2003 dan 2011.

Tuan pengetua dan barisan pentadbir menyampaikan salam kepada semua Alumni dan ucapan โ€œSelamat Hari Raya, Maaf Zahir Batinโ€.

Hanya Allah yang mampu membalasnya dengan kebaikan. Semoga dianugerahkan Al-Qadr, dinatijahkan taqwa dalam keampunan.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ๐ŸŒนโค๏ธ


Sedekah Akhir Jumaat -  . Terima kasih kepada Alumni SMKA Pedas yang budiman. Dibalas dengan kebaikan olehNya. ๐ŸŒนโค๏ธุฌุฒุงูƒู… ...
13/03/2026

Sedekah Akhir Jumaat - . Terima kasih kepada Alumni SMKA Pedas yang budiman.

Dibalas dengan kebaikan olehNya. ๐ŸŒนโค๏ธ

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู…

Tarikh Tutup : 13 MAC 2026

SEMARAK IHYAโ€™ RAMADAN 1447H / 2026M ALUMNI SMKA Pedasโ€Žุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡Tajaan Berbuka Puasa (Iftar Jamaโ€™ie...
07/03/2026

SEMARAK IHYAโ€™ RAMADAN 1447H / 2026M ALUMNI SMKA Pedas

โ€Žุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Tajaan Berbuka Puasa (Iftar Jamaโ€™ie), Sumbangan pelajar asnaf & keluarga susah dikalangan warga SEMADAH (SMKAP)

- RM 20 (Tajaan Berbuka Puasa)
- โ RM 100 (Sumbangan Hari Raya Asnaf - untuk 41 orang pelajar)

Sumbangan ke akaun CIMB Islamic- 8602102304
PERSATUAN ALUMNI SMKA DATOโ€™ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL

Atas rujukan :

Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda;

โ€Žุณูุฆูู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃูŽู‰ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: โ€โ€ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ู ู„ูุชูŽุนู’ุธููŠู…ู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ โ€.โ€ ู‚ููŠู„ูŽ ููŽุฃูŽู‰ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุฏูŽู‚ูŽุฉู ุฃูŽูู’ุถูŽู„ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: โ€ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ูููŠ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽโ€

Maksudnya: Ditanyakan Nabi SAW puasa apakah yang terbaik selepas Ramadan?. Jawab Nabi SAW: Puasa di bulan Syaโ€™ban untuk mengagungkan Ramadan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi SAW: Sedekah di bulan Ramadhan. - [Riwayat Al-Tirmizi (663)]

Semoga usaha kecil ini dirahmati Allah dan dibalas olehNya dengan kebaikan. ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู…ุณุชุนุงู†

Tarikh tutup : 13 MAC 2024 (JUMAAT)

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ูˆุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠูƒู… ๐ŸŒน

Sekretariat Alumni SMKA Pedas
Zaini Zainal (Bendahari) - +6019 279 7590
Dzul Helmi (Kebajikan Sosial) - +6013 271 5923

Address

KM 1, Jalan Sepri
Pedas
71400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SMKA Pedas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Alumni SMKA Pedas:

Shortcuts

Share