SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail

SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail,(SEMADAH) Sekolah Kluster Kecemerlangan & Tahfiz Model Uul Albab

11/06/2026
11/06/2026
11/06/2026
JEJAK CEMERLANG: STEPPING STONES TO STRAIGHT A's📆2 Jun 2026 (Selasa)📍Dewan An-Nur, SemadahPerkongsian khas buat calon SP...
03/06/2026

JEJAK CEMERLANG: STEPPING STONES TO STRAIGHT A's

📆2 Jun 2026 (Selasa)
📍Dewan An-Nur, Semadah

Perkongsian khas buat calon SPM 2026 bersama pelajar cemerlang SPM 2025:
🌟 Afiqah Umairah binti Mohd Zailani (SPM 12A+)�🌟 Nur Dania Balqis binti Hazizi (SPM 10A+ 1A)

📚 Tips belajar berkesan�⏰ Pengurusan masa yang efektif�🎓 Hala tuju pendidikan selepas SPM
💯 Kejayaan bukan kebetulan, tetapi hasil usaha yang konsisten.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat semua calon SPM 2026 untuk terus melakar kecemerlangan! 💫

Festival Kesenian Islam MAKSAK (FKIM) 2026📆20-24 Mei 2026📍Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS)Ta...
25/05/2026

Festival Kesenian Islam MAKSAK (FKIM) 2026
📆20-24 Mei 2026
📍Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS)

Tahniah diucapkan kepada qariah Negeri Sembilan, Ustazah Ratu Dangsari binti Basri guru TMUA SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail atas kejayaan merangkul tempat keempat 🎖️ dalam pertandingan Tilawah Al-Quran sempena Festival Kesenian Islam MAKSAK (FKIM) 2026 yang berlangsung di Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS).

Pencapaian cemerlang dengan markah 91.5% ini membuktikan keunggulan bakat, komitmen serta kecintaan terhadap seni bacaan Al-Quran. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada warga pendidik dan seluruh penjawat awam.

FKIM 2026 anjuran MAKSAK Malaysia terus menjadi medan memperkukuhkan ukhuwah dan mencungkil bakat dalam bidang kesenian Islam. 🌸📖

Taj Al-Waqar 5 Quran Memorization CompetitionAnjuran Al-Aqsa Integrated School- Malaysia🌺Berikut merupakan pencapaian ke...
25/05/2026

Taj Al-Waqar 5 Quran Memorization Competition
Anjuran Al-Aqsa Integrated School- Malaysia🌺

Berikut merupakan pencapaian keputusan:

🔷Muhammad Adam bin Anas - Johan Hafazan Kategori 1-10 Juzuk

🔷Maryam Hana binti Mohd Faisal - Tempat Kelima Hafazan Kategori 1-10 Juzuk

🔷Maryam Solehah binti Noor Hisham - Tempat Kedua Hafazan Kategori 1-5 Juzuk

🔷Khaulah Al-Azwar binti Norhelmi - Tempat Ketiga Kategori 1-5 Juzuk

Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan hafazan. Semoga terus istiqamah menjaga kalam Allah dan menjadi inspirasi buat semua. 🌷📖

-----------------------------------------
🌸INFAQ DANA ISBAT HAFAZAN SEMADAH🌸

⏬Sumbangan INFAQ ISBAT HAFAZAN SEMADAH boleh disalurkan melalui pautan dibawah:-

https://toyyibpay.com/ISBAT-HAFAZAN-SEMADAH

LENSA SEKITAR PROGRAM ISBAT HAFAZAN SEMADAH SESI MEI 2026📸📅21 Mei 2026 (Khamis)Semoga dengan iniasitif isbat ini dapat m...
25/05/2026

LENSA SEKITAR PROGRAM ISBAT HAFAZAN SEMADAH SESI MEI 2026📸

📅21 Mei 2026 (Khamis)

Semoga dengan iniasitif isbat ini dapat membantu pelajar untuk terus bersemangat dalam mengulang serta mengingat hafazan Al-Quran. InsyaAllah

‎ نسأل الله أن يجعلنا وإياكم من أهل القراءن الذين هم أهله وخاصته🤲🏻


-----------------------------------------
🌸INFAQ DANA ISBAT HAFAZAN SEMADAH🌸

⏬Sumbangan INFAQ ISBAT HAFAZAN SEMADAH boleh disalurkan melalui pautan dibawah:-

https://toyyibpay.com/ISBAT-HAFAZAN-SEMADAH

✨ Malam Simfoni SEMADAH 2026 ✨Pada 9 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Malam Simfoni SEMADAH ...
16/05/2026

✨ Malam Simfoni SEMADAH 2026 ✨

Pada 9 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Malam Simfoni SEMADAH dalam suasana yang penuh meriah dan bermakna. Program ini berjaya menghimpunkan warga sekolah serta mencipta pelbagai kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC yang memukau, sekali gus memberikan pengalaman yang begitu berkesan kepada semua yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UNIC atas persembahan yang begitu mantap dan menyentuh hati, serta kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.

Address

SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066857162

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category