Kolej Komuniti Rembau

Kolej Komuniti Rembau Hubungi untuk pertanyaan berkenaan Penawaran Program Sepenuh masa dan kursus pendek. 06-685 8672

Sijil Fesyen dan Pakaian
Sijil Agroteknologi

Sijil Agroteknologi | Sijil Fesyen & Pakaian
https://form.jotform.com/pidkkrb/BorangMaklumbalasPelanggan

23/08/2026
PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ANTI DADAH BERSAMA AADK DAERAH REMBAURembau, 12 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Rembau telah menganj...
13/08/2026

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN ANTI DADAH BERSAMA AADK DAERAH REMBAU

Rembau, 12 Ogos 2026 – Kolej Komuniti Rembau telah menganjurkan Program Kempen Kesedaran Anti Dadah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau bertempat di Kolej Komuniti Rembau.

Program ini melibatkan penyertaan semua pelajar Kolej Komuniti Rembau sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan negatifnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Antara pengisian utama program ialah ceramah kesedaran anti dadah yang disampaikan oleh pihak AADK. Ceramah tersebut memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai jenis-jenis dadah, faktor yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah, kesan penyalahgunaan dadah serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh golongan pelajar.

Selain itu, program turut disusuli dengan ujian saringan air kencing yang dilaksanakan oleh petugas AADK. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha pencegahan dan pengesanan awal berkaitan penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar.

Program ini turut mendapat kehadiran Ketua AADK Daerah Rembau bersama enam (6) orang petugas AADK yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta membentuk generasi muda yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan bebas daripada ancaman dadah. Kerjasama strategik antara Kolej Komuniti Rembau dan AADK Daerah Rembau juga dapat diperkukuhkan melalui pelaksanaan program pencegahan seperti ini secara berterusan.




11/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Rembau (KKRB) yang telah menyertai International Food, Agriculture & Microbusiness Competition (iFAMB) 2026 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Penyertaan kali ini membuahkan hasil yang membanggakan apabila pelajar KKRB berjaya membawa pulang empat pingat menerusi inovasi yang dipertandingkan, iaitu Pingat Emas bagi EcoBan Mat, Pingat Perak bagi JomPonic Kit, serta Pingat Gangsa masing-masing bagi Zechar Pot dan EggGrow Pot. Turut bertanding ialah pasukan keusahawanan KKRB di bawah nama Rempah Ratu, yang turut membawa nama Kolej Komuniti Rembau dalam pertandingan tersebut.

Syabas diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah pembimbing atas komitmen, kreativiti dan usaha yang telah dicurahkan sehingga berjaya mengharumkan nama Kolej Komuniti Rembau di pentas pertandingan inovasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian dan inovasi hebat daripada warga KKRB pada masa akan datang.

Tahniah! Teruskan mencipta, berinovasi dan menginspirasi!




Pertandingan POLYCCSkills 2026 bagi bidang Fesyen Teknologi telah berlangsung selama dua hari dengan Kolej Komuniti Remb...
10/08/2026

Pertandingan POLYCCSkills 2026 bagi bidang Fesyen Teknologi telah berlangsung selama dua hari dengan Kolej Komuniti Rembau sebagai pengelola. Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada wakil kolej komuniti dan politeknik.




10/08/2026

Pertandingan POLYCCSkills 2026 bagi bidang Fesyen Teknologi telah berlangsung selama dua hari dengan Kolej Komuniti Rembau sebagai pengelola. Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada wakil kolej komuniti dan politeknik.



10/08/2026

6 OGOS 2026, Seramai 4 orang pelajar Kolej Komuniti Rembau telah menyertai Pertandingan Headgear “The Crown of Greenry : An Eco - Fashion Headgear Runway”.

Kolej Komuniti Rembau telah menghantar dua penyertaan bagi pertandingan tersebut yang diadakan di Stadium Hang J***t, Melaka bersempena Hari Landskap Negara Tahun 2026, bagi pertandingan ini kedua-dua penyertaan dari Kolej Komuniti Rembau telah menerima Hadiah Saguhati daripada pihak penganjur.

Tahniah diucapkan pada yang telah bertanding diharapkan pengalaman ini akan menjadikan satu semangat untuk pelajar berani tampil bertanding dipertandingan yang akan datang.




We are ready. Are you? 🤗POLYCCSKILS Tempat: Kolej Komuniti RembauTarikh: 3-6 Ogos 2026
31/07/2026

We are ready. Are you? 🤗

POLYCCSKILS

Tempat: Kolej Komuniti Rembau
Tarikh: 3-6 Ogos 2026




4 hari lagi..🎉POLYCCSKILLS💪
30/07/2026

4 hari lagi..

🎉POLYCCSKILLS💪



Program: PROGRAM IP NEXTGEN ACCELERATOR: MEMELIHARA TRADISI, MEMPERKASA NILAI. Tarikh: 21 Julai 2026. Tempat: Menara MyI...
30/07/2026

Program: PROGRAM IP NEXTGEN ACCELERATOR: MEMELIHARA TRADISI, MEMPERKASA NILAI.

Tarikh: 21 Julai 2026.
Tempat: Menara MyIPO, Petaling Jaya

Penglibatan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Rembau:

1) Fesyen designer : Muhammad Nur Aiman bin Baharudin

2) Model Kolej Komuniti Rembau: Puteri Anis Nabilah binti Mohamad Rezuan

3) Model MyIPO : Nurul Aina Qistina binti Hasnarizan

4) Model Chrysty Ng : Adriana Natasya binti Shahrizan

Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini




5 hari lagi🎉POLYCCSKILLS 💪
29/07/2026

5 hari lagi

🎉POLYCCSKILLS 💪

Address

KOLEJ KOMUNITI REMBAU
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Komuniti Rembau:

Share