Kelas Membaca_Teacher Aimi

Kelas Membaca_Teacher Aimi

Share

Kelas Membaca Melaka. Kelas Membaca Online. Playgroup Melaka. Playgroup Taiping.

29/04/2026

📚𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀📚

Jom uji pengetahuan anda!
Sempena program Jom Baca Bersama 10 Minit, kami bawakan kuiz santai berasaskan bahan pameran yang disediakan.

📖 Baca. Faham. Jawab.
💡 Uji ilmu anda tentang buku dan hak cipta!

Sertai sekarang dan cabar diri anda! 🔍
Klik di sini : https://forms.gle/aqgfGjGbmhU4J3Zb8







26/04/2026

Esok dah Isnin mommies,
Jom plan bento untuk anak-anak ke sekolah.

Semoga bermanfaat.

18/04/2026

Kelas Membaca kita buat bukan fokus membaca je tapi banyak skills lagi yang membantu anak dalam kemahiran membaca itu. Percaya ke percaya?

17/04/2026

Sebelum belaja membaca, kita fokus perkembangan kosa kata dan daya fokus anak-anak dulu. Nampak simple tiup fur ball je tapi anak belajar kawal emosi, kawal angin dan kawal pergerakkan mulut dengan betul. Tahniah!

11/04/2026

Anak dah 4 tahun tapi masih geli nak makan guna tangan sendiri, kadang anak berjengkit kaki dia sebab geli dengan lantai dapur yang sebenarnya bersih.

Apa kata ibu bapa bantu sendiri untuk sensori deria tangan /rasa melalui kulit anak.

Kadang anak reject buat sesuatu aktiviti, jangan kita push too hard. Bantu anak tanpa berikan tekanan yang drastik.

Bila anak tak okey satu-satu aktiviti tu, cuba kita beralih pada aktiviti yang lebih ringan dan santai.

Semoga bermanfaat ibu ayah!

28/03/2026

Esok bermula tugas rutin mak ayah menyiapkan anak-anak ke sekolah. Rutin pagi petang dan malam kembali sibuk ye...

Saya nak bantu mak ayah untuk mudah tak perlu fikir dah apa menu bekal anak, tinggal nak beli barang harini dan masak je di pagi hari.

Semoga membantu!

20/03/2026

JANGAN BERI ANAK SAYA DUIT RAYA -- Pelik sikit bapak macam ni. Kalau orang beri, pakcik pesan anak-anak salam dan ucap terima kasih atas hadiah yang diberi. Tapi pakcik pesan siap-siap, kita membudayakan hadiah dan silaturrahim tapi bukan dalam satu bentuk iaitu "duit". Jika diberi duit, memang ia satu keraian, tapi pakcik tak mahu anak-anak pakcik jadi budak lapar duit. Dari mereka kecil, duit raya mereka dikumpulkan untuk mereka buat charity dan belajar memberi.

Sebelum pakcik cerita perkara ini, pakcik disclaimer siap-siap. TAK SALAH NAK BUAT CUMA PAKCIK BUAT CARA LAIN. Itu cara pakcik yang pakcik tak cakap itulah cara terpaling betul dan yang buat itu terpaling salah. Lagipun benda ni bukan wajib kan?

Pakcik nak anak-anak pakcik membesar dan menghargai saudara maranya yang dia jumpa setahun sekali ada yang 5 tahun sekali atau lebih atas dasar nak duit raya. Pakcik nak anak-anak pakcik berkenal-kenalan dengan santunan tanpa ada rasa sedetik pun untuk sesuatu yang lain dari itu.

Awal dulu pakcik memang peruntukan beratus malah beribu ringgit untuk duit raya pada orang. Tapi pakcik perasan, orang terbeban nak p**ang balik duit raya pada anak-anak pakcik. Lagi-lagi budak kecik p**ak jenis dapat sampul terus intai isi dan terus CNN dan Aljazeera di situ jugak "Aku dapat RM10. Ni kalau berlaku pada anak pakcik, memang sebelum balik dah kena ketam dalam senyuman sampai biru.

Pakcik tak mahu duit raya jadi satu tanda status sosial. Pakcik takut ada yang tak mampu tapi terasa bersalah. Lagi anak pakcik semua kalau datang dah macam keretapi, Makcik kau subur pakcik pun s**a budak.

Pakcik ubah budaya sikit pada anak-anak pakcik untuk jangan berharap pada duit raya dan duit raya bukan untuk mereka tapi sekadar memanjangkan sumbangan pada orang yang lebih memerlukan. Nak duit raya beli mainan? beli makanan? beli buku? Itu tak payah tunggu duit raya, minta pada abah, nanti abah bagi JIKA benda itu perlu. Pakcik tak mahu DUIT RAYA itu memberi prerogatif perbelanjaan pergi pada individu dan memintas saluran minta izin pada Abah dan Mummynya. Budak dah ada duit sendiri, kalau yang dibelinya tu elok tak apa. Sebab yang elok abahnya dah belikan, maka mereka akan guna untuk beli barang yang kalau minta pada abah confirm tak dapat.

Benda tu zaman pakcik kecil dulu dah berlaku. Dapat duit raya jer terus pergi kedai Pak Kob main tikam-tikam, beli mercun dan beli Oren Botol. Semua tu kalau minta duit kat Ayah confirm lahum tak dapat siap jelingan maut.

UBAH BUDAYA, sebab dulu pakcik sempat membesar pada era 80-an yang atuk nenek pakcik masih klasik dan tradisional. Mengutamakan kualiti silaturrahim dan bukannya duit raya. Pakcik lihat sendiri dalam tautan kekeluargaan, duit raya diberi kepada kami anak-anak sebab kalau bagi pada bapak pakcik nanti bapak rasa dia malu jadi bahan charity. Tapi keluarga tahu kami orang miskin. Tak bagi terus pada emak dan ayah pakcik tapi beri pada anak-anak mereka kerana mereka tahu, duit beri pada anak-anak itu dikembalikan pada kebajikan keluarga.

Siap pesan, duit ni nanti bagi pada ayah dan emak buat beli makanan sama-sama makan atau beli buku belajar. Jangan membazir — siap tausiah ye Gen Z. Dulu Gen X dapat duit raya sekali tausiah.

Ubah budaya sikit, pakcik masih amalkan duit raya tapi beri bukan pada budak-budak tetapi beri pada orang-orang tua yang sudah tidak bekerja tapi masih ada tanggungan. Orang-orang susah yang kita lawati kerana mereka pun keluar duit nak menjamu keluarga pakcik yang datang macam keretapi. Bila mereka nak memberi semula untuk jaga air muka, pakcik beritahu anak-anak ambil dahulu. Dah sampai dalam kereta nak balik nanti intai dulu berapa dan jumlahkan. Kalau pemberian itu kiranya membebankan dan lebih dari apa kami beri, nanti pakcik masukkan dalam satu envelop lain untuk topup duit raya itu dan serah pada tuan rumah semula. Alasan "Ini dari Intan (makcik) p**ak". Kalau kita p**angkan balik duit raya diberi itu, nanti dia rasa kecil hati. Kalau kita tambah duit raya dia, itu sebenarnya literally p**ang balik duit tapi nampak macam kita beri.

Mereka pun rasa sudah memberi.
Kita pun sudah rasa macam memberi.
Dua-dua happy, dua-dua nyaman.

Lepas tu baru bagitahu anak-anak.
Pakcik tu bukan orang senang. Masa Abah kecil dulu dia sanggup susah payah nak belikan buku abah -- Cerita itulah pelajarannya.

Pakcik cerita ni bukan untuk hasut orang ikut cara pakcik. Dasar maklum dalam cerita ini ialah, jadikan duit raya sebagai pengikat kasih yang tidak membebankan. Bukan penyebab kita bagi salam, orang jawab dari dalam rumah "Rumah ni tiada orang".

Sebab itu, pakcik berhenti beri duit raya dan berhenti harap orang beri duit raya pada kanak-kanak zaman sekarang. Kanak-kanak zaman dulu boleh lagi bisik "Ni Pak Ngah bagi ni nanti serah pada Ayah tau". Pakcik cuma beri pada yang betul-betul perlu, itupun kalau dia elak-elak pakcik bagi pada anak mereka depan mak bapak dia.

Dapat maksud penyampaian?
Sila kongsi kalau setuju.
Tak setuju pun kongsi juga, wajib 😂

SAIFUL NANG
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

Notakaki : Dengan adanya AI ni pakcik selit gambar arwah anak pakcik Arman yang meninggal umur 4 bulan dulu jika dia membesar mukanya macam tu lah. Yang tersentil di bahu kiri pakcik tu. Anak syurga Down Syndrome. InsyaAllah ada rezeki pakcik, tahun depan dapat menantu p**a.

Photos from Kelas Membaca_Teacher Aimi's post 17/02/2026

Little Explorer Day at Melaka

Adventure is waiting around every corner, go explorer kids!

17/02/2026

Kita zaman gen Y kanak-kanak dulu selalu main masak-masak di belakang rumah nenek, petik-petik pokok hidup, kutip batu dan petik bunga tanaman nenek. Balik kampung adalah perkara yang paling menyeronokkan!

Tapi sekarang anak-anak gen alpha tak sempat nak pijak tanah kadang tu tak pernah petik bunga di pokok pun sebab kawasan rumah yang tanpa tanah dan tidak selamat. No worries parent, kami sediakan ruang dan peluang untuk anak-anak bermain dengan sihat!

16/02/2026

Be explore, be awesome kids!

Want your school to be the top-listed School/college in Paya Rumput?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Paya Rumput Perdana
Paya Rumput
76450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00