HEPA Unimap

Call Directions Website Contact the school

HEPA Unimap Menyalurkan maklumat kepada pelajar selain portal UniMAP Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UniMAP

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK II 2026/2027 (Feb/Mac 2027)...
24/09/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK II 2026/2027 (Feb/Mac 2027)

Berikut adalah lapan (8) Universiti Awam (UA) yang menawarkan saluran ambilan kedua bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik II 2026/2027:

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) : pengambilan.uitm.edu.my
2. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM):https://eadmission.iium.edu.my/
3. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/intake/
4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM): https://etasjilv2.usim.edu.my/
5. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM): https://www.utem.edu.my/kemasukan
6. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA): https://admission.umpsa.edu.my
7. ⁠UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP): https://e-kemasukan.unimap.edu.my
8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI): https://ebitara.upsi.edu.my/login

Jangan lupa ikuti 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk maklumat lanjut!

24/09/2026
23/09/2026

Edisi Khas Minggu Suai Kenal: Bersedia Melangkah ke Dunia Universiti!

Minggu Suai Kenal bukan sekadar memperkenalkan kampus, tetapi menjadi titik permulaan untuk mengenali dunia universiti, membina keyakinan, mencipta sahabat baharu dan mempersiapkan diri untuk perjalanan akademik yang bakal ditempuh.

Apa yang perlu mahasiswa baharu tahu sebelum memulakan kehidupan di UniMAP?
Apa yang boleh dijangkakan sepanjang Minggu Suai Kenal?
Dan bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan dunia universiti?

Jom ikuti UniMAP Podcast sempena Minggu Suai Kenal Sarjana Muda Sidang Akademik 2026/2027 dan dengarkan perkongsian yang pastinya membantu mahasiswa baharu melangkah dengan lebih yakin.

Selamat datang ke UniMAP!

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN CGPA 4.0. Anak sulung daripada lima beradik. Dan kini, langkah pertam...
22/09/2026

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN

CGPA 4.0. Anak sulung daripada lima beradik. Dan kini, langkah pertama ke menara gading.

UniMAP berkunjung ke kediaman Rosmalini Dalila Binti Rosli di Melor, Kelantan, bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian, FKTE malah UniMAP menjadi pilihan pertamanya.

Kecemerlangan dalam Asasi TVET dengan CGPA 4.0 menjadikan Rosmalini Dalila anak pertama dalam keluarga yang melangkah ke universiti. Di sebalik kejayaan itu, tersimpan doa, pengorbanan dan sokongan keluarga yang tidak ternilai.

Bagi membantu persediaan ke kampus, Bantuan Awal Pengajian KPT Prihatin dan UniMAP Prihatin turut disampaikan kepada beliau dan keluarga.

Kunjungan diketuai Dr. Farah Farhana Zainal, Pengarah PPP, bersama Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Bin Mohamad Khazali dan Dr. Rozilawati Binti Mahadi.

Tahniah Rosmalini Dalila! Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak impian yang bakal direalisasikan.

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN Dalam usaha mendekati bakal mahasiswa dan keluarga mereka, UniMAP ber...
22/09/2026

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN

Dalam usaha mendekati bakal mahasiswa dan keluarga mereka, UniMAP berkunjung ke kediaman Nurnisrina Binti Mohd Hazani di Pasir Mas, Kelantan, yang bakal mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bahan dan Metalurgi) dengan Kepujian, FKTK, UniMAP.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini menyimpan hasrat untuk berjaya dan membantu keluarga, khususnya ketika bapanya tidak lagi dapat bekerja akibat penyakit strok.

Bagi menyokong persediaan beliau ke alam pengajian tinggi, Bantuan Awal Pengajian melalui inisiatif KPT Prihatin dan UniMAP Prihatin telah disampaikan kepada keluarga.

Kunjungan diketuai Dr. Farah Farhana Zainal, Pengarah PPP, bersama Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Bin Mohamad Khazali, Timbalan Dekan HEPA FKC, dan Dr. Rozilawati Binti Mahadi, Timbalan Dekan HEPA FPK.

Tahniah!

22/09/2026

🎓 Baru dapat offer masuk IPT?

✅ Mohon Bantuan Awal IPT sekarang!
⏳ Dokumen boleh dilengkapkan dalam tempoh 3 bulan selepas daftar pengajian.
📚 Habis Semester 1, boleh mohon Bantuan IPT p**a.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Bantuan Awal IPT? Jom tanya Yaya, chatbot rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM. Klik link untuk tanya Yaya:
https://yp.maidam.gov.my/askypm/

📢 Kongsikan kepada rakan-rakan supaya tidak terlepas peluang ini.

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN Daripada Wakaf Bahru, Kelantan ke UniMAP, satu impian bakal direalisa...
22/09/2026

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN

Daripada Wakaf Bahru, Kelantan ke UniMAP, satu impian bakal direalisasikan.

Buat Nur Amanina Binti Ezzeroz, penerimaan tawaran ke Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa) dengan Kepujian di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi (FPK), UniMAP menjadi detik istimewa buat dirinya dan keluarga.

Anak bongsu daripada empat beradik ini turut mencipta sejarah tersendiri sebagai anak pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Bagi memastikan persediaan ke kampus berjalan lancar, Program Ziarah Kasih UniMAP hadir menyantuni keluarga Nur Amanina. Kunjungan yang diketuai Dr. Farah Farhana Zainal, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PPP), bersama Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Bin Mohamad Khazali, Timbalan Dekan HEPA FKC dan Dr. Rozilawati Binti Mahadi, Timbalan Dekan HEPA FPK, turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian melalui inisiatif KPT Prihatin dan UniMAP Prihatin.

Semoga bantuan dan kunjungan ini menjadi suntikan semangat buat Nur Amanina untuk melangkah ke alam pengajian tinggi dengan penuh yakin.

Tahniah Nur Amanina. Selamat datang dan selamat melakar kejayaan bersama UniMAP!

HARI BIASISWA 2026 HIMPUNKAN LEBIH 20 AGENSI PENAJA DI KOMBES MELAKAKementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurka...
22/09/2026

HARI BIASISWA 2026 HIMPUNKAN LEBIH 20 AGENSI PENAJA DI KOMBES MELAKA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Hari Biasiswa 2026 yang akan menghimpunkan lebih 20 agensi penaja daripada dalam dan luar negara di bawah satu bumbung.

Ia bakal memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat, khidmat konsultasi dan meneroka peluang penajaan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Orang ramai dijemput hadir ke Hari Biasiswa 2026seperti ketetapan berikut:

Tempat: Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Ayer Keroh, Melaka
Tarikh: 26 & 27 September 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.30 pagi sehingga 5.00 petang

Pelbagai aktiviti menarik akan disediakan untuk para pengunjung, antaranya ialah pameran penajaan yang membolehkan pengunjung berinteraksi secara langsung dengan wakil agensi penaja serta mendapatkan maklumat yang tepat mengenai syarat dan peluang penajaan.

Turut disediakan ialah khidmat konsultasi UPUOnline secara bersemuka bagi mendapatkan panduan mengenai laluan pengajian dan semakan kelayakan permohonan, selain demonstrasi kemahiran TVET.

Singgah Klebang pekena kelapa,
Beli cencaluk bawa p**ang;
Hari Biasiswa berlangsung di Melaka,
Mari kumpul ramai-ramai rebut peluang!

Mana lagi? Melaka ler!

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim




22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN Menerusi Program Ziarah Kasih UniMAP, kunjungan diteruskan ke kediama...
22/09/2026

22 September 2026 | ZIARAH KASIH UniMAP @ KELANTAN

Menerusi Program Ziarah Kasih UniMAP, kunjungan diteruskan ke kediaman Ayuni Binti Alias di Kota Bharu, Kelantan, bakal mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dengan Kepujian, Fakulti Komputeran Cerdas (FKC), UniMAP.

Anak kelima daripada tujuh adik-beradik ini berazam untuk mencapai kejayaan dan membanggakan kedua-dua ibu bapanya. Bapanya merupakan seorang pesara, manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.

Delegasi yang diketuai Dr. Farah Farhana Zainal, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PPP), bersama Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Bin Mohamad Khazali, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FKC, serta Dr. Rozilawati Binti Mahadi, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni FPK, turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian melalui inisiatif KPT Prihatin dan UniMAP Prihatin kepada keluarga Ayuni.

Semoga langkah Ayuni ke UniMAP menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang cemerlang, seterusnya membawa kejayaan dan kebanggaan buat keluarga.

22/09/2026

📢 HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE®️ LEPASAN STPM/SETARAF

Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE®️ bagi Sesi Akademik 2026/2027, keputusan boleh disemak bermula:

📅 Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 12.00 Tengah Hari

HINGGA

📅 Tarikh: 28 September 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 5.00 Petang

Semakan boleh dilakukan di platform berikut:
👉🏻 http://upu.mohe.gov.my
👉🏻 https://upu2.mohe.gov.my
👉🏻 Aplikasi UPUPOCKET
👉🏻 Aplikasi MyGOV

❗Pengesahan setuju terima tawaran bermula 25 September hingga 28 September 2026.

Jangan lupa ikuti 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk maklumat lanjut!


Address

Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam
Pauh
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049414435

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HEPA Unimap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to HEPA Unimap:

Shortcuts

Share