Persatuan Pelajar-Pelajar Pondok Pasir Tumboh

Persatuan Pelajar-Pelajar Pondok  Pasir Tumboh Membina ukhwah sesama insan.. DANA PEMBINAAN DIANGGARKAN SEBANYAK RM50,000.00..

SEBARANG PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN BOLEH DIRUJUK KEPADA:-
PENGERUSI PERSATUAN:-
UST.MUHAMMAD FIKRI BIN ABDULLAHLIN = 0194368270
SETIAUSAHA PERSATUAN:-
UST.MOHAMMAD SOBIRIN BIN NORDIN = 0194566526

๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐ก๐ž๐ข๐ค๐ก ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ ๐‡๐š๐ช๐ช๐ข๐ฒ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐›  ๐‘๐ฎ๐ก๐ฎ๐ฅ ๐๐š๐ฒ๐š๐ง ๐Ÿ๐ข ๐ญ๐š๐Ÿ๐ฌ๐ข๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ'๐š๐ง:๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐š๐ข๐ฒ๐ฒ๐ข๐๐ฎ๐ง๐š ๐”๐ฆ๐š๐ซ ๐€๐ฅ-๐Š๐ก๐š๐ญ๐ญ๐š๐› ๐‘๐€:ู„ูˆู„ุง ุญุจ ุงู„ูˆุทู† ู„...
31/08/2024

๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐ก๐ž๐ข๐ค๐ก ๐ˆ๐ฌ๐ฆ๐š๐ข๐ฅ ๐‡๐š๐ช๐ช๐ข๐ฒ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ข๐ญ๐š๐› ๐‘๐ฎ๐ก๐ฎ๐ฅ ๐๐š๐ฒ๐š๐ง ๐Ÿ๐ข ๐ญ๐š๐Ÿ๐ฌ๐ข๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐ฎ๐ซ'๐š๐ง:

๐Š๐š๐ญ๐š ๐’๐š๐ข๐ฒ๐ฒ๐ข๐๐ฎ๐ง๐š ๐”๐ฆ๐š๐ซ ๐€๐ฅ-๐Š๐ก๐š๐ญ๐ญ๐š๐› ๐‘๐€:

ู„ูˆู„ุง ุญุจ ุงู„ูˆุทู† ู„ุฎุฑุจ ุจู„ุฏ ุงู„ุณูˆุก ูุจุญุจ ุงู„ุงู”ูˆุทุงู† ุนู…ุฑุช ุงู„ุจู„ุฏุงู†

๐Š๐š๐ฅ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ก ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ค๐š๐ง ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐š๐ข๐ซ ๐ง๐ž๐ฌ๐œ๐š๐ฒ๐š ๐›๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ค ๐›๐ข๐ง๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š. ๐Œ๐š๐ค๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ข ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐š๐ข๐ซ, ๐ฆ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ๐ฅ๐š๐ก ๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š-๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ,Ya ALLAH Berita sedih buat semua anak anak murid dn masyarakat penuntut il...
10/08/2024

ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
,Ya ALLAH Berita sedih buat semua anak anak murid dn masyarakat penuntut ilmu,Antara Ulama tasawwuf yg tua sudah tinggalkan kita,Sesungguhnya dn smoga darjat GURU kami pasti sudah tinggi disisi ALLAH TAALA,Alfatihah๐Ÿ˜ข

Ayahanda kepada almarhum Tuan Guru Hj Atiqullah Pondok Pasir Tumboh Tok Guru Haji Yaakub Keramatatau nama sebenarnya Haj...
22/07/2024

Ayahanda kepada almarhum Tuan Guru Hj Atiqullah Pondok Pasir Tumboh

Tok Guru Haji Yaakub Keramat
atau nama sebenarnya Haji Yaakub bin Awang adalah antara ulama yang hidup pada pertengahan kurun ke-20. Beliau dikenali dengan gelaran berkenaan dipercayai disebabkan pelbagai pengalaman luar biasa yang dikaitkan terhadap beliau selain doanya yang dikatakan mustajab.

Beliau dilahirkan di Kampung Teras Besar Mentuan, Kota Bharu sekitar 1900 dan meninggal dunia pada 4 Jun 1963 iaitu ketika berusia 63 tahun. Ketika berusia hampir 30 tahun, beliau berpindah dari kampung kelahirannya untuk membuka pusat pengajian pondok di Kangpung Gong Serai, Pasir Puteh dan terus menetap di situ. Kerana kemasyhurannya, Kampung Gong Serai pernah dikenali sebagai Kampung Tok Guru Haji Yaakub.

Haji Yaakub dilahirkan daripada keluarga sederhana di Kota Bharu. Ibunya ialah Mak Wan Nah yang keturunannya dikatakan berasal dari Terengganu manakala bapanya, Awang dan datuknya, Wan Bakar bin Abdul Latif dipercayai berasal dari Kampung Padang Bemban, Kota Bharu.

Ayah beliau yang dikenali sebagai โ€œlebaiโ€ ialah seorang yang bercita-cita ingin melihat anak-anaknya berjaya seperti mereka. Hasrat dan doa beliau akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T. apabila kesemua anaknya iaitu Haji Yusuf, Haji Mohamad, Haji Yaakub, Wan Ismail menjadi alim ulama yang disegani masyarakat.

Kehidupan Berumah Tangga
Haji Yaakub dikatakan memiliki tiga isteri iaitu isteri pertama, Wan Fatimah binti Wan Sulaiman, isteri kedua ialah Esah@Bidah binti Haji Salleh dan Fatimah binti Kundor.

Isteri pertamanya dikahwini ketika dia sedang belajar di Pondok Kenali. Wan Fatimah ialah bekas isteri abangnya, Haji Mohamad yang meninggal dunia di Makkah. Haji Yaakub dikatakan mengahwini bekas isteri abangnya itu bagi melaksanakan wasiat yang ditinggalkan oleh Haji Mohamad.

Usia Wan Fatimah lebih tua daripada Haji Yaakub dan sudah memiliki dua anak perempuan bersama bekas suaminya iaitu Selamah dan Mek ketika mula dikahwini. Perkahwinan Haji Yaakub dengan Wan Fatimah kemudiannya dianugerahkan empat anak iaitu Zaharah, Ahmad Tajuddin, Saadah dan Hasanah.

Semasa mengahwini Esah, Haji Yaakub berusia sekitar 40 tahun dan isteri keduanya itu berusia sekitar 14 tahun. Majlis akad dilangsungkan secara wakil berikutan Haji Yaakub ketika itu dikatakan masih berada di Makkah kerana menuntut ilmu. Esah kemudiannya menemui Haji Yaakub di Makkah dan mereka tinggal bersama anak tiri Esah iaitu Haji Ahmad Tajuddin di situ.

Haji Ahmad Tajuddin dibawa oleh Haji Yaakub untuk menuntut ilmu di Makkah ketika berusia sembilan tahun. Ketika di Makkah, rakan sebaya Haji Ahmad Tajuddin, Mohamad Ridzuan Haji Salleh turut menumpang bersama keluarga itu dan menganggap Haji Yaakub sebagai bapa angkatnya.

Perkongsian hidup antara Haji Yaakub dengan Esah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Rahimah, Ubaidah, Atiqullah, Maziyah. Siti Alawiah, dan Mohd Naim.

Perkahwinan ketiga Haji Yaakub p**a berlangsung selepas isteri pertama beliau meninggal dunia. Ketika mengahwini Fatimah binti Kundur, Haji Yaakub dikatakan berusia hampir 50 tahun manakala isteri ketiganya itu berusia sekitar 17 tahun. Fatimah berasal dari Kampung Gaal, Pasir Puteh. Pasangan berkenaan memiliki empat anak iaitu Ahmad Najmuddin, Jalillah, Bashara Hafi, dan Ahyauddin.

Pendidikan
Haji Yaakub dikatakan turut berguru dengan ramai tokoh agama tempatan, antaranya ialah Tok Kenali dan Tok Kemboja yang dikatakan menjadi bapa angkat beliau. Beliau juga pernah berguru dengan Haji Ali Pulau Pisang sepanjang beliau merantau ke Kedah dan Makkah pada 1935.

Tok Kenali ialah gurunya yang paling lama dan dipercayai selama lebih 10 tahun bahkan Haji Yaakub antara murid yang menjadi kesayangan Tok Kenali. Tidak seperti ulama lain, Haji Yaakub pergi ke Makkah pada usia yang agak lewat iaitu ketika usianya sekitar 40 tahun. Di sana, beliau sempat berguru dengan ramai tokoh ulama antaranya ialah Pak Daโ€™ Ali Patani, Sayyid Alami, Datuk Shafie Kedah, Tok Sheikh Hanid, dan Haji Noh Guru Qiraat. Semasa menuntut daripadah Haji Noh, Haji Yaakub mendalami ilmu Qiraat sehingga dapat menguasai Qiraat Sabโ€™ah.

Haji Yaakub kemudiannya kembali ke tanah air ketika usianya hampir mencecah 50 tahun. Ketika itu, perang dunia kedua baru meletus dan beliau kembali menaiki kapal laut yang dikawal ketat. Selepas kembali ke tanah air, Haji Yaakub tidak meneruskan pengajaran agama secara pondok, sebaliknya hanya mengajar kitab-kitab jawi seperti Musalli, Matlailbadrin, Faridah, dan lain-lain kepada penduduk tempatan di dua madrasah beliau.

Selain itu, beliau sering kali dijemput masyarakat setempat bagi memyampaikan pengajaran agama di surau dan madrasah sekitar Gong Serai, Permatang Sungkai, Permatang Rambai, dan Pasir Puteh.

Sumbangan
Haji Yaakub Berpindah ke Kampung Gong Serai pada 1927 ketika usianya hampir menjangkau 30 tahun. Ketika itu beliau baru memperoleh zuriat kedua daripada isteri pertamanya iaitu Haji Ahmad Tajuddin.

Perpindahannya ke kampung berkenaan adalah kerana meraikan permintaan penduduk kampung berkenaan yang inginkan seorang ulama bagi memberi pengajaran agama kepada mereka. Penduduk setempat juga menyediakan sebidang tanah sebagai tapak rumah dan surau.

Dengan terbinanya rumah dan surau berkenaan, maka bermulalah tugas Haji Yaakub menyampaikan pengajaran agama. Beliau menyampaikan ilmu dalam pelbagai bidang antaranya al-Quran, Tauhid, dan Fiqh. Surau beliau kemudiannya menjadi tumpuan orang ramai bahkan dikunjungi pihak luar yang ingin mendalami ilmu agama.

Pelajar dari luar kemudiannya membina pondok sekitar surau dan sekurang-kurangnya dipercayai terdapat 10 pondok. Selain itu, terdapat juga pelajar yang berulang-alik mengikuti kuliah Haji Yaakub. Antara pelajar Haji Yaakub dikatakan datang dari Terengganu dan Pahang.

Kegemilangan Pindok Kampung Gong Serai hanya dapat bertahan kira-kira 10 tahun apabila Haji Yaakub kemudiannya mengambil keputusan untuk ke Makkah bagi menunaikan fardu haji dan mendalami ilmu agama. Selepas pemergiannya, pengajian di pondok berkenaan diamanahkan kepada muridnya iaitu Haji Yakob Kecik Sungai Kelong.

Dua tahun kemudian, Haji Yakob Sungai Kelong berhijrah mengikut warisnya ke Thailand dan membuka pondok di sana. Berikutan itu, Pondok Kampung Gong Serai terbiar dan selepas Haji Yaakub p**ang ke tanah air, beliau hanya mengajar di madrasah sahaja. Haji Yaakub menabur bakti kepada penduduk setempat selama lebih 20 tahun sebelum kembali ke rahmatullah pada 4 Jun 1963 pada usia kira-kira 63 tahun.

Peribadi dan Keramat
Penghijrahan Haji Yaakub ke Kampung Gong Serai banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat. Selain pengajaran agama, Haji Yaakub menjadi tempat rujukan dan penyelesaian masalah kepada penduduk di kampung berkenaan.

Demikian itu kerana beliau diketahui umum sebagai individu yang memiliki keramat dan mampu melakukan pelbagai perkara luar biasa seperti menunjukkan barang penduduk yang hilang. Selain menyelesaikan pelbagai masalah, beliau tidak pernah menghampakan permintaan penduduk yang meminta pertolongan daripadanya.

Penduduk percaya kelebihan yang terdapat pada ulama itu satu kurniaan Allah S.W.T. berikutan Haji Yaakub seorang yang alim dan kuat beribadat. Dalam satu kisah, diceritakan bahawa terdapat segelintir penduduk yang melakukan kerja-kerja jahat tidak berpuas hati terhadap beliau kerana keramatnya menyebabkan golongan pencuri tidak dapat bermaharajalela di kampung berkenaan. Seorang lelaki daripada golongan berkenaan cuba memukulnya dengan buluh, tetapi sebaik saja dia ingin berbuat demikian, lelaki itu lumpuh serta merta. Lelaki itu kemudiannya meminta maaf kepada Haji Yaakub.

Dalam satu kisah lain, seorang pemandu bas dengan sengaja tidak memberhentikan kenderaan apabila ditahan oleh Haji Yaakub yang ingin p**ang ke Kampung Gong Serai. Di pertengahan jalan, enjin bas berkenaan mati dan tidak dapat dihidupkan walaupun pelbagai cara dilakukan.

Setelah habis ikhtiar, pemandu berkenaan menjangkakan masalah itu berkaitan dengan Haji Yaakub. Lalu dia segera menghantar kenderaan lain untuk menjemput ulama berkenaan dan sebaik Haji Yaakub tiba, bas berkenaan dapat dihidupkan semula.

-๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ-Pengajian Kitab๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—• ๐—™๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ๐——๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—›๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—ก WA FARHATUL MUJTADINbacaan ๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ตPembacaUstaz Moh...
06/06/2024

-๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ-

Pengajian Kitab
๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—• ๐—™๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ๐——๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—›๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—ก WA FARHATUL MUJTADIN
bacaan ๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ต

Pembaca
Ustaz Mohd Razin Rozilan
Pondok Pasir Tumboh
Pondok Madrasah An-Nur

Pengarang Asal
๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—• ๐—™๐—”๐—ฅ๐—”๐—œ๐——๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—จ๐—›๐—ง๐—”๐——๐—œ๐—ก oleh Syeikh Ahmad Al-Fathoni

Siri 01 [MULA]
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/198657223285424

Siri 02
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1671455860044061

Siri 03
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/342356315184041

Siri 04
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/2040727769636498

Siri 05
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/3671636693162555

Siri 06
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/358713773436906

Siri 07
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/586381447000913

Siri 08
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/893509179124230

Siri 09
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1563659414436850

Siri 10
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/837294318084911

Siri 11
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/700139688856446

Siri 12
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1075673890344047

Siri 13
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/399335622556580

Siri 14
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/404377842075988

Siri 15
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/704785968527532

Siri 16
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1133787351197470

Siri 17
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/951720246424202

Siri 18
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/355062410357238

Siri 19
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/920744313124707

Siri 20
https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1330179101183498

Siri 21 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1821000091749988

Siri 22 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/936773047944133

Siri 23 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1273699613950276

Siri 24 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/762219239401281

Siri 25 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/2497646563740732

Siri 26 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/332749526321602

Siri 27 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/866835538805329

Siri 28 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/978003613699141

Siri 29 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1575813609651484

Siri 30 https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/437685862387124

Siri 31 [KHATAM] https://www.facebook.com/ulangkaji.faraid/videos/1615118819310531

=======================

Link Pengajian Kitab
๐—ž๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—น-๐— ๐˜‚๐—ต๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ Pada Menerangkan Cahaya ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฎ๐—น-๐— ๐˜‚๐—ฏ๐˜๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ
bacaan ๐—•๐—ฎ๐—ฏ ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ต
https://www.facebook.com/photo/?fbid=7126025130759645&set=a.392244020804490

=======================

Ikuti page UlangKaji Faraid


[SeriSpesialRamadan #19 | Interaksi Ulama terhadap Al-Qurโ€™an di Bulan Ramadan]Dan masih banyak lagi ulama lainnya yang b...
22/03/2024

[SeriSpesialRamadan #19 | Interaksi Ulama terhadap Al-Qurโ€™an di Bulan Ramadan]

Dan masih banyak lagi ulama lainnya yang belum tercatat. Meski mungkin kita sulit menyaingi beliau-beliau tapi minimal kita meniru semangat dalam membaca Al-Qurโ€™an di bulan Al-Qurโ€™an ini. Karena,

ูุชุดุจู‡ูˆุง ุฅู† ู„ู… ุชูƒูˆู†ูˆุง ู…ุซู„ู‡ู… .. ูุฅู† ุงู„ุชุดุจู‡ ุจุงู„ูƒุฑุงู… ูู„ุงุญ
Tirulah/serupailah mereka (para ulama), meski kalian tidak mungkin bisa semisal mereka. Itu karena menyerupai orang-orang mulia merupakan sebuah keberuntungan.

DEMI UMMAH...๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’šุฑุญู…ู‡ู… ุงู„ู„ู‡ ูˆุฃุณูƒู†ู‡ู… ูุณูŠุญ ุฌู†ุชู‡BERHIJRAH KE NEGERI LAIN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU1. Almarhum Tuan Guru Syeikh...
18/03/2024

DEMI UMMAH...๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š
ุฑุญู…ู‡ู… ุงู„ู„ู‡ ูˆุฃุณูƒู†ู‡ู… ูุณูŠุญ ุฌู†ุชู‡
BERHIJRAH KE NEGERI LAIN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU

1. Almarhum Tuan Guru Syeikh Osman Jalaluddin (Atas). KELANTAN โžก๏ธ PULAU PINANG (Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, P. Pinang)

2. Almarhum Tuan Guru Hj Omar Zuhdi @ TOK AYAH (Kiri). KELANTAN โžก๏ธ KEDAH (Madrasah Misbah Al-Falah, Baling, Kedah)

3. Almarhum Tuan Guru Hj Hasyim (Kanan). KEDAH โžก๏ธ KELANTAN

๐ŸŒนKetiga2 mereka mengekalkan loghat negeri kelahiran masing2 walaupun berpuluh2 tahun berhijrah.

IHSAN: Madrasah Manabi Ul Ulum Penanti (Official)

16/05/2023

ูŠูˆู… ู…ุนู„ู… ุณุนูŠุฏ

Selamat Hari Guru dan terima kasih diucapkan kepada seluruh guruยฒ, asatizah, tok guru diseluruh dunia amnya dan di Pondok Pasir Tumboh khususnya yang telah banyak membimbing umat.

Pelajar tidak akan dapat ilmu dan manfaatnya kecuali dengan memuliakan ilmu dan ahli ilmu yakni para guruยฒ dan asatizah.

Seperti mana kata Sheikh Az-Zarnuujiy dalam kitab Ta'liim wa Muta'alim

ู…ุง ูˆุตู„ ู…ู† ูˆุตู„ ุฅู„ุง ุจุงู„ุญุฑู…ุฉ ูˆู…ุง ุณู‚ุท ู…ู† ุณู‚ุท ุฅู„ุง ุจุชุฑูƒ ุงู„ุญุฑู…ุฉ ูˆุงู„ุชุนุธูŠู…

Takkan sampai seseorang apa yang dituntut melainkan dengan hormat (guru), takkan jatuh seseorang daripada martabat yang tinggi melain dengan meninggalkan hormat dan memuliakan guru.

Kata Saiyyiduna 'Ali bin Abi Talib dalam kitab Ta'liim wa Muta'alim

ุฃู†ุง ุนุจุฏ ู…ู† ุนู…ู„ู†ูŠ ุญุฑูู‹ุง ูˆุงุญุฏู‹ุง ุฅู† ุดุงุก ุจุงุน ูˆุฅู† ุดุงุก ุงุนุชู‚ ูˆุฅู† ุดุงุก ุงุณุชุฑู‚ู‘

Aku adalah hamba bagi orang yang mengajarkan aku satu huruf jika dia hendak boleh jual aku, boleh bebaskan aku dan boleh jadikan aku hamba.

Selaras dengan sabda Nabi ๏ทบ

ู…ู† ุนู„ู… ุนุจุฏู‹ุง ุขูŠุฉ ู…ู† ูƒุชุงุจ ุงู„ู„ู‡ ูู‡ูˆ ู…ูˆู„ุงู‡

Barangsiapa mengajar seorang hamba sebahagian ayat daripada kitab Allah (Al-Qur'an) maka dia adalah tuannya.

Dikatakan Saiyyiduna 'Ali bin Abi Talib menyandungkan sebuah syair

ุฑุฃูŠุช ุฃุญู‚ ุงู„ุญู‚ ุญู‚ ุงู„ู…ุนู„ู… * ูˆุฃูˆุฌุจู‡ ุญูุธุง ุนู„ู‰ ูƒู„ ู…ุณู„ู…

ู„ู‚ุฏ ุญู‚ ุฃู† ูŠู‡ุฏู‰ ุฅู„ูŠู‡ ูƒุฑุงู…ุฉ * ู„ุชุนู„ูŠู… ุญุฑู ูˆุงุญุฏ ุฃู„ู ุฏุฑู‡ู…

Menurutku hak yang paling berhak untuk dipenuhi adalah hak guru*
Dan hak paling wajib dijaga keatas setiap Muslim
Sesungguhnya dia berhak diberi hadiah seribu dirham*
Kerana mengajarkan satu huruf sebagai bentuk kemuliaan.

Kata Imam Sadiiddudiin As-Syairoziy

ู‚ุงู„ ู…ุดุงูŠุฎู†ุง : ู…ู† ุฃุฑุงุฏ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุงุจู†ู‡ ุนุงู„ู…ุง ููŠู†ุจุบูŠ ุฃู† ูŠุฑุงุนูŠ ุงู„ุบุฑุจุงุก ู…ู† ุงู„ูู‚ู‡ุงุกุŒ ูˆูŠูƒุฑู…ู‡ู… ูˆูŠุนุธู…ู‡ู… ูˆูŠุนุทูŠู‡ู… ุดูŠุฆุงุŒ ูุฅู† ู„ู… ูŠูƒู† ุงุจู†ู‡ ุนุงู„ู…ุง ูŠูƒูˆู† ุญุงูุฏู‡ ุนุงู„ู…ุง

Kata guruยฒ kami: barangsiapa hendak anaknya jadi alim maka sepatutnya menghormati para alim, memuliakan, membesarkan dan memberikan mereka hadiah. Jika anaknya tidak jadi alim nescaya cucunya menjadi alim.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua guruยฒ kami sama ada yang masih hidup dan telah meninggal dunia.

ุฌุฒุงูƒู… ุงู„ู„ู‡ ุฎูŠุฑุง ุฌุฒุงุก ูˆู†ุณุฃู„ูƒ ุฃู† ูŠุบูุฑู‡ู… ุฐู†ูˆุจู‡ู… ูˆูŠุญูุธู‡ู… ูˆูŠุฏุฎู„ู‡ู… ุงู„ุฌู†ุฉ ู…ุน ุงู„ุฃุจุฑุงุฑ ู…ู† ุงู„ู†ุจูŠูŠู† ูˆุงู„ุตุฏูŠู‚ูŠู† ูˆุงู„ุดู‡ุฏุงุก ูˆุงู„ุตุงู„ุญูŠู† ูˆุญุณู† ุฃูˆู„ุฆูƒ ุฑููŠู‚ุง ุงู„ู„ู‡ู… ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡Untuk makluman semua.Yang Mulia Dato' Paduka Tuan Guru Hj Wan Muhammad Bin Wan Osman Mudir  Pondo...
15/04/2023

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡
Untuk makluman semua.

Yang Mulia Dato' Paduka Tuan Guru Hj Wan Muhammad Bin Wan Osman Mudir Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu Kelantan telah kembali ke rahmatullah lebih kurang pukul 8.15am sebentar tadi .

Solat jenazah lepas asar

Sekian , terima kasih.

Assalamualaikum wbt. Kami telah mendapat perkhabaran dan maklumat drpd shbt Pasir Tumboh bahawa AF.TG Ust.Wan Muhammad b...
14/04/2023

Assalamualaikum wbt.

Kami telah mendapat perkhabaran dan maklumat drpd shbt Pasir Tumboh bahawa AF.TG Ust.Wan Muhammad bin Wan Osman (Tg Ust Mad Tendong), mudir Pondok Pasir Tumboh sedang dalam keadaan sakit tenat

Mohon didoakan keafiatan Tok Guru drpd sahabatยฒ semua.

Semoga Allah SWT memberi kesembuhan buat tuan guru in Sha allah

Lagi Kuliah Buya Yahya sekitar Kelantan di Masjid Muhammadi. Samaยฒ kita raikan kedatangan Ulama. Moga beroleh keberkatan...
06/03/2023

Lagi Kuliah Buya Yahya sekitar Kelantan di Masjid Muhammadi. Samaยฒ kita raikan kedatangan Ulama. Moga beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah..

Alhamdulillah..Kuliah Subuh bersama Al Mukarram Buya Yahya Hafizohullah di Kelantan. Ayuh para pencinta ฤฐlmu dan Ulama. ...
05/03/2023

Alhamdulillah..Kuliah Subuh bersama Al Mukarram Buya Yahya Hafizohullah di Kelantan. Ayuh para pencinta ฤฐlmu dan Ulama. Zahirkan kecintaan kalian pada Alim Ulama...

Address

Pasir Tumboh
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pelajar-Pelajar Pondok Pasir Tumboh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share