18/08/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS WIRA DAN WIRAWATI SMK PADANG PAK AMAT! 🏆
Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada dua orang murid Pendidikan Khas SMK Padang Pak Amat atas kejayaan membanggakan dalam Karnival Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 17 Ogos 2026 bertempat di PPD Bachok.
🥈 1. Alya Zahra Nasyitah binti Mohd Ariff
Naib Johan Stacking Cup Kategori SD
🏆 Disiplin 333
🏆 Disiplin 363
🏆 Disiplin Cycle
🥈 2. Raja Ammar bin Raja Annuar
Naib Johan Badminton B19 Kategori Fizikal
Kejayaan ini membuktikan bahawa murid Pendidikan Khas juga mampu menyerlah dalam bidang sukan melalui semangat juang, disiplin, usaha dan keyakinan diri. 💪🌟
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada guru-guru pembimbing, jurulatih serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Padang Pak Amat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. 💙💛
TERUS BERUSAHA, TERUS CEMERLANG!
BERUSAHA • MENCAPAI • WAWASAN