06/05/2026
Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) atas sumbangan sebuah pencetak 3D yang amat bernilai dan signifikan kepada pihak sekolah. Sumbangan ini bukan sahaja melambangkan keprihatinan korporat, malah menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa pendidikan berteraskan teknologi dan inovasi dalam kalangan warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan khusus kepada CEO MRL, Dato’ Sri Darwis Abdul Razak, atas komitmen, visi dan sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan negara. Keprihatinan beliau jelas terserlah dalam memastikan generasi muda tidak ketinggalan dalam arus Revolusi Industri seiring dengan perkembangan pesat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menjadi kebanggaan tanah air.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada wakil MRL, Ts. Sulaiman (Jurutera Projek), Ts. Hafizi Najihie (Jurutera Projek), Safwan Mahari (Pegawai Perhubungan), Faris Abdillah (Pegawai Tanah) dan bersama pasukan ECRL Seksyen 2, atas komitmen dalam merealisasikan sumbangan ini. Perkongsian ilmu serta penerangan yang diberikan berkaitan projek ECRL turut membuka minda dan memberi inspirasi kepada warga sekolah, khususnya murid-murid, untuk lebih mengenali dunia kejuruteraan dan teknologi.
Tidak dilupakan, penghargaan turut dirakamkan kepada Sejiwa Digilab atas kerjasama strategik dan sokongan yang diberikan.
Pihak SK Bukit Jawa merakamkan, harapan agar sumbangan yang amat bermakna ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan kemenjadian murid, merangsang kreativiti serta inovasi, dan seterusnya memperkukuh agenda pendigitalan di SK Bukit Jawa. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan yang lebih gemilang, progresif dan berdaya saing pada masa hadapan.