20/04/2026
PENGUMUMAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU 2026 (PEREMPUAN SAHAJA)
Pusat Pengajian Ahsanul Ulum, Puncak Alam, Selangor
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pengambilan pelajar baharu dibuka dengan ketetapan berikut:
• Terhad: 15 orang (selepas Hari Raya Aidiladha)
• Program:
• Tahfiz al-Quran (9–13 tahun)
• Pengajian Kitab Turath (13–25 tahun)
• Syarat umur: 9 hingga 25 tahun
• Kemudahan:
• Tempat terhad bagi golongan asnaf
• Diskaun adik-beradik disediakan
⸻
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
• Ustazah Nabila: 019-2571716
• Ustazah Hayani: 011-57677014
• Ustazah Husna: 014-2201623
Terima kasih.
27/10/2024
Kalau Nabi ﷺ ada kuasa boleh dengar, nescaya tidak perlu wahyu dari Allah Ta’ala. Akidah dalam Al Quran sudah jelas, bahawa yang ada kuasa mendengar tu adalah Allah Ta’ala. Sbb tu disuruh kita kembali rujuk Al Quran dan As-Sunnah.
24/10/2024
Perbuatan, perkataan dan akidah syirik menafikan
Kalimah Tauhid
لا إله إلا الله
23/10/2024
Penjelasan Hakikat perpecahan umat melalui firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Mu’minun
فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ • فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ • أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ • نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ ۚ بَل لَّا يَشْعُرُونَ •
Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
[Surah Al-Mu’minun:53-56]
Penjelasan ayat,
Ringkasan dari ayat 53 hingga ayat 55 : “Perpecahan umat berlaku kerana kekeliruan tentang masalah Tauhid, iaitu kerana kesyirikan dan terpedaya dengan kesenangan hidup yang melimpah ruah sebagai petanda baik bahawa bawakannya adalah benar”.
Al Baghwi dalam kitabnya berkata: “Kemudian mereka berpecah belah dalam urusan mereka iaitu “urusan agama mereka”, “lalu mereka berpecah-belah secara berpuak-puak, ada jadi yahudi, jadi nasrani, jadi majusi dan sebagainya” Perkataan زُبُرًا bermaksud “Berpuak-puak, berpotongan-potongan, bermacam ragam”,… Beliau menambah: “Al Qatadah dan Mujahid berkata: زُبُرًا bermaksud kitab-kitab ertinya setiap golongan berpegang kepada kitab selain kitab yang dipegang oleh golongan yang lain”..
Ibn Katsir dalam kitabnya berkata: “Maksud كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ iaitu: mereka bergembira dengan kesesatan yang mereka ada; Kerana mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.. Oleh kerana itulah Allah Ta’ala berikan kecaman dan ancam keatas mereka: "فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّىٰ حِينٍ " (Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.)”
Al Baghwi berkata : Ibn Abbas berkata: “Maksud غَمْرَتِهِمْ adalah dalam kekufuran mereka dan kesesatan mereka”, dikatakan “dalam kebutaan mereka, dalam kelalaian mereka”
Penerangan ayat 55 dan 56 dari Tafsir Al Mukhtasor: “Apakah golongan-golongan yang merasa bangga dengan golongannya itu mengira bahwa apa yang Kami kurniakan pada mereka, berupa harta dan anak-anak di kehidupan dunia ini, merupakan kebaikan yang disegerakan lagi berhak mereka terima?! Nyatanya, tidaklah seperti yang mereka sangka, sebab Kami kurniakan semua itu sebagai bentuk istidrāj, akan tetapi mereka tidak menyedarinya sedikit pun.”
p/s: Mungkin perpecahan umat ibarat seperti gambar aneka kueh dibawah.
22/10/2024
Akidah Ahlul Syirk Wal Jama’ah.
Syirik bermula dengan amalan bid’ah. Kemudian dijadikan ruh wali-wali sebagai tempat diminta doa hajat dan doa perlindungan. Setidak-tidak pun, boleh memberikan kemuliaan atau pengaruh yang dapat membantu mereka terlepas dari malapetaka siksaan hari Akhirat.
Seperti firman Allah Ta’ala,
وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا
Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
[Surah Maryam:81]
Penjelasan lafaz عِزًّا :
1. Disebut dalam Tafsir Jalalain bahawa maksudnya ialah pemberi-pemberi syafaat (yang boleh mendesak kuasa mutlak syafaat) disisi Allah Ta’ala agar mereka tidak diazabkan.
2. Berkata Al Qurtubiy dalam kitabnya, “al-izz iaitu penolong-penolong atau halangan/kekebalan pengaruh iaitu (pengaruh sebagai) anak-anak (peganti kuasa Tuhan)… (selanjutnya beliau berkata:) Tujuannya agar mereka mendapat kemuliaan, lalu dapat menghalang mereka dari azab Allah Ta’ala.
3. Begitu juga dalam tafsir al-Baghwi, “Al-Izz iaitu sebagai pengaruh / kekebalan sehingga dapat menjadi pemberi-pemberi syafaat mereka yang boleh menghalang mereka dari azab Allah Ta’ala.