Sek Men Keb Tok Janggut

Sek Men Keb Tok Janggut

Share

HIDUP BIARLAH BERJASA Iaitu menyeru semua pihak guru, pelajar dan ibu bapa mengembleng tenaga untuk berbakti bagi meningkatkan mutu pendidikan.

Guru-guru yang komited dan berjasa dapat membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, emosi dan rohani. Para pelajar p**a dikatakan berjasa apabila mereka menjadi seseorang yang berdisplin, berakhlak dan cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Ibu bapa berperanan dalam pendidikan dengan menentukan anak-anak mereka belajar berterusan ketika di rumah serta memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

Photos from Sek Men Keb Tok Janggut's post 21/01/2016
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Selamah & Pn. Norzeha 30/01/2015

JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG

Photos 18/12/2014
16/05/2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum ....
Selamat Hari Guru buat para pendidik,
Yang tak Pernah jemu mendidik anak Bangsa,
Menjadi insan berguna.
Jasamu Dikenang.
terima kasih Cikgu .....

10/01/2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. Diharapkan dengan bermulanya penggal baru persekolahan ini, pelajar-pelajar dan guru-guru akan lebih memantapkan usaha dalam meningkatkan kejayaan dalam pencapaian akademik dan sahsiah diri. Galaslah tanggungjawab dengan lebih beretika serta ikhlas dalam melakukan setiap tugas serta cabaran yang mendatang.

Kepada pelajar-pelajar, teruskan usaha anda supaya dapat meningkatkan mutu kejayaan dalam diri anda sendiri. Ingatlah setiap pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru mu. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh agar suatu masa nanti kalian boleh membalas jasa dan usaha mereka.

Kepada guru-guru yang telah banyak berjasa, sematkan kesetiaan mu keikhlasan mu dalam mendidik anak bangsa mu ke mercu jaya. Tingkatkan usaha dan kualiti dalam pengajaran mu, sesungguhnya setiap ilmu yang guru-guru curahkan sangatlah bermakna untuk anak bangsa mu. Tabahkan hati dalam menghadapi ujian yang mendatang. Semoga Allah akan memberkatimu guru-guru...

28/12/2013

Selamat Tahun Baru 2014, juga Selamat Kembali ke Sekolah
Kami juga mengalu-alukan Pendaftaran Pelajar Baru

14/10/2013

Asal-Usul Aidiladha. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.

SALAM EIDULADHA
dari kami warga SEMENTOJA

Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Puteh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Pasir Puteh
16800