TAHNIAH...
Kemenjadian anak-anak KAMIL 2 sekali lagi menggegarkan pentas PPD PP.
Kali ini dengan muncul sebagai JOHAN Tilawatul Quran 12 tahun (P).
Adik UMMI UMAIRAH BT IRHAMUDDIN (6P) telah dinobatkan sebagai juara dalam MQNKSS Pasir Puteh yang telah diadakan di Dewan SKBJ2.
UMAIRAH akan mewakili Daerah PP ke Peringkat Negeri yang akan diadakan di Pasir Mas pada bulan Mei nanti. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.
"KAMIL2 NO 1"
Sekolah Kebangsaan KAMIL 2
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 7
"KAMIL 2 NO.1" Sekolah Kebangsaan Kamil 2 diasaskan pada 10 Januari 1954 dengan 76 orang murid.
Nama asalnya ialah Government English School. Dimulakan dengan satu kelas โSpecial Malayโ dan โStandard Oneโ. Bangunan SEKOLAH KEBANGSAAN KAMlL 2 yang ada sekarang siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1980. Bangunan ini terletak di atas tapak seluas 7 ekar 510 depa. Mempunyai 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 1 kantin. Bangunan baru tambahan 2 Blok (4 tingkat) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 2003.
29/04/2026
Program MOTIVASI GENERASI MADANI telah berlangsung dengan jayanya di SK Kamil 2.
Program dipimpin oleh Tn Hj Ghazali Bin Salleh, mantan kaunselor SMK Melor.
Tahniah kepada Barisan Ibubapa & penjaga yang berkesempatan hadir.
Terima kasih kepada Barisan Kepimpinan diketuai En Saupi Mat Zain, JK Pelaksana, JK PIBG, Unit Kafa serta semua yang terlibat.
Semoga anak-anak Kamil2 terus cemerlang.
"KAMIL2 NO 1"
29/04/2026
๐โจ Lawatan Ilmu SK Kamil 2 โจ๐
Pada 27 April 2026 (Selasa), SK Kamil 2 telah menganjurkan satu lawatan pendidikan ke Pesta Buku Kelantan yang berlangsung di Mydin Mall Tunjong. Seramai 40 orang murid bersama 4 orang guru pengiring turut serta dalam program ini.
Lawatan ini memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu, meneroka pelbagai bahan bacaan serta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.
Selepas itu, rombongan turut dibawa melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan bagi mengenali warisan seni dan budaya tempatan dengan lebih dekat.
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan berharga dan terus menyemai kecintaan terhadap ilmu serta warisan bangsa dalam diri setiap murid. ๐๐
.1
#2026
28/04/2026
28 April, Selasa: Majlis Sambutan Kepulangan Wirawati SK Kamil 2, Adik Amani (Johan Bawah 12 Tahun Perempuan) dan Armel (Tempat ke-17) dari Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan MSSM yang diadakan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Labuan pada 23-26 April 2026. Turut diraikan Jurulatih, Cikgu Hafizam dan Teacher Lee Wen Ching yang banyak mencurahkan tenaga mengilap permata2 cilik SK Kamil 2.
.1
28/04/2026
27 April 2026, Isnin: Kehadiran Guru Besar SK Kamil 2, En. Saupi bin Mat Zain, PK Ko En Azman bin Zahari dan guru-guru SK Kamil 2 serta ibubapa meraikan kepulangan Wirawati SK Kamil 2 yang mewakili Kontinjen Kelantan Ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan MSSM di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP). Turut bersama di LTSIP ialah Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Puan Hajah Siti Norina binti Muhamad yang sempat memberi ucapan tahniah kepada wirawati SK Kamil 2 dan kata-kata semangat untuk terus melahirkan Juara dalam pelbagai bidang.
.1
25/04/2026
Demi keselesaan anak2' dan semua warga Kamil 2...proses meratakan padang dan dataran Masjid Al Muhsinin dilaksanakan dengan kerjasama pihak JKR daerah... Terima kasih tuan Guru Besar dan Pkko...
24/04/2026
Jom Baca Bersama 10 Minit.....
.1
22/04/2026
๐ข *MAKLUMAN: PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT* ๐ข
Dimaklumkan bahawa Pusat Sumber Al-Farabi, SK Kamil 2 akan mengadakan program _Jom Baca Bersama 10 Minit_ seperti ketetapan berikut:
- *Tarikh*: 23 April 2026 (Khamis)
- *Masa*: 11.00 - 11.10 pagi
- *Tempat*: SK Kamil 2
Semua warga SK Kamil 2 dijemput menyertai program ini. Jom luangkan 10 minit untuk membaca bersama-sama!
_โMembaca Menggembirakan, Membaca Membina Bangsa!โ_
Anjuran: Pusat Sumber Al-Farabi SK Kamil 2
20/04/2026
Majlis LAMBAIAN KAABAH Sesi 1447H.
Alhamdulillah hari ni Warga Sekolah Kebangsaan KAMIL 2 di bawah Kelab Warga Sekolah bersama meraikan guru-guru yang telah tersenarai sebagai TETAMU ALLAH bagi tahun ini.
3 Insan bertuah tersebut ialah Ustaz Azlan, Ustazah Norarina & Muallimah Rosliza. Semoga pulang dengan Haji Mabrur, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan sepanjang ibadah, insyaAllah.
"KAMIL 2 NO.1"
19/04/2026
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada dua orang murid SK Kamil 2, Nur Amani Binti Mohamad Amirul dan Armell Auleaya Binti Rohaime atas penyertaan dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Labuan pada 25 April 2026, mewakili negeri Kelantan. ๐โโ๏ธ๐ฒ๐พ
Turut mengiringi ialah jurulatih berdedikasi, Che Hafizam bin Che Roza dan Cik Lee Wen Ching, yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan padu kepada para atlet.
Semoga segala usaha dan latihan yang telah dicurahkan membuahkan hasil. Warga SK Kamil 2 mendoakan agar kalian berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri. Teruskan berjuang dengan semangat juang yang tinggi! ๐ชโจ
SK Kamil 2 No.1
19/04/2026
Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SK Kamil 2 atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) peringkat Zon 3 PPD Pasir Puteh yang telah berlangsung di SK Kg. Nara pada 15 April 2026.
Pasukan SK Kamil 2 telah berjaya:
๐ฅ Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan)
๐ฅ Naib Johan Nasyid
๐ฅ Tempat Ketiga Hafazan (Lelaki)
Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan penuh dedikasi para guru serta sokongan padu daripada semua pihak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. ๐
# KAMIL 2 NO.1
18/04/2026
Suasana meriah dan penuh keceriaan mewarnai Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Kamil 2 yang telah berlangsung pada 1 April 2026. Warga sekolah tampil anggun dengan busana menawan, diserikan dengan juadah raya yang pelbagai serta aktiviti menarik yang mengeratkan silaturahim. Majlis ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Aidilfitri, malah mengukuhkan hubungan antara guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam suasana harmoni dan penuh kegembiraan. ๐โจ
Kamil 2 No.1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
SK KAMIL 2
Pasir Puteh
16800
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:15 |
| Tuesday | 07:30 - 16:15 |
| Wednesday | 07:30 - 16:15 |
| Thursday | 07:30 - 16:15 |
| Sunday | 07:30 - 16:15 |