PPD Pasir Puteh Rasmi

PPD Pasir Puteh Rasmi

Share

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh
Jalan PPD, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
Telefon : 09-7855100

Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 26/05/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐁𝐁𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐈𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐀𝐓𝐔

26 MEI 2026 (SELASA)

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Pn. Hjh. Siti Norina binti Muhamad berkesempatan mengadakan ziarah mahabbah kerumah lima beradik yatim piatu yang tular sebelum ini di rumah bapa saudaranya di Pantai Senok Tawang Bachok. Mereka merupakan murid SMK Padang Pak Amat dan SK Kampong Raja.

Turut hadir Tn. Hj. Zulkefli bin Hamat, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia (Kelantan), pegawai dari JPN Kelantan, PPD Pasir Puteh dan PPD Bachok, serta pengetua SMK Padang Pak Amat dan Guru Besar SK Kampong raja.

Ziarah ini bertujuan menyantuni dan menyuntik semangat lima beradik yang kehilangan ibu pada oktober tahun lepas dan bapa pada April yang lalu.



Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 25/05/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐇𝐈𝐁𝐈𝐒𝐂𝐔𝐒 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

25 MEI 2026 (ISNIN)

Mesyuarat Kempen Keselamatan Murid Hibiscus Sekolah Menengah Daerah Pasir Puteh yang telah dipengerusikan oleh En. Amlan bin Rashid, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan telah diadakan di Bilik Gerakan PPD Pasir Puteh dengan kehadiran Pn. Nur Jazlinadia binti Jaafar selaku Pengurus Stakeholder Relations (Hibiscus Petroleum), En. Wan Mohd Lokman Al-Hakim bin Wan Mustapha dari JPN Kelantan, En. Abdul Aziz bin Abdul Hamid, Pengetua SMK Sungai Petai serta wakil daripada agensi PDRM, Bomba, APM, AADK, SKMM, Kesihatan dan Penerangan.

Mesyuarat membincangkan pelaksanaan Kempen Keselamatan Murid yang melibatkan seramai 500 orang murid sekolah menengah dalam daerah Pasir Puteh. Program tersebut dijadualkan berlangsung pada 21 Julai 2026 bertempat di SMK Sungai Petai. Pelbagai perkara berkaitan pengurusan program, pengisian aktiviti serta kerjasama antara agensi telah dibincangkan bagi memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

PPD Pasir Puteh merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan strategik Hibiscus Petroleum selaku penaja utama kempen yang memasuki tahun ke-4 penganjuran. Penghargaan juga diberikan kepada semua agensi terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Kempen ini. PPD Pasir Puteh sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid dan akan sentiasa menyokong usaha dan kerjasama daripada pelbagai pihak.



Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 24/05/2026
Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 24/05/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐈𝐋

24 MEI 2026 (AHAD)

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Bas kepada SMK Kamil oleh Tuan Haji Zulkefli bin Hamat, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh kepada Encik Choohaimi bin Ab. Wahab Chu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Kamil.

Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 22/05/2026

𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Siti Norina Muhamad, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan atas keprihatinan serta tindakan pantas beliau dalam membantu empat murid yatim yang tular baru-baru ini.

Susulan daripada maklumat yang diterima, beliau telah segera menghubungi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk turut sama menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada keluarga terbabit.

Alhamdulillah, hasil tindakan segera tersebut, pihak MAIK telah meluluskan bantuan segera sebanyak RM2,000 serta bantuan bulanan sebanyak RM500 sebulan kepada empat murid berkenaan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Dua orang murid sedang belajar di SK Kampong Raja manakala dua lagi sedang menuntut di SMK Padang Pak Amat. Keempat-empat anak yatim ini sentiasa berada dalam perhatian pihak sekolah.

Pihak sekolah juga sedang dalam proses mengemukakan permohonan bantuan KWAPM Kecemasan Kematian Ketua Isi Rumah sebanyak RM300 bagi setiap murid. Untuk makluman, bapa kepada murid-murid berkenaan telah meninggal dunia pada 23 April 2026.

Selain itu, Guru Besar SK Kampong Raja turut menguruskan bantuan bersama pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang melibatkan bantuan sebanyak RM800 sebulan untuk tempoh setahun.

Pihak sekolah juga telah mengadakan program Ziarah Cakna ke rumah murid berkenaan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka. Pada masa yang sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Puteh turut hadir ke rumah keluarga berkenaan bagi menyalurkan serta menguruskan bantuan yang bersesuaian.

Semoga segala usaha dan keprihatinan semua pihak ini menjadi asbab kesejahteraan dan memberi sinar harapan baharu kepada keluarga terbabit. Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan murid-murid di daerah Pasir Puteh.



21/05/2026
Photos from PPD Pasir Puteh Rasmi's post 19/05/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇

19 MEI 2026 (SELASA)

Program Literasi Antigangguan Seksual anjuran Sektor Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Dewan Seminar PPD Pasir Puteh. Program ini melibatkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah rendah dan sekolah menengah bagi meningkatkan kesedaran berkaitan isu gangguan seksual serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada gangguan seksual.

Ucapan alu aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkefli bin Hamat, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh sebelum program ini dirasmikan oleh Puan Noor Azleen Binti Che Mohamed, Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri, Sektor Psikologi dan Kaunseling. Program turut menampilkan ceramah dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Encik Amiran bin Adnan, Kaunselor Pendidikan PPD Tanah Merah, Puan Rosmaizaan binti Ab Rahman, Kaunselor Pendidikan Daerah Gua Musang serta Puan Nor Asyikin binti Wahab, Penolong Pengarah Kanan Sektor Integriti berkaitan literasi antigangguan seksual, langkah pencegahan dan tindakan yang perlu diambil dalam menangani isu gangguan seksual di persekitaran pendidikan.

Semoga pelaksanaan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan seterusnya membentuk budaya saling menghormati, prihatin serta bertanggungjawab dalam kalangan warga pendidikan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.



Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Puteh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan PPD
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Sunday 08:00 - 05:00