24/09/2026
ππππππ ππππππππ πππππ
24 September 2026 (Khamis)
Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan warga PPD Pasir Puteh telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Zulkefli bin Hamat, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Pasir Puteh sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis meraikan empat orang warga PPD yang telah menamatkan perkhidmatan, iaitu En. Zakaria bin Mat Salleh, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Prasekolah dan Rendah; En. Maizu bin Muhamad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Menengah dan Tingkatan Enam; Pn. Nor Isah binti Mohd, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu; serta Pn. Sarimah binti Saad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Unit Kewangan, Infrastruktur dan Perolehan.
Majlis ini menjadi wadah untuk menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh pegawai yang diraikan kepada organisasi dan perkhidmatan pendidikan. Semoga mereka dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.