19/08/2026
📝 PTML CAKNA. . .
📌 FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN SAHSIAH
🖍 KURANG DIDIKAN AGAMA
📚 Agama adalah tunjang dalam kehidupan manusia. Didapati mengabaikan ajaran agama.
📔 Melalui kajian yang telah dibuat,para remaja yang terlibat dengan aktiviti yang meruntuhkan sahsiah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang kurang memberi didikan agama kepada anak-anak.
📔 Firman Allah s.w.t :
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱسۡتَجِیبُوا۟ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا یُحۡیِیكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ یَحُولُ بَیۡنَ ٱلۡمَرۡءِ وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥۤ إِلَیۡهِ تُحۡشَرُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya,dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan."
📔 Ayat di atas adalah memerintahkan kepada semua orang yang beriman supaya menyahut seruan Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w yang mengetengahkan konsep hidup bersyariat kerana kemuncak hidup yang paling tinggi ialah beriman kepada Allah s.w.t.
🖍 KEGAGALAN INSTITUSI RUMAH TANGGA
📚 Ibu bapa mengambil ringan atau malu untuk berbincang dengan anak mengenai isu akil baligh seperti perubahan fizikal,emosi & minda.
📔 Ibu bapa perlulah memainkan peranan kerana perkara ini sangat penting dalam mencorak pembentukan jati diri anak-anak.Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih),kedua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi [Hadis Riwayat al-Bukhari 1385].
📔 Hadith ini menunjukkan bahawa kegagalan institusi kekeluargaan itu akan menyebabkan berlakunya masalah keruntuhan sahsiah dalam kalangan para remaja Muslim.Selain itu,boleh juga daripada perceraian dan kerapnya berlaku pergaduhan antara ibu bapa menyebabkan kurang komunikasi.Di samping itu,kurang pengawasan terhadap anak-anak sehingga mereka tidak merasai kasih sayang dan sebagainya.
🖍 TAHAP PENDIDIKAN YANG RENDAH
📚 Didapati mereka tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi disebabkan kurang berminat atau galakan ibu bapa.
📔 Pendidikan sangat penting dalam membentuk seseorang untuk bertindak dengan lebih baik & pendidikan juga telah menjadi asas untuk melahirkan remaja yang berilmu serta berfikir.Melalui pendidikan juga,ia dapat melatih anak-anak untuk mempunyai tahap pemikiran yang matang,jati diri yang kuat dan membantu mereka membuat semua tindakan dan keputusan dengan tepat.
🖍 DORONGAN RAKAN SEBAYA
📚 Pengaruh rakan sebaya dengan mengajak kawan untuk melakukan perhubungan tanpa batas.
📔 Pengaruh ini sangat memberi kesan yang cukup besar kepada remaja yang terjebak dengan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan sahsiah.Oleh itu,pemilihan rakan adalah sangat penting kerana diriwayatkan dalam hadith Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Seseorang manusia akan dihimpunkan menurut agama temannya, maka kamu hendaklah melihat siapakah orang yang menjadi temanmu." [Riwayat at-Tirmizi]
🖍 TEKNOLOGI YANG BERLELUASA
📚 Hanya menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit yang dilengkapi dengan kemudahan akses internet sahaja.Para remaja boleh mengakses apa jua maklumat termasuk bahan pronografi.
📔 Dengan internet,semua benda boleh layari tanpa tapisan dan batasan.Impak daripada pengaruh media sosial yang tidak bertanggungjawab akan mempengaruhi mereka melakukan perkara tidak bermoral.
🖍 PERGAULAN BEBAS
📚 Terikut dengan ajakan rakan-rakan didapati juga mereka bebas melakukan aktiviti tanpa kawalan.
📔 Pergaulan bebas ini juga termasuk dengan mengambil minuman yang memabukkan dan barang yang terlarang. Perkara inilah membuka ruang besar kepada gejala seks bebas ini.
"Untuk dapatkan bacaan yang lebih terperinci boleh rujuk sumber rujukan yang telah dinyatakan di poster."
Jemput : like, comment & share