SRITI DARUL ATIQ

SRITI DARUL ATIQ Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darul Atiq, institusi pengajian berteraskan al-quran & as-sunnah

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ π‘π€π’π”π‹πŸŒΉ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩπŸŒΉSalam Maulidur Rasul ο·Ί buat seluruh warga...
25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋

🌹 Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰Ω° ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩπŸŒΉ

Salam Maulidur Rasul ο·Ί buat seluruh warga SRITI Darul Atiq dan umat Islam seluruhnya.

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ο·Ί dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda serta mencontohi akhlak dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus subur dalam hati dan menjadi pendorong untuk kita mengamalkan sunnah serta membentuk akhlak yang mulia.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

πŸ€π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ π€π˜π€π‡π€ππƒπ€ ππ„π‹π€π‰π€π‘πŸ€4 Ogos 2026 | 20 Safar 1448HAlhamdulillah, pihak SRITI Darul Atiq berkesempatan menziarah...
21/08/2026

πŸ€π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ€π’πˆπ‡ π€π˜π€π‡π€ππƒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑
🀍

4 Ogos 2026 | 20 Safar 1448H

Alhamdulillah, pihak SRITI Darul Atiq berkesempatan menziarahi ayahanda kepada pelajar Daisy Nuraisya kelas 6kh ,Aisy Fayyad kelas 4uk dan Aisy Irfan 1Uk yang sedang dalam fasa pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan.

Ziarah ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan daripada seluruh warga SRITI buat keluarga yang sedang melalui ujian. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, menguatkan semangat serta mempermudahkan segala urusan ayahanda dan keluarga. 🀲🏻

Semoga ujian ini menjadi asbab hadirnya kekuatan, kesabaran dan hikmah yang besar daripada Allah SWT.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

πŸŒ·π’π€π‹π€πŒ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡π€π π‚πˆπŠπ†π” π’π˜π€πˆπ‘π€ππˆπŸŒ·13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448HSetiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terima kasih Cikgu ...
21/08/2026

πŸŒ·π’π€π‹π€πŒ ππ„π‘ππˆπ’π€π‡π€π π‚πˆπŠπ†π” π’π˜π€πˆπ‘π€ππˆπŸŒ·

13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448H

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terima kasih Cikgu Syairani atas segala jasa, komitmen dan kenangan sepanjang bersama warga SRITI Darul Atiq. 🀍

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap langkah cikgu di tempat baharu, melimpahkan rezeki, kejayaan dan keberkatan dalam setiap urusan.

Pergi bukan bererti melupakan, semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal dalam ingatan. πŸ₯ΉπŸŒΈ

Selamat maju jaya, Cikgu Syairani. Terima kasih atas segala-galanya. 🀲🏻

πŸŒΈπ™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π π‚πˆπ‹πˆπŠ π‚πˆπŠπ†π” π’π”π‘π€π˜π€πŸŒΈ13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448HAlhamdulillah,berkesempatan menziarahi keluarga Cikgu ...
21/08/2026

πŸŒΈπ™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„π‹π€π‡πˆπ‘π€π π‚πˆπ‹πˆπŠ π‚πˆπŠπ†π” π’π”π‘π€π˜π€
🌸

13 Ogos 2026 | 29 Safar 1448H

Alhamdulillah,berkesempatan menziarahi keluarga Cikgu Suraya sempena kelahiran cahaya mata tersayang. πŸ€πŸ‘ΆπŸ»

Setinggi-tinggi tahniah buat Cikgu Suraya dan keluarga atas anugerah terindah daripada Allah SWT. Semoga kehadiran si kecil menjadi penyejuk hati, membawa kebahagiaan serta dilimpahkan kesihatan, rezeki dan keberkatan dalam kehidupan seisi keluarga. 🌷

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ£Ω†Ψ¨ΨͺΩ‡ Ω†Ψ¨Ψ§ΨͺΩ‹Ψ§ Ψ­Ψ³Ω†Ω‹Ψ§ΨŒ ΩˆΨ§Ψ¬ΨΉΩ„Ω‡ Ω‚Ψ±Ψ© ΨΉΩŠΩ† Ω„ΩˆΨ§Ω„Ψ―ΩŠΩ‡ 🀲🏻

Selamat berpantang dan semoga dipermudahkan segala urusan buat Cikgu Suraya. 🌹




πŸŽ“Membina Generasi Soleh, Pintar, Rabbani dan Murabbi

*JAWATAN KOSONG*Pengambilan Segera!SRITI Darul Atiq, Pasir Puteh *Jawatan :**GURU DINIYAH-1**GURU AKADEMIK-1**Syarat Kel...
04/08/2026

*JAWATAN KOSONG*
Pengambilan Segera!
SRITI Darul Atiq, Pasir Puteh

*Jawatan :*
*GURU DINIYAH-1*
*GURU AKADEMIK-1*

*Syarat Kelayakan :*
1. Beragama Islam & Warganegara.
2. Boleh Membaca Al-Quran & Jawi dengan Baik.
3. Memiliki Sijil Diploma @ Ijazah Setaraf dgn Jawatan yang Dipohon.
4. Mempunyai Minat Sebagai Pendidik & Boleh Bekerja dalam Pasukan dgn Pemantauan Minima.

*Manfaat :*
1. Caruman KWSP & PERKESO.
2. Sarapan & Makan Tengahari Disediakan.
3. Caruman Tabung Kebajikan SRITI.

*Berminat? Hantarkan Resume kepada:*
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
Pejabat : 018-363 4337
ATAU
Emel : [email protected]

*Tarikh Tutup*
6 Ogos 2026

πŸ“’ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŒπ”π‘πˆπƒ 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝟏 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• π’π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€π“πˆπ, ππ€π’πˆπ‘ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇Assalamualaikum w.b.tDengan segala hormatnya...
01/08/2026

πŸ“’ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π πŒπ”π‘πˆπƒ 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝟏 π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• π’π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€π“πˆπ, ππ€π’πˆπ‘ 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐇

Assalamualaikum w.b.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid Darjah 1 bagi Sesi Persekolahan 2027 kini DIBUKA‼️

πŸ—“οΈTarikh Tutup Permohonan :
31 Ogos 2026

βœ… Syarat Kemasukan :
β€’ Warganegara Malaysia.
β€’ Berumur 7 tahun pada tahun 2027.
β€’ Keutamaan kepada murid yang menguasai kemahiran asas membaca, menulis, mengira, Jawi dan Al-Quran.
β€’ Keutamaan diberikan kepada murid PASTI.
β€’ Lulus sesi temuduga.
β€’ Tidak menghidap masalah Down Syndrome, Autism, Dyslexia, ADHD dan lain-lain.

πŸ•˜ Waktu Persekolahan :
Ahad – Rabu ⬇️
7.30 pagi – 4.30 ptg
Khamis ⬇️
7.30 pagi – 2.30 ptg

πŸ’° Yuran Persekolahan :
RM340 sebulan

πŸ“ Cara Memohon :
Imbas Kod QR yang disediakan pada poster untuk mengisi borang permohonan.

☎️ Sebarang Pertanyaan :
Pejabat SRITI Darul Atiq
018-3634337

πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

πŸŒΈπ”π’π‘π€π‡ 𝐆𝐔𝐑𝐔 & 𝐒𝐓𝐀𝐅 ππˆπ‹π€ππ†π€π πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”πŸŒΈ30 Julai 2026 | 15 Safar 1448HAlhamdulillah, telah berlangsung Usrah Guru dan Staf Bi...
01/08/2026

πŸŒΈπ”π’π‘π€π‡ 𝐆𝐔𝐑𝐔 & 𝐒𝐓𝐀𝐅 ππˆπ‹π€ππ†π€π πŸ”/πŸπŸŽπŸπŸ”πŸŒΈ

30 Julai 2026 | 15 Safar 1448H

Alhamdulillah, telah berlangsung Usrah Guru dan Staf Bilangan 6 Tahun 2026 yang menjadi medan mengeratkan ukhuwah serta menyuntik semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah.

Turut diadakan penyampaian saguhati penghargaan kepada guru dan staf yang mencatat rekod kehadiran cemerlang selama tiga bulan berturut-turut. Tahniah kepada:

✨ Ustaz Fahmie
✨ Cikgu Najwa
✨ Cikgu Maizati
✨ Puan Nazhifa

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus istiqamah dan cemerlang dalam menjalankan amanah.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

01/08/2026

πŸš’ πŸ”₯ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 & πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π (π…πˆπ‘π„πƒπ‘πˆπ‹π‹) π’π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ”₯πŸš’

28 Julai 2026 | 13 Safar 1448 H

Alhamdulillah, latihan pencegahan dan kebakaran (Fire Drill) SRITI Darul Atiq 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh atas kerjasama, perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

πŸš’ πŸ”₯ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 & πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π (π…πˆπ‘π„πƒπ‘πˆπ‹π‹) π’π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ”   πŸ”₯πŸš’28 Julai 2026 | 13 Safar 1448HAlhamdulillah, la...
01/08/2026

πŸš’ πŸ”₯ π‹π€π“πˆπ‡π€π 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 & πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π (π…πˆπ‘π„πƒπ‘πˆπ‹π‹) π’π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 π€π“πˆπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŸ”₯πŸš’

28 Julai 2026 | 13 Safar 1448H

Alhamdulillah, latihan pencegahan dan kebakaran (Fire Drill) SRITI Darul Atiq 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh atas kerjasama, perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

πŸ“šπŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐆𝐔𝐑𝐔 ππˆπ‹π€ππ†π€π πŸ’20 Julai 2026 | 5 Safar 1448HAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Guru Bilangan 4 yang m...
22/07/2026

πŸ“šπŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐆𝐔𝐑𝐔 ππˆπ‹π€ππ†π€π πŸ’

20 Julai 2026 | 5 Safar 1448H

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Guru Bilangan 4 yang menghimpunkan seluruh warga pendidik SRITI Darul Atiq bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pengurusan sekolah, akademik, sahsiah murid serta perancangan program yang akan datang.

Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai menjadi panduan dalam memperkukuhkan lagi usaha mendidik anak-anak dengan lebih cemerlang. Terima kasih kepada semua guru atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang diberikan.




πŸŽ“Membina Generasi Soleh,Pintar,Rabbani dan MurabbiπŸŽ“

Address

Lot 216, Tingkat 2, Bangunan MDPP, Jalan Madrasah
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60183634337

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI DARUL ATIQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI DARUL ATIQ:

Shortcuts

Share

Category