Madrasah Ihya' Ulumuddin

Madrasah Ihya' Ulumuddin

Share

Sebuah institusi pengajian Islam berkonsepkan pondok dalam taman. Sistem pengajian berdasarkan kitab-kitab thurath. Lelaki sahaja.

Pengambilan pelajar dari umur 12 tahun ke atas.

28/05/2026

RANGKUMAN LENSA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA & PROGRAM IBADAH KORBAN AQIQAH 2026M/1447H

Tarikh: 27 Mei 2026 / 10 Zulhijjah 1447H (Rabu)

Kredit video: Farihin (Anak Ustaz Halim)

Photos from Madrasah Ihya' Ulumuddin's post 28/05/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA & PROGRAM IBADAH KORBAN AQIQAH 2026M/1447H

Tarikh: 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah 1447H)

Alhamdulillah sambutan Hari Raya Aidiladha serta Program Ibadah Korban & Aqiqah telah berlangsung dengan lancar.

Solat sunat Aidiladha diadakan pada pukul 7.50pagi. Kemudian khutbah raya telah disampaikan oleh saudara Muhammad Naufal bin Eid, bekas pelajar madrasah.

Para tetamu dijamu dengan sarapan pagi di perkarangan tempat Program Ibadah Korban & Aqiqah di Blok E.

Alhamdulillah pada tahun ini sebanyak 36 ekor lembu telah dikorbankan dan disembelih sendiri oleh Ustaz Di, Mudir Madrasah. Urusan sembelihan mengambil masa kurang dari 45 minit.

Jamuan tengahari juga turut diadakan sambil para peserta menunggu giliran bahagian daging mereka disiapkan.

Terima kasih diucapkan kepada semua AJK dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Ibadah Korban & Aqiqah pada tahun ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada para peserta korban & aqiqah yang telah memberi kepercayaan kepada pihak Madrasah untuk menguruskan ibadah korban & aqiqah bagi pihak mereka.

Semoga Allah menerima ibadah korban & aqiqah mereka ini.

27/05/2026
Photos from Madrasah Ihya' Ulumuddin's post 21/05/2026

Selamat Hari Guru buat semua ustaz dan ustazah.

Jasa kalian bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membentuk akhlak dan menyentuh hati kami dengan kasih sayang yang tidak ternilai.

Setiap huruf ilmu yang diajarkan, setiap doa yang dipanjatkan, dan setiap nasihat yang diberikan akan sentiasa hidup dalam ingatan kami.

Semoga setiap penat lelah kalian menjadi saham pahala yang berpanjangan hingga ke syurga.

لَوْ لاَ اْلمُرَبِّيْ مَا عَرَفْتُ رَبِّيْ

“Jika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal akan Tuhanku.”

Photos from Madrasah Ihya' Ulumuddin's post 09/05/2026

Rombongan dari jemaah Mukim Masjid Lakota, Jeli (Moksu Halaqah)

Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)

Alhamdulillah hari ini madrasah telah menerima kunjungan dari jemaah Mukim Masjid Lakota, Jeli seramai 30 orang.

18/04/2026

RANGKUMAN LENSA MAJLIS PENUTUP SYAWAL & RUMAH TERBUKA MIU

Tarikh: 18 April 2026 / 29 Syawal 1447H (Sabtu)
Masa: 8.30pagi-1.00petang

Photos from Madrasah Ihya' Ulumuddin's post 18/04/2026

MAJLIS PENUTUP SYAWAL & RUMAH TERBUKA MIU

Tarikh: 18 April 2026 / 29 Syawal 1447H (Sabtu)
Masa: 8.30pagi-1.00petang

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Penutup Syawal & Rumah Terbuka MIU pada tahun ini.

Alhamdulillah seperti biasa majlis raya dimeriahkan dengan pelbagai jenis menu.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang sudi hadir ke majlis raya anjuran Madrasah. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang dan AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

05/04/2026

Dijemput semua muslimin & muslimat ke Majlis Penutup Syawal & Rumah Terbuka MIU.

Tarikh: 18 April 2026 / 29 Syawal 1447H
Masa: 8.30pagi-12.30tengahari
Tempat: Madrasah Ihya' Ulumuddin, Kg Berangan, Selising, Kelantan

02/04/2026

RANGKUMAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM IHYA' RAMADAN 2026

Tarikh: 15 Mac 2026 / 25 Ramadan 1447H (Ahad)

Photos from Madrasah Ihya' Ulumuddin's post 18/12/2025

PROGRAM ZIARAH KE PONDOK & TAHFIZ IPD PASIR PUTEH

Tarikh: 18 Disember 2025
Masa: 10pagi

Alhamdulillah hari ini pihak madrasah mendapat kunjungan daripada 60 orang anggota & pegawai polis IPD Pasir Puteh; Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan dan Ketua-ketua Polis Balai sekitar Pasir Puteh.

Madrasah Ihya' Ulumuddin menjadi destinasi pertama mereka sempena Program Ziarah Ke Pondok & Tahfiz IPD Pasir Puteh.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi memberi sumbangan kepada madrasah.

Selain itu, pihak IPD juga turut mengadakan ceramah mengenai masalah buli dan gangguan seksual dalam kalangan pelajar yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pasir Puteh. Banyak maklumat yang dapat diperolehi oleh warga madrasah.

Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Puteh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 425, Kg Berangan, Selising
Pasir Puteh
16810