Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan

Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan

Share

Melaksanakan kelas pengajian Iqra' dan Alquran kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 16/11/2023

Biasakan menulis supaya anak-anak mampu mengenal huruf berangkai dan tanda bacaan di dalam Al-Quran dengan lebih cepat. Baca, tulis, hafal.

14/11/2023
Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 14/11/2023

Malam ini kanak-kanak suci ini bersolidariti tanda kasih dan sayangnya mereka kepada kanak-kanak seusia mereka yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Semoga Allah makbulkan doa anak-anak ini.

Aktiviti:
- Solat Maghrib
- Solat Hajat
- Bacaan Yasin, surah-surah lazim
- Doa

"Hasbunallah Wanikmal Wakil"

09/11/2023

Allah jadikan kita daripada tanah, Maka nak jaga diri kita pun kenalah sesuai dengan sifat tanah. Jaga air, jaga baja, cukup cahaya. InsyaAllah tumbuh elok.

07/11/2023

Kalau dah tak ada masa sangat baca Al-Quran, 3 Qul jangan ditinggalkan. Tak baca langsung takut hati jadi keras

30/10/2023

Bangun tidur terus ucap Alhamdulillah, itulah tanda hati kita benar² ingat Allah. Kalau belum, kita masih jauh...

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 30/10/2023

Alhamdulillah anak-anak kita masih mampu tersenyum gembira di bumi bertuah ini. Masih boleh belajar, masih boleh bermain dengan rakan-rakan dan masih ada keluarga untuk disayangi.

Setiap hari bermain di fikiran, bagaimanalah nasib anak-anak di bumi Gaza sekarang? Bagaimana keadaan mereka di sana? Luluh hati ini bila melihatkan kekejaman Zionis Israel ke atas penduduk di sana. Kejam!Tidak berperikemanusian!

Ya Allah... kurniakanlah kesabaran yang tinggi buat mereka di sana. Kami pasti akan terus membantu saudara kami di sana semampu yang boleh. Ya Allah hancurkan pakatan jahat mereka! Kurniakan hidayah buat mereka dan kami semua.

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 26/10/2023

KHAS UNTUK WARGA PASIR, PUTEH, JELOR DAN SELISING ATAU YANG BERDEKATAN.
📢📣🔊🔔❗❗

KELAS MENGAJI AL-QURAN DAN IQRA' RUMAH NGAJI MM BAITI JANNATI KAMPUNG JELOR, PASIR PUTEH.
📖📖🖊️🖋️🌙🌞🌻👳‍♀️

KEKOSONGAN HANYA 7 ORANG SAHAJA LAGI‼️
TERBUKA KEPADA ANAK-ANAK BERUSIA 6 TAHUN SEHINGGA 17 TAHUN.

KEMASUKAN NOVEMBER 2023‼️

Yuran pendaftaran RM60. Yuran bulanan hanya RM20.

✅Kelas mula jam 7.00 mlm - 9.00 mlm
✅2 orang tenaga pengajar.
✅Aktiviti; Solat Maghrib berjemaah
Mengaji Al-Quran / Iqra' / Fardhu Ain / Kelas Jawi, Menulis, Hafazan
✅Kuiz, Latihan Dalam Kumpulan LDK
✅Kelas setiap hari kecuali jumaat sabtu
✅Jamuan ringkas setiap kali selesai kelas mengaji

Rumah Ngaji ini sudah beroperasi sejak tahun 2018 dan masih aktif sehingga ke hari ini.

Bagi yang berminat untuk bersama kami bolehlah menghubungi talian 01159031152. (Ayoh Di) atau tekan link https://RumahNgajiMMBaitiJannati.wasap.my

"SUBURKAN AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN"

Sekian, terima kasih.

🥰

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 15/03/2023

15.03.2023 l Rabu

Menerima tajaan makanan 'KFC' daripada orang Kubang Kerian. Alhamdulillah anak-anak ngaji di sini terus disantuni. Kita belajar mengaji, menghayati, mengamalkan dan menyebarkan kebaikan adalah satu jalan membahagiakan satu sama lain.

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 17/02/2023

Doakan kami menjadi anak² yang soleh dan solehah.

Photos from Rumah Ngaji MM Baiti Jannati Kampung Jelor, Pasir Puteh, Kelantan's post 06/02/2023

5.2.2023

Kembali memulakan kelas pengajian selepas tertangguh selama hampir 2 bulan akibat bencana banjir. Hari ini kita masih diizinkan oleh Allah duduk bersama menekuni kalimah Al-Quran sambil mengadakan sedikit jamuan kepada anak-anak ngaji. Terima kasih kepada penaja. Semoga Allah membalasnya dengan RAHMAT dan SYURGA buat anda.

Want your school to be the top-listed School/college in Pasir Puteh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Taman Puspajaya 1
Pasir Puteh
16800

Opening Hours

Monday 19:00 - 21:00
Tuesday 19:00 - 21:00
Wednesday 19:00 - 21:00
Thursday 19:00 - 21:00
Sunday 19:00 - 21:00