23/12/2021
Terima kasih atas sumbangan anggota kerja GIATMARA Pasir Puteh dan jg Kontraktor Pasir Puteh.. walaupun baru dilancarkan ptg kelmarin tp alhamdulillah dpt jg mengumpulkan sedikit bantuan dlm misi Membantu Mangsa Banjir di Selangor.. in sha Allah semoga sedikit sebanyak dpt meringankan beban mangsa-mangsa banjir.. Doakan semoga misi GIATMARA Kelantan dlm menghulurkan bantuan dipermudahkan.. Aaminn
27/11/2021
3 Program Training on Demand (TOD) berjalan serentak hari ni 27 November 2021 di GIATMARA Pasir Puteh bg Kursus Hiasan Dalaman, kursus Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara dan kursus Teknologi Bangunan..
Jika ada yg berminat utk menambah kemahiran blh hubungi pengurusan GIATMARA Pasir Puteh di talian 0192878055 (Roslina Binti Ibrahim)
21/11/2021
Kursus Pemantapan Imej Professional 21-22 Nov 2021 bersama Pn Rahimah Yeop dr Jendela Ilmu Solutions..
15/11/2021
15 November 2021 Pelatih Kursus Teknologi Bangunan GIATMARA Pasir Puteh membuat kerja2 pemasangan penutup longkang bersama Tenaga Pengajar di Pejabat GIATMARA Negeri Kelantan di Wakaf Che Yeh..
Penutup longkang tersebut dibuat di Bengkel Teknologi Bangunan sebagai latihan amali bersama Cikgu Suhairi.. semoga ilmu yg dipelajari memberi manfaat dan berkat..
25/10/2021
Assalamualaikum.. jom pakat2 support tgk FB live GIATMARA Negeri Kelantan pd 25 Oktober 2021 jam 9.30am..
Live hari ni utk Pertandingan Kluster Fabrik dan Kulinari.. penyertaan adalah di kalangan lepasan dan jg pelatih semasa GIATMARA dr Kluster tersebut..
10/10/2021
Sepanjang sambutan Hari Sukan Negara bertempat di Pusat Bowling KB Mall.. 10 Oktober 2021
28/09/2021
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan
JEMPUTAN MENGIKUTI SESI PERASMIAN DAN PENUTUP e-EKSPO TVET@KPLB 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan program e-Ekspo TVET@KPLB 2021 secara dalam talian pada 29 September 2021 hingga 2 Oktober 2021. GIATMARA merupakan antara agensi yang telah dijadualkan untuk bersiaran pada e-Ekspo TVET@KPLB 2021 ini.
TVET-FACEBOOK.jpg
Sehubungan itu, adalah dijemput seluruh warga GIATMARA untuk memberikan sokongan padu kepada program-program yang telah disusun seperti di dalam lampiran jadual dan mengikuti Sesi Perasmian e-Ekspo TVET@KPLB 2021 yang akan dirasmikan oleh YB Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Sesi Penutup e-Ekspo TVET@KPLB 2021 yang akan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri I, seperti ketetapan berikut:
Sesi Perasmian e-Ekspo TVET@KPLB 2021
Tarikh : 29 September 2021 (Rabu)
Masa : 9:15 pagi – 10:00 pagi
Platform :
i. Portal e-Ekspo TVET@KPLB 2021 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/); atau
ii. Facebook Live KPLB (https://www.facebook.com/kplbofficial/)
Sesi Penutup e-Ekspo TVET@KPLB 2021
Tarikh : 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 4:00 petang – 4:30 petang
Platform :
i. Portal e-Ekspo TVET@KPLB 2021 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my/); atau
ii. Facebook Live KPLB (https://www.facebook.com/kplbofficial/)
Segala perhatian dan sokongan daripada pihak YBhg. Dato’/ tuan/ puan dalam menjayakan e-Ekspo TVET@KPLB 2021 amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Lobi Virtual - TVET @ KPLB
TVET @ KPLB Saya Budak TVET! JADUAL PROGRAM DAFTAR SEKARANG PAMERAN INSTITUSI AKAN DATANG Kiraan Detik Menjelang e-Ekspo TVET@KPLB 2021 INFORMASI Kaji Selidik Daftar FAQ DAFTAR SEKARANG INFORMASI SOROTAN PERTANDINGAN DAFTAR SEKARANG FAQ SURVEI
23/09/2021
Assalamualaikum,
Selamat pagi Khamis sahabat hebat 💪👍
Jernihkan fikiran dan hati di pagi hari agar mudah untuk merancang perjalanan harian kita.
Salah satu kekuatan terbesar dalam mencapai IMPIAN adalah DOA. Tetapi doa tanpa USAHA itu adalah omong kosong. Sebaliknya, usaha tanpa doa itu sombong.
Ayuh ikhlaskan hati & fikiran untuk menjemput suatu impian…
Lakukan yang terbaik sekarang dan di masa depan untuk mendapatkan hasil yg TERBAIK juga..
InsyaAllah.. Aamiin 🤲🏻
20/09/2021
Alhamdulillah selesai Sesi Webinar Tumbuk Rusuk utk hari ni 20 September 2021.
Perkongsian yg sgt bermanfaat..
15/09/2021
Sesi Penerangan Perancangan Permohonan Peruntukan Pembangunan RP3 2023 RMK12 pd 15 September 2021..
29/08/2021
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat GIATMARA Negeri Kelantan pd 29hb Ogos 2021 secara atas talian..
28/08/2021
Assalamualaikum wbt
Selamat pagi Sabtu yang ceria Sahabat hebat..🌼🌼🌼
Lakukan kebaikan tanpa mengharap sesuatu pulangan.
Berbuatlah baik
Bersikaplah baik
Berpijaklah di jalan kebaikan
Pasti juga diri kita akan berada di dalam posisi kebaikan.
Apa yang diberi itulah yang kita dapat. Ia umpama magnet. Kebaikan akan menarik kembali kepada kita.
Hidup ini singkat.
Lakukanlah walau sekecil2 kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kita ke syurga.
Kawan, biar buku catatan kita menulis yang baik-baik sahaja. Mungkin bagi kita nampak kecil, tapi bagi yang menerima ia nampak besar.
Semoga kita semua tetap berada di landasan kebaikan dan yang baik2 sahaja hadir di dalam hidup kita….
Aamiin 🤲🏻