Tidak berkurang harta orang tanya bersedekah...
Yayasan Tahfiz An Nur, Pasir Puteh, Kelantan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan Tahfiz An Nur, Pasir Puteh, Kelantan, School, 165 C, Jalan Tok Janggut, Pasir Puteh.
Maklumat Akaun Yayasan Maahad Tahfiz An Nur :
Bank Islam Malaysia : 13 0350 1008 3089 - Yayasan Tahfiz An Nur
: 03 0900 1006 5788 - Masjid Al Abyadh
14/02/2022
Apabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang seorang lelaki dan meminta doa daripada Rasulullah SAW agar Allah SWT menghentikan hujan kerana berlaku kerosakan pada harta dan jalan. Maka Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
Riwayat al-Bukhari (1014)
Maka berhentilah hujan dan keluarlah matahari. Sebahagian ulama menulis faedah doa ini bahawa secara adabnya kita berdoa agar Allah SWT mengalihkan hujan ini ke tempat-tempat lain kerana hujan itu membawa rahmat dan keberkatan. Sememangnya memperbanyakkan doa ketika musibah itu adalah amalan yang dituntut oleh Syarak. Daripada Ummul Mukminin, Umm Salamah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: “Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innā lillāhi wa innā ilaihi rājiʿun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon akan kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.”
Riwayat Muslim (918)
Begitu juga, digalakkan bagi seorang Mukmin itu memperbanyakkan istighfar, meminta ampun dan maaf daripada Allah SWT daripada apa-apa dosa yang dia lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Ini kerana dosa akan mengundang bala dan musibah dalam kehidupan seorang Mukmin manakala istighfar akan menolaknya dan menggantikan dengan kebaikan yang tak disangka-sangka. Daripada Abdullah bin Abbas R.Ahuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya pada setiap kesempitan ada jalan keluar, dan pada setiap duka cita ada perlepasan, dan Allah merezekikannya daripada arah yang tak disangka-sangka."
Riwayat Abu Daud (1518) dan Ibn Majah (3819)
16/12/2021
Jom kita buat amalan sunnah malam dan hari jumaat😉
11/12/2021
TAQWA PUNCA REZEKI
وَمَن یَتَّقِ ٱللَّهَ یَجۡعَل لَّهُۥ مَخۡرَجࣰا * وَیَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَیۡثُ لَا یَحۡتَسِبُۚ
"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya (tidak disangka-sangka)."
[Surah at-Talaq 2-3]
Bicara tentang beberapa amalan yang menjadi sebab dilimpahi keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.
1. Berbakti dan Mendoakan Ibu Bapa serta Keluarga.
"Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki maka hendaklah dia berbakti kepada kedua ibubapanya dan menyambung silaturrahim (kekeluargaan)."
(HR Ahmad)
2. Mengeratkan hubungan silaturrahim.
Sabda Nabi saw: "Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim."
(HR al-Bukhari)
3. Memperbanyakkan berselawat.
Rasulullah SAW menjelaskan kepada Sayidina Ubai RA bahawa orang yang memperbanyakkan selawat akan dicukupkan keperluannya oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW kepada Sayidina Ubai: "Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu."
(HR at-Tirmizi)
4. Melakukan Amal Kebajikan.
Sayidina Ibnu Abbas RA berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain."
5. Bersedekah.
مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ٰلَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ٰسِعٌ عَلِیمٌ
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji; Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
[Surah al-Baqarah 261]
6. Melazimi Solat Dhuha.
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(HR. Al-Hakim dan Thabrani)
Rezeki yang diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang tidak diberkati walaupun banyak.
Bersyukurlah agar diberkati rezeki!
BAKRI BIN AMBOALA
Bahagian Dakwah JAKIM
11/12/2021
Jom kita pakat bantu
Firman Allah taala :
"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya" (Qs Saba' 39).
Menderma untuk Pembinaan Bangunan Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz An Nur bertempat di 165-C Jalan Tok Janggut, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
Sekiranya ada yang ingin melawat tapak pembinaan dialu-alukan dengan hubungi talian 0193853264
sumbangan boleh disalurkan ke akaun yang tertera.
Mohon sebarkan kepada semua.
29/10/2021
Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
01/10/2021
“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
12/08/2021
Ahamdulillah ,Terima Kasih kepada penyumbang-penyumbang & para dermawan .Berkat sumbangan yang sudah terkumpul, pembangunan terus dijalankan walau perlahan.
Syukur kepada Allah, dan terima kasih atas sumbangan tuan/puan! Bagaimana pun, dana masih diperlukan. Kami mengalu-alukan sumbangan berterusan tuan-tuan.
======================
BAGAIMANA UNTUK BERWAKAF :
======================
Sumbangan wakaf boleh disalurkan ke akaun
Bank : MAYBANK ISLAMIC BERHAD
Nama : YAYASAN TAHFIZ AN NUR
No Akaun : 5530 3861 2735
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
165 C, Jalan Tok Janggut
Pasir Puteh
16800