14/10/2023
Assalamualaikum tuan/puan..
*Mohon jasa baik untuk sebarkan dan kongsikan mesej ini kepada kenalan anda.*
Alhamdulillah syukur ke Hadrat Ilahi Masjid di Pondok kami *Pondok Miftahul Hidayah* Kampung Changgai Pasir Puteh Kelantan akan mula beroperasi bermula Hari Jumaat 20 Oktober 2023 bersamaan 5 Rabiulakhir 1445.
Bermula dari tarikh tersebut semua aktiviti pondok seperti solat berjemaah, pengajian Quran, pengajian kitab dan aktiviti- aktiviti lain akan diadakan di Masjid InsyaAllah.
Sehubungan dengan itu kami memerlukan sistem pembesar suara bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut. Di sini kami membuka peluang kepada tuan/puan untuk membuat sumbangan bagi pembiayaan sistem pembesar suara. Perbelanjaan untuk sistem pembesar suara tersebut dianggarkan berjumlah RM10,000.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun *CIMB Pusat Pengajian Miftahul Hidayah 8604165470* (Sila tulis untuk pembesar suara) atau anda boleh berhubung terus dengan Ustaz Usamah di no tel *01125743648*.
Subhaanallah.. Setiap azan yang dilaungkan, pengajian yang dijalankan pasti akan dapat bahagian untuk anda yang membuat sumbangan walaupun sedikit.
Jazaakumullahu khairan kasiira..