Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat Darul Atiq

Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat Darul Atiq TAHFIZ ANAK YATIM
PASIR PUTEH, KELANTAN
https://www.wasap.my/+60193764314

18/08/2026

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah, anak-anak yatim MTAQ berkesempatan menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul ﷺ yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan An’nisa Rahmah Kelantan.




16/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada para penyumbang yang telah bermurah hati menyumbangkan mesin basuh untuk kegunaan anak-anak yatim di MTAQ.

Sumbangan ini amat bermakna dan sangat membantu dalam urusan harian serta kebajikan anak-anak di sini. Semoga setiap manfaat yang terhasil daripada sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, serta dikurniakan rezeki yang luas, keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathiran🥰





Anak-anak berkesempatan menghantar Kakak Alia ke lapangan terbang untuk menyambung pengajian ke Mesir✈️🇪🇬Semoga perjalan...
16/08/2026

Anak-anak berkesempatan menghantar Kakak Alia ke lapangan terbang untuk menyambung pengajian ke Mesir✈️🇪🇬

Semoga perjalanan dan pengajian Kak Alia dipermudahkan, diberkati serta berjaya dunia dan akhirat. Jadilah insan yang berilmu dan terus menginspirasi adik-adik yang lain untuk mengejar impian dan kejayaan.

Selamat berangkat, Kak Alia. Semoga pulang nanti membawa segunung ilmu dan kejayaan🥰





Salam Sayyidul Ayyam 🤗
14/08/2026

Salam Sayyidul Ayyam 🤗





Setiap hari anak-anak yatim di Madrasah menunaikan solat hajat , khas untuk diri mereka serta buat para penyumbang dan i...
13/08/2026

Setiap hari anak-anak yatim di Madrasah menunaikan solat hajat , khas untuk diri mereka serta buat para penyumbang dan insan-insan yang sentiasa membantu mereka.
Kalau ada yang ingin diselitkan nama dalam doa dan solat hajat anak-anak , meh hantar nama kepada kami.
Insya-Allah..
Anak-anak akan doakan secara khusus.

Kami tak mampu membalas segala kebaikan para penyumbang..
Tetapi doa anak-anak yang ikhlas ini, semoga menjadi sebab Allah limpahkan keberkatan, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan buat kalian semua 🤲🏻🥹

Nak titip doa? Meh hantar nama..
Biar nama kita disebut dalam doa anak-anak yatim ini❤️
Doa yang lahir daripada hati yang kecil, semoga sampai terus ke langit🤲🏻





12/08/2026

Abi bukan sekadar pemilik rumah tempat anak-anak yatim menumpang berteduh. Abi adalah tempat mereka mencari kasih sayang, perlindungan dan rasa dihargai.
Bagi anak-anak yang kehilangan sosok ayah, kehadiran Abi mengisi ruang yang kosong di hati mereka. Teguran Abi menjadi didikan, perhatian Abi menjadi kekuatan, dan kasih sayang Abi menjadi kenangan yang akan mereka bawa sampai dewasa.
Semoga Allah membalas setiap pengorbanan Abi dalam menjaga dan menyayangi anak-anak ini. 🤲🏻❤️

Terima kasih Abi, kerana menjadi sosok pengganti seorang ayah buat mereka.






Alhamdulillah..Terima kasih Abi belanja anak-anak makan Chicken Chop semalam..Semoga Allah perluaskan rezeki Abi selalu🤲...
12/08/2026

Alhamdulillah..
Terima kasih Abi belanja anak-anak makan Chicken Chop semalam..
Semoga Allah perluaskan rezeki Abi selalu🤲





Anak-anak baru jah sunggut rasa teringin nak makan kunafa.Alhamdulillah, terima kasih insan pemurah sudi berkongsi rezek...
11/08/2026

Anak-anak baru jah sunggut rasa teringin nak makan kunafa.
Alhamdulillah, terima kasih insan pemurah sudi berkongsi rezeki dengan anak-anak disini.

Kami doakan semoga beliau sekeluarga sentiasa diperluaskan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan maju jaya dalam perniagaan🤲🏻





Ibu sapa pagi tadi , berlari si kecil ni mari..👶🏻 : Ibu mesin basuh kita rosak, xleh guna🥺👶🏻 : Bi basuh baju dengan tang...
11/08/2026

Ibu sapa pagi tadi , berlari si kecil ni mari..

👶🏻 : Ibu mesin basuh kita rosak, xleh guna🥺
👶🏻 : Bi basuh baju dengan tangan





Ayuh.. Jadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka dengan sokongan, doa dan sumbangan anda🥰Tekan link untuk berinfa...
10/08/2026

Ayuh..
Jadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka dengan sokongan, doa dan sumbangan anda🥰

Tekan link untuk berinfaq :
https://www.wasap.my/+60193764314





Address

Lot 1055 Kg Padang Pak Amat
Pasir Puteh

Telephone

+60129559429

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Tahfizul Quran Lilbanat Darul Atiq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share