PRS Kolej Vokasional Pasir Mas

PRS Kolej Vokasional Pasir Mas Selamat Datang ke Halaman Rasmi Facebook PRS Kolej Vokasional Pasir Mas
Bantu Diri Bantu Rakan
Official PEERS Upk KV Pasir Mas

BENGKEL DUTA KECIL@KV INFLUENCER TAHUN 2026Pada 24 Julai 2026 bersamaan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari dan penuh...
25/07/2026

BENGKEL DUTA KECIL@KV INFLUENCER TAHUN 2026

Pada 24 Julai 2026 bersamaan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari dan penuh barakah, Bengkel Duta Kecil@KV Influencer Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Kolej Vokasional Pasir Mas.

Bengkel Duta Kecil@KV Influencer Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Kvpm dengan kerjasama Upk KV Pasir Mas selama 2 hari ini bertujuan untuk mencungkil bakat, mengasah kemahiran komunikasi digital serta membina keyakinan diri setiap pemimpin pelajar agar dapat menjadi influencer yang positif dan ejen perintis dalam usaha mengangkat martabat serta aspirasi kolej secara kreatif dan profesional.

Semoga dengan penganjuran bengkel ini setiap pemimpin pelajar dapat memanfaatkan segala ilmu penciptaan kandungan dan kemahiran psikologi yang dipelajari untuk menjadi wakil kolej yang berkaliber, positif serta berinspiratif dalam melahirkan daya saing yang tinggi di alam kerjaya kelak.








MEMPERKENALKAN BARISAN PRESIDEN PRS BAGI KV ZON KELANTAN!Kepimpinan bukan sekadar memberikan arahan semata-mata tetapi j...
25/07/2026

MEMPERKENALKAN BARISAN PRESIDEN PRS BAGI KV ZON KELANTAN!

Kepimpinan bukan sekadar memberikan arahan semata-mata tetapi juga membuka jalan kepada arah kemajuan yang ingin dicapai. Barisan Presiden PRS bagi KV Zon Kelantan bertekad untuk menarik minat generasi anak muda untuk sama-sama menyertai ekosistem pendidikan berasaskan kemahiran yang berdaya saing dan bernilai tinggi selaras dengan peredaran masa sekarang.

Di Kolej Vokasional Pasir Mas, kami memfokuskan kepada pengajian akademik dan latihan praktikal secara holistik bagi melahirkan modal insan yang bersedia dalam mendepani setiap cabaran daripada pihak industri pada masa kini.

Kami percaya bahawa gabungan kemahiran teknikal yang padu dan sahsiah diri yang tinggi adalah kunci kejayaan masa depan. Ayuh sama-sama kita melangkah ke hadapan dan jadilah sebahagian daripada pemangkin kepada Agenda Transformasi TVET negara!








PERKONGSIAN ANTI DADAH DAN ANTI BULIPada 22 Julai 2026, Saudara Ayman Hannan dan Saudari Nurul Syafikah p**a telah menga...
23/07/2026

PERKONGSIAN ANTI DADAH DAN ANTI BULI

Pada 22 Julai 2026, Saudara Ayman Hannan dan Saudari Nurul Syafikah p**a telah mengambil peluang untuk memanfaatkan pada setiap pagi hari Rabu bagi Perkongsian Anti Dadah dan Anti Buli bertempat di Dewan Budiman, Kolej Vokasional Pasir Mas.

Perkongsian ini dilaksanakan bertujuan untuk menyemaikan kefahaman yang mendalam mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta membasmi gejala buli secara menyeluruh demi menjamin keselamatan emosi dan fizikal buat seluruh warga kolej.

Semoga dengan ikhtiar perkongsian ini mampu menyemarakkan lagi rasa tanggungjawab bersama untuk saling memimpin ke arah kebaikan, membina persekitaran pembelajaran yang inklusif sekaligus mengangkat reputasi kolej yang harmoni.








22/07/2026

JOM TEROKAI PROGRAM TEKNOLOGI RANGKAIAN KOMPUTER DI KV PASIR MAS!

Dunia digital memerlukan seorang pakar IT yang tangkas, mahir dalam menyelesaikan setiap masalah teknikal dan berdaya saing tinggi dalam infrastruktur teknologi. Ayuh sahut cabaran dunia teknologi pada masa kini dengan memilih Program Teknologi Rangkaian Komputer yang ditawarkan di Kolej Vokasional Pasir Mas! Program ini bukan sahaja menyediakan pembelajaran teori semata-mata malah ia juga akan melatih anda dengan setiap kemahiran praktikal yang diiktiraf oleh pelbagai industri pada masa kini.

Fokus Utama Program:
πŸ–₯️ Penguasaan Teknikal Penyelenggaraan Perkakasan Komputer dan Sistem Pengoperasian.
🌐 Pemasangan, Pengekodan Kabel dan Pengurusan Rangkaian Komputer Moden.
🧠 Kemahiran Insaniah Unggul: Pemantapan Etika Kerja, Kepimpinan Strategik, Pemikiran Kritikal dan Komunikasi Profesional.
🏭 Pendedahan Industri Eksklusif: Latihan Praktikal Akses Terus (Hands-on Industry Placement) untuk Menguasai Realiti dan Ekosistem Kerjaya Pada Masa Kini.

Masa depan dunia digital bermula di sini. Jom buka jalan cerita baharu kerjaya anda dan pilih KV Pasir Mas sebagai pilihan pertama dalam menuju masa depan yang cemerlang!








21/07/2026

MEMBINA KERJAYA IMPIAN ANDA BERSAMA KAMI!

Dalam menempuhi era serba digital serta mencabar pada masa kini, kemahiran praktikal dan kebolehan adaptasi dalam industri adalah kunci dalam memperoleh kejayaan. Kolej Vokasional Pasir Mas menyediakan ekosistem pembelajaran berkonsepkan future-ready yang direka khas untuk melahirkan modal insan berdaya saing.

Pilihan Program Pengajian Utama:
πŸ“Š Pengurusan Perniagaan β€” Membimbing bakal usahawan dan pemimpin korporat.
πŸ’Ό Kesetiausahaan Pentadbiran β€” Memperkasakan kecekapan tadbir urus yang moden.
πŸ’» Teknologi Rangkaian Komputer β€” Menerajui kepakaran digital dan infrastruktur IT.

Permohonan secara atas talian masih lagi dibuka sehingga 14 Ogos 2026 di https://spskt4.moe.gov.my. Jangan lepaskan peluang yang terbaik ini untuk sama-sama menyertai kami dan pilihlah KV Pasir Mas sebagai pilihan utama anda dalam membina kerjaya impian bermula daripada sekarang!








PERKONGSIAN ANTI DADAH DAN ANTI BULIAlhamdulilah, Perkongsian Anti Dadah dan Anti Buli diteruskan lagi pada setiap pagi ...
16/07/2026

PERKONGSIAN ANTI DADAH DAN ANTI BULI

Alhamdulilah, Perkongsian Anti Dadah dan Anti Buli diteruskan lagi pada setiap pagi hari Rabu oleh Saudari Sharifah dan Najihah Raihanna pada hari Rabu bersamaan 15 Julai 2026 bertempat di Dewan Budiman, Kolej Vokasional Pasir Mas.

Perkongsian ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan memupuk kesedaran yang amat tinggi dalam kalangan pelajar tentang implikasi negatif gejala dadah serta budaya buli yang boleh merosakkan masa depan remaja.

Semoga dengan perkongsian yang disampaikan oleh mereka berdua ini dapat melahirkan warga Kolej yang lebih prihatin, berintegriti serta mampu menyebarkan aura positif demi mewujudkan persekitaran kolej yang lebih selamat dan juga harmoni.








16/07/2026

PENERUS LEGASI NEGARA DI DALAM BIDANG TVET BERMULA DARIPADA ANDA!

Keperluan pasaran kerja global pada masa kini sedang beralih kepada tenaga kerja yang bukan sahaja berpengetahuan malah kompeten dalam pelbagai aspek teknikal dan praktikal. Kolej Vokasional Pasir Mas hadir sebagai platform strategik untuk melahirkan modal insaniah yang menepati keperluan standard dari pelbagai sektor industri.

Melalui ekosistem pembelajaran yang kondusif, kami menawarkan program-program khusus seperti mana yang berikut:
πŸ“Š Pengurusan Perniagaan
πŸ’Ό Kesetiausahaan Pentadbiran
πŸ’» Teknologi Rangkaian Komputer

Permohonan kini telah dibuka bermula 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026 di mana permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://spskt4.moe.gov.my dan sama-sama kita jadikan KV Pasir Mas sebagai pilihan pertama buat anda!








15/07/2026

JOM TEROKAI PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN DI KV PASIR MAS!

Dunia perniagaan pada hari ini memerlukan seorang pemimpin yang tangkas, bijak berkomunikasi dan mahir dalam pelbagai bentuk strategi. Jom terokai peluang keemasan ini melalui Program Pengurusan Perniagaan yang ditawarkan di Kolej Vokasional Pasir Mas! Program ini bukan sahaja menyediakan pembelajaran teori semata-mata malah ia juga akan melatih anda dengan setiap kemahiran praktikal yang diiktiraf oleh pelbagai industri pada masa kini.

Fokus Utama Program:
🌐 Strategi Pemasaran Moden dan Operasi Perniagaan Kontemporari.
πŸ“Š Pengurusan Kewangan dan Akaun yang sistematik.
🀝 Kemahiran Insaniah yang merangkumi Komunikasi, Kepimpinan dan Pengurusan Masa.
πŸ’Ό Latihan Industri yang akan mendedahkan anda terus ke dalam realiti dunia pekerjaan.

Tunggu apa lagi? Jom sama-sama kita memilih KV Pasir Mas sebagai pilihan pertama anda dalam membina masa hadapan yang lebih mampan dan terjamin!








11/07/2026

MASA HADAPAN ANDA BERMULA DI SINI!

Setiap ibu bapa sudah semestinya mengimpikan anak-anak mereka ini bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga bersedia dalam menempuhi ke alam bidang kerjaya yang semakin mencabar pada masa kini. Di Kolej Vokasional Pasir Mas, kami faham bahawa teori yang dipelajari semata-mata tidak begitu mencukupi tetapi kemahiran praktikal adalah kunci dalam mencapai kejayaan yang sebenar.

Pilih di antara salah satu daripada 3 program yang ditawarkan:
πŸ’» Teknologi Rangkaian Komputer – Melangkah ke dunia IT pada masa kini.
πŸ’Ό Pengurusan Perniagaan – Membentuk minda usahawan dan pengurus korporat.
πŸ“ Kesetiausahaan Pentadbiran – Menguasai kecekapan operasi organisasi moden.

Permohonan kini boleh dibuat secara terus di Laman Sesawang Rasmi Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 10 Julai 2026 hingga 14 Ogos 2026 dan pilihlah KV Pasir Mas sebagai pilihan pertama buat anda dalam membina masa hadapan yang lebih cemerlang dan terjamin!








Address

Kolej Vokasional Pasir Mas, Jalan Tendong-Bunut Susu, Kampung Manan
Pasir Mas
17020

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRS Kolej Vokasional Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share