30/07/2025
🏆 PROGRAM LANGKAH JUARA 🏆
Tarikh : 23 JULAI 2025
Hari : RABU
Tempat : DEWAN SMK SULTAN IBRAHIM 1
Penceramah : Ustaz Syakirin
Sasaran: Pelajar Tingkatan 3&4
Pihak sekolah amat berterima kasih kepada Ustaz Syakirin kerana telah berkongsi modul GPS Unggul kepada para pelajar dalam Program khas LANGKAH JUARA.
Dalam program tersebut, pelajar terasa bahagia bila masing-masing mula nampak realiti kehidupan, maka berjuanglah bermula sekarang untuk menjadi manusia yang bermanfaat buat keluarga dan masyarakat pada suatu hari nanti.
💪🏼Suasana aktiviti petang sangat di luar jangka!
Pelajar amatlah bersemangat dan teruja!
Didoakan program yang dijalankan bermanfaat buat semua yang terlibat. Menjadi asbab motivasi diri dan juga jelasnya arah tuju menuju kejayaan dunia dan syurga idaman.
Jom kejar impian bermula sekarang dik! Maksimumkan kekuatan. Minimakan kelemahan. Buang segala penghalang kejayaan.
Moga Allah bukakan jalan seluasnya buat kalian. Terus melangkah, Sang Juara!🫵