Maahad Muhammadi Pasir Mas Rasmi

Call Directions Website Contact the school

Maahad Muhammadi Pasir Mas Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Muhammadi Pasir Mas Rasmi, Education Website, Maahad Muhammadi Pasir Mas, Pasir Mas.

๐Ÿ“ข Permohonan Kemasukan Pelajar Timgkatan 1 Maahad Muhammadi Pasir Mas Sesi 2027๐Ÿ“… Tarikh Permohonan : 1/10/26 sehingga 1/...
24/09/2026

๐Ÿ“ข Permohonan Kemasukan Pelajar Timgkatan 1 Maahad Muhammadi Pasir Mas Sesi 2027

๐Ÿ“… Tarikh Permohonan : 1/10/26 sehingga 1/11/26

Jom mendaftar di Maahad Muhammadi Pasir Mas.


๐Ÿ“ข HEBAHAN PENGAMBILAN BORANG KEMASUKAN TINGKATAN 1 (MAAHAD PILIHAN)๐ŸŒฟ MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS ๐ŸŒฟDibuka kepada murid Tah...
22/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PENGAMBILAN BORANG KEMASUKAN TINGKATAN 1 (MAAHAD PILIHAN)

๐ŸŒฟ MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS ๐ŸŒฟ

Dibuka kepada murid Tahun 6 yang berminat untuk mendapatkan Borang Kemasukan Tingkatan 1 ke Maahad Muhammadi Pasir Mas.

๐Ÿ“Œ SYARAT KELAYAKAN:
โœ… Mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam UPKK

๐Ÿ“Œ Pengambilan borang:
1 Oktober 2026 sehingga 1 November 2026

๐Ÿ“Œ Tempat:
Maahad Muhammadi Pasir Mas

โœจ Ayuh bersama-sama memilih pendidikan yang menekankan ilmu, sahsiah dan pembentukan generasi Rabbani.

๐Ÿ“ฒ Sebarkan hebahan ini kepada ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak yang memenuhi syarat kelayakan.




๐Ÿธ๐Ÿ“ SELAMAT MAJU JAYA! ๐Ÿ“๐ŸธWarga Maahad Muhammadi Pasir Mas mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil-wakil MMPM yang akan...
16/09/2026

๐Ÿธ๐Ÿ“ SELAMAT MAJU JAYA! ๐Ÿ“๐Ÿธ

Warga Maahad Muhammadi Pasir Mas mengucapkan selamat maju jaya kepada wakil-wakil MMPM yang akan berentap dalam KESSUMA 2026.

๐Ÿ“ Nurul Syuhada bt Yahya
๐Ÿ“ Muhammad bin Yahya
๐Ÿ“ Ahmad Adham bin Mohd Fahim
๐Ÿธ Muhammad Nurzikri bin Noruddin

Semoga semua terus bersemangat, bermain dengan penuh keyakinan dan memberikan yang terbaik. ๐Ÿ’ชโœจ

Terus Berjuang, Raih Kejayaan! ๐Ÿ†๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿฅ‹๐Ÿ† TAHNIAH PASUKAN TAEKWONDO MMPM! ๐Ÿ†๐Ÿฅ‹Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. ๐ŸคฒPasukan Taekwondo Maahad Muhammadi Pasi...
08/09/2026

๐Ÿฅ‹๐Ÿ† TAHNIAH PASUKAN TAEKWONDO MMPM! ๐Ÿ†๐Ÿฅ‹

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. ๐Ÿคฒ

Pasukan Taekwondo Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM) berjaya merangkul 2 pingat iaitu 1 Perak ๐Ÿฅˆ dan 1 Gangsa ๐Ÿฅ‰ dalam Kejohanan Taekwondo Antarabangsa Hwa Rang Championship 2026 yang berlangsung pada 3โ€“6 September 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kejohanan ini disertai 59 kelab dari 5 buah negara dengan penyertaan 3 orang peserta MMPM. ๐ŸŒ๐Ÿฅ‹

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Mudir, barisan pentadbir, pihak PIBG, guru-guru dan staf MMPM atas segala sokongan, sumbangan dan doa.

Terima kasih khusus buat Sir Fikry selaku pengurus pasukan dan Teacher Alia Syahirah selaku guru pengiring, serta guru-guru penasihat Taekwondo yang sentiasa membimbing dan mengiringi perjuangan anak-anak MMPM. โค๏ธ

Syabas dan tahniah buat para peserta! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama MMPM. ๐Ÿฅ‹๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“โœจ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! โœจ๐Ÿ“Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad bin Yahya, atas kejayaan terpilih memasuki KESU...
19/08/2026

๐Ÿ“โœจ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! โœจ๐Ÿ“

Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad bin Yahya, atas kejayaan terpilih memasuki KESUMA bagi sukan Ping Pong. ๐Ÿ“๐Ÿ‘

Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal untuk terus mengorak langkah lebih jauh, meningkatkan prestasi dan mengharumkan nama Maahad Muhammadi Pasir Mas di persada sukan.

Teruskan berusaha, berlatih dengan gigih dan percaya pada kemampuan diri. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Seluruh warga Maahad Muhammadi Pasir Mas mendoakan agar Muhammad terus berjaya, cemerlang dan dipermudahkan dalam setiap perjuangan. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

Tahniah Muhammad! Teruskan melakar kejayaan! ๐Ÿ†๐Ÿ“๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Yayasan Islam Kelantan

Selamat maju jaya kepada kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksan percubaan SPM.Semoga segala usa...
26/07/2026

Selamat maju jaya kepada kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksan percubaan SPM.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dipanjatkan dipermudahkan oleh Allah SWT. Hadapilah peperiksaan ini dengan penuh keyakinan, ketenangan dan tawakal.

โ€œDan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah akan melihat amalan kamuโ€ฆโ€
(Surah At-Taubah: 105)

Semoga dikurniakan keputusan yang cemerlang serta menjadi asbab kejayaan di dunia dan akhirat.

All the best, calon-calon SPM MMPM! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

KHAMIS 16 JULAI 2026 || 30 MUHARAM 1448HPROGRAM STAY SMART, STAY AWAYProgram Stay Smart, Stay Away telah berlangsung den...
16/07/2026

KHAMIS 16 JULAI 2026 || 30 MUHARAM 1448H

PROGRAM STAY SMART, STAY AWAY

Program Stay Smart, Stay Away telah berlangsung dengan jayanya hasil anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) dengan kerjasama NGO Aspirasinita.

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan menjauhi gejala sosial, penyalahgunaan dadah serta membentuk sahsiah diri yang positif demi masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat dijadikan panduan serta diamalkan dalam kehidupan seharian.

KHAMIS 21 Mei 2026 || 4 Zulhijjah 1447H๐ŸŒท Sambutan Hari Guru 2026 | Maahad Muhammadi Pasir Mas ๐ŸŒทAlhamdulillah, selesai su...
22/05/2026

KHAMIS 21 Mei 2026 || 4 Zulhijjah 1447H

๐ŸŒท Sambutan Hari Guru 2026 | Maahad Muhammadi Pasir Mas ๐ŸŒท

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Guru yang penuh bermakna di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Hari yang diraikan ini menjadi tanda penghargaan buat seluruh insan pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik serta membimbing generasi masa hadapan.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga pembentuk akhlak, pemberi inspirasi dan pencetus kejayaan anak bangsa. Terima kasih atas setiap ilmu, nasihat dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu. ๐Ÿค๐Ÿ“š

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€
โ€œGuru Rabbani, Malaysia Sejahteraโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik, khususnya guru-guru di Maahad Muhammadi Pasir Mas. ๐Ÿ’๐ŸŒธ

02/05/2026

15 APRIL 2026 || 26 SYAWAL 1447H

โœจ Majlis Perpisahan Penuh Kenangan โœจ

Melakar satu lagi memori yang cukup bermakna, namun terselit rasa hiba di hati.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
Puan Hjh Ruznida (Mudirah), Cikgu Raja Adyani dan Cikgu Ainun Riani
atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berada di sini.

Bukan sekadar mendidik, tetapi membentuk jiwa,
Bukan sekadar mengajar, tetapi meninggalkan bekas yang mendalam di hati setiap anak didik.

Segala ilmu yang dititipkan, segala nasihat yang disampaikan, akan terus kami kenang dan jadikan pedoman sepanjang hayat.
Sesungguhnya, pemergian ini bukanlah pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada perjalanan yang lebih indah buat kalian.

Doa kami sentiasa mengiringi langkahโ€ฆ
Semoga terus diberi kesihatan, keberkatan dan kejayaan di mana jua berada ๐Ÿค

Terima kasih cikgu, jasa kalian tidak ternilaiโ€ฆ dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Address

Maahad Muhammadi Pasir Mas
Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Muhammadi Pasir Mas Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Muhammadi Pasir Mas Rasmi:

Shortcuts

Share