Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ

Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ Maahad Tahfiz Daril Ulum (MAFIZ) dengan kekuatan sebuah bangunan 3 tingkat memulakan operasi pada 11 Januari 2015.

Idea penubuhan MAFIZ dicetuskan oleh YB Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin bin Haji Daud dan Ustaz Mohd Mansor bin Haji Daud. Hasrat membangunkan sebuah Maahad Tahfiz menyambung legasi perjuangan untuk memartabatkan institusi pendidikan yang sudah dimulakan oleh ayahanda pengasas MAFIZ iaitu Almarhum Tuan Guru Haji Daud bin Haji Yusuf. MAFIZ dibina di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan pada tahun

2012 dan siap mula beroperasi pada 11 Januari 2015. Bangunan 3 tingkat ini dapat memuatkan 200 pelajar dalam satu-satu masa. Mempunyai bilik air di setiap tingkat, satu dewan besar, tiga kelas pengajian, tiga bilik asrama dan satu bilik warden. MAFIZ diuruskan sendiri oleh anakanda pengasas iaitu Ustaz Ahmad Syakir dengan bantuan dua orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Ibrahim dan Ustaz Hasan. Seramai 27 orang murid tingkatan didaftarkan sebagai pelajar perantis generasi pertama MAFIZ. MAFIZ adalah Maahad Tahfiz yang menggabungkan dua aliran iaitu aliran tahfiz dan aliran menengah arab. Sesi pertama akan berlangsung di Sekolah Ugama Arab Meranti disusuli dengan sesi kedua yang diadakan dalam bangunan MAFIZ.

Kelas penulisan aktiviti TVET yang berlangsung di Dewan MAFIZ. Moga terus memberikan manfaat kepada ummah.
08/05/2026

Kelas penulisan aktiviti TVET yang berlangsung di Dewan MAFIZ.

Moga terus memberikan manfaat kepada ummah.

Satu perkhabaran duka yang amat berat untuk diterima.Salah seorang Pelajar Tingkatan 3 MAFIZ, Muhammad Aqif Danial telah...
03/05/2026

Satu perkhabaran duka yang amat berat untuk diterima.

Salah seorang Pelajar Tingkatan 3 MAFIZ, Muhammad Aqif Danial telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan semalam.

Arwah seorang yang baik, tidak pernah menolak jika diminta bantuan. Masih teringat minggu lepas, dialah yang bersungguh bertanya tentang kerja kutip hasil packing hasil tanaman untuk dijual kerana beliau adalah pelajar batch kedua yang mengikuti program TVET.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸSPM 2025 | MAAHAD TAHFIZ DARIL ULUM (MAFIZ)Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kejayaan ...
12/04/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ
SPM 2025 | MAAHAD TAHFIZ DARIL ULUM (MAFIZ)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas kejayaan yang dikurniakan kepada para pelajar MAFIZ dalam peperiksaan SPM 2025.

Dengan penuh bangga dan syukur, kami merakamkan tahniah kepada:
๐Ÿ† MUHAMMAD 'ABBAS BIN NAZRI
(2A)
๐Ÿ† MUHAMMAD AQIL ILMAN BIN MOHD ROZAIDI
(1A)
๐Ÿ† MUHAMMAD AMAR MURKLIS BIN KAMARUZAMAN
(1A)

Kejayaan ini merupakan pencapaian tertinggi MAFIZ setakat ini dan menjadi mercu tanda yang membanggakan buat seluruh warga MAFIZ manakala kesemua calon SPM daripada MAFIZ lulus 100 peratus.

Sesungguhnya kejayaan ini bukan milik mereka semata-mata, tetapi merupakan hasil titik peluh dan doa yang tidak putus daripada para ustaz, ustazah, dan cikgu yang sentiasa ikhlas mendidik, serta sokongan ibu bapa dan keluarga yang tidak pernah kenal erti jemu.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati perjalanan ilmu kalian seterusnya. Teruskan menghafaz, teruskan belajar โ€” dunia menanti sumbanganmu! ๐Ÿ’š

"ูˆูŽู…ูŽู† ูŠูŽุชูŽู‘ู‚ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ูŠูŽุฌู’ุนูŽู„ ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูŽุฎู’ุฑูŽุฌู‹ุง"

Suasana solat tahajjud pada malam ke 23 ramadhan 1447H. Semoga Allah memberkati kita semua dan beroleh malam lailatul qa...
12/03/2026

Suasana solat tahajjud pada malam ke 23 ramadhan 1447H. Semoga Allah memberkati kita semua dan beroleh malam lailatul qadar.

Program Iftar Jamaie MAFIZ  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.  Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga bahawa...
10/03/2026

Program Iftar Jamaie MAFIZ

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa / penjaga bahawa Program Iftar Jamaie MAFIZ akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ 10 Mac 2026 (Selasa)
โฑ๏ธ 5.45 petang
๐Ÿ“ Perkarangan Padang MAFIZ

Sekian, terima kasih.
- Pengurusan MAFIZ

10/02/2026

Alhamdulillah selesai penanaman pokok jagung yang diusahakan oleh pelajar TVET tahfiz di bawah kelolaan Ustaz Ahmad Syaraf.

Semoga usaha ini memberikan manfaat dan pengalaman kepada pelajar.

Mesyuarat kali pertama setiap unit bersama Ustaz Pemantau, Exco, Tombalan Exco dan ahli bagi menjelaskan fungsi unit mas...
04/02/2026

Mesyuarat kali pertama setiap unit bersama Ustaz Pemantau, Exco, Tombalan Exco dan ahli bagi menjelaskan fungsi unit masing-masing.

Bacaan surah yasin secara berjamaah sempena malam nisfu syaaban.
02/02/2026

Bacaan surah yasin secara berjamaah sempena malam nisfu syaaban.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN PELAJARMajlis Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar Maahad Tahfiz Daril Ulum bagi sesi ...
24/01/2026

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PIMPINAN PELAJAR

Majlis Watikah Pelantikan Pimpinan Pelajar Maahad Tahfiz Daril Ulum bagi sesi 2026 telah diadakan pada 24 Januari 2026. Program ini telah dirasmikan oleh Koperal Ab Ibrahim yang mewakili YDH Ketua Balai Polis Meranti dan seluruh pengurusan MAFIZ.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pimpinan kepada Ketua Pimpinan Pelajar dan barisan Exco diikuti pembacaan Ikrar Pimpinan Pelajar sebagai komitmen mereka untuk menunaikan amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin.

Diharapkan barisan kepimpinan Majlis Pelajar dapat menjadi teladan serta pemangkin kepada peningkatan kecemerlangan pelajar Maahad Tahfiz Daril Ulum.

Pagi jumaat yang berkat dimulakan dengan Kelas Tajwid bersama Syeikh Hisyam Abdelbari di Dewan MAFIZ.
16/01/2026

Pagi jumaat yang berkat dimulakan dengan Kelas Tajwid bersama Syeikh Hisyam Abdelbari di Dewan MAFIZ.

Address

Lot 2911, Kampung Meranti
Pasir Mas
17010

Opening Hours

Monday 05:00 - 23:00
Tuesday 05:00 - 23:00
Wednesday 05:00 - 23:00
Thursday 05:00 - 23:00
Friday 05:00 - 23:00
Saturday 05:00 - 23:00
Sunday 05:00 - 23:00

Telephone

+60125652015

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ:

Shortcuts

Share

Category